السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Thursday, October 29, 2009

Islam Melarang Mua'malat Secara Batil (Negatif)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah Ta'ala telah mengingatkan hamba-Nya supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan ekonomi yang batil. Dalam bahasa lebih mudah, tidak melibatkan dalam kegiatan ekonomi negatif. Kawalan ini adalah lanjutan daripada aturan Allah Ta'ala yang mahu kita supaya bermua'malat secara halal sahaja. Islam begitu menganjurkan kita melakukan semua urusan secara halal sahaja, bahkan Islam menolak sekeras-kerasnya mua'malat yang tidak menuruti syariat.

Allah Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.. (An-Nisa: 29)

Seperti mana luasnya makna halal, begitu juga luasnya pengertian haram atau batil dalam Islam. Haram ini tidak berhenti setakat zat barangan itu saja seperti babi, anjing dan sebagainya. Tetapi juga proses membuatnya, proses jual belinya, cara memperolehi dan cara digunakan selepas mendapatnya. Sebarang kebatilan yang berlaku dalam lingkungan ini akan menyebabkan harta kita menjadi haram.

Islam Menolak Perniagaan Barangan yang Haram:-

Sebenarnya banyak benda yang haram di dalam dunia ini. Secara mudah Ulama membahagikan berangan yang haram dalam beberapa ketegori:

1. Benda-benda yang memabukan ataupun merosakkan kewarasan akal manusia seperti arak, dadah dan bahan-bahan yang seumpamanya

2.Benda-benda yang merosakkan ataupun membahayakan fizikal manusia

3.Benda-benda yang bercanggah ataupun merosakkan aqidah

4.Benda yang bercanggah dengan syariat

Jadi apa saja benda ataupun barang perniagaan yang pada zatnya mempunyai ciri-ciri di atas dengan sendirinya haram dan tidak boleh di niagakan. Seperti firman Allah Ta'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-maidah:90)

Lagi firman Allah Ta'ala:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah . Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah:173)

Ini bermakna sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan benda-benda yang merosakkan akal seperti arak, dadah dan seumpamanya adalah haram, benda-benda yang bercanggah dengan syariat seperti judi juga haram. Termasuk juga perkara yang melibatkan aqidah seperti menjual berhala dan menilik nasib, haram semuanya kerana benda-benda yang tidak baik adalah amalan syaitan, musuh kita. (WALLAHUA'LAM)

No comments:

Post a Comment