السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, October 26, 2009

Adab Bermasyarakat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Islam Memberati Adab Hidup Bermasyarakat.

Hubungan rapat antara syariat dengan akhlaq adalah satu jalinan kekuatan Islam yang berteraskan akidah. Agama lain tidak mengajar masalah hubungan antara dunia dan akhirat. Islam amat memberati soal hidup di atas dunia ini sebagai jambatan bagi mencari kebahagiaan di akhirat. Lantaran itu, Islam tidak meninggalkan sesuatu perkara sekalipun daripada isu-isu kehidupan manusia yang membabitkan urusan agama. Allah Berfirman:

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّافَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka di himpunkan. (Surah Al-An'am:38)

Ada sesetengah orang menganggap akhlaq hidup bermasyarakat bukan daripada agama (Islam). Pemikiran seperti ini bukan sahaja merosakkan hidup manusia, bahkan meruntuhkan tunjang agama. Mereka menganggap hidup beragama hanyalah sekadar mencakupi ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Kehidupan agama ialah merangkumi 24 seharian hidup kita termasuklah amalan-amalan sunnah Nabi s.a.w. Islam menyuruh ummat supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia juga.

Sebab utama hilangnya rasa kasih sayang dan hormat menghormati di kalangan manusia ialah apabila adab bermasyarakat tidak di endahkan. Allah berfirman yang bermaksud:

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, orang bermusafir dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri. (An- Nisa: 36)

Kerosakan tingkah laku, tindas menindas, bunuh membunuh dan pelbagai jenis keruntuhan moral hari ini bermula daripada masalah adab bermasyarakat. Sikap Islam terhadap perkara hidup bermasyarakat ini amat jelas.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadalah: 11)

Ayat ini dengan terang menunjukkan bahawa Islam begitu memberati sifat tolak ansur, timbang rasa dan mengambil berat anrtara satu sama lain.

Ada kisah sahabat yang diperintah oleh Nabi s.a.w semasa makan berjemaah supaya tidak mengambil 2 biji kurma sekali gus tanpa mendapat izin dari sahabat yang lain. Kita rasakan hal seperti ini tidak penting, tetapi Islam tidak begitu. Islam mengajar kita supaya tidak mengguriskan hati orang lain hanya disebabkan perkara sekecil ini.

Perhatian Islam terhadap adab bermasyarakat ini juga boleh di lihat apabila Nabi s.a.w melarang umat Islam supaya tidak memakan bawang putih kerana bimbangkan bau mulut kita mengganggu keselesaan orang lain. Islam juga melarang seseorang tetamu bertamu terlalu lama di rumah seseorang kerana bimbang akan menyusahkan tuan rumah. Ini semua di ajar oleh Nabi s.a.w kepada kita dan banyak lagi adab-adab yang lain untuk membentuk setiap orang dalam kehidupan ini menjadi insan yang di kasih oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w.
Allah Ta'ala berfirman:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاما
ً Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (Salam) Al-Furqan:63

Ayat ini menggambarkan betapa Islam begitu memberati soal adab yang baik. Yang menariknya, Islam mensyariatkan adab-adab bermasyarakat ini terlebih dahulu daripada kewajipan solat, puasa, zakat, taqwa dan lain-lain bahkan lebih awal dari aqidah. Sudah tentu Allah ada sebab untuk memberikan keutamaan kepada masalah bermasyarakat ini.
Kalau kita perhatikan gaya hidup Baginda s.a.w di bentuk oleh Allah Ta'ala sebagai seorang insan yang amat sempurna akhlaqnya sehinggakan tidak ada manusia di bumi Mekah yang tidak tahu tentang kemuliaan Baginda s.a.w. Gelaran Al-Amin itu sudah cukup menunjukkan bagaimana Islam mendidik Muhammad S.a.w sebagai model terbaik bagaimana hidup bermasyarakat. Sesudah Baginda s.a.w mendapat kenabian barulah Baginda s.a.w bercakap tentang tauhid, ibadat dan lain-lain. WALLAHU'ALAM



No comments:

Post a Comment