Dalam keadaan haji yang sebenar dan sejati biasanya ia mempunyai satu contoh atau cara yang mempunyai dua bentuk, dan pada setiap sesuatu amalan haji terdapat dua hakikat yang tersirat. Sungguhpun dalam setiap perintah Allah Ta'ala terdapat begitu banyak manfaat dan kebijaksanaan, yang mana pengertian-pengertian dan maksud yang dalam kerap kalinya begitu dalam sehinggakan fikiran kita tidak dapat membayangkan. Tetapi banyak daripada pengertian-pengertian itu sebaliknya dapat difahami oleh setiap orang. Begitu jugalah haji yang mana kebanyakan daripada pengertian dan kebijaksanaannya yang terkandung di dalamnya tidak dapat dengan mudahnya difahami. Sementara itu pula lain-lain pengertian dan kebijaksanaannya boleh dapat ditangkap dengan mudahnya.
Pertamanya, haji menggambarkan kematian. Iaitu pemergian kita daripada dunia ini dan keadaan-keadaan selepas mati. Keduanya ia memberikan satu pernyataan amali (praktikal) yang sangat jelas mengenai kecintaan, pengabdian dan pemujaan yang sebenar.
Marilah kita lihat betapa haji itu dapat menggambarkan kematian dan keadaan akhirat. Seorang haji meninggalkan rumahnya, memberi selamat tinggal kepada orang-orang yang dikasihinya dan juga saudara-maranya, dan berpisah daripada mereka sebaik saja sebelum dia berjalan berseorangan diri. Daripada sana dia meneruskan ke negara lain (seolah-olah alam lain), meninggalkan di belakangnya semua perkara-perkara yang mana ada bersangkut paut dengannya yang juga mengikat kebanyakan daripada masanya, rumahnya, keluarganya hartanya dan sahabat-sahabatnya. Demikianlah keadaan mati adalah sama, dengan itu apabila seseorang itu meninggalkan dunia maka dia meninggalkan segala-galanya di belakangnya. Inilah yang sepatutnya di fikirkan oleh setiap orang yang mengerjakan haji bila bergerak menujun ke Baitullah. Maka berpisahlah dia (haji) sebagaimana jenazah di bawa ke kubur. Kemudian si haji yang memakai dua helai kain putih semasa ihram hendaklah selalu diingatkan kepada kain kafan yang putih akan dipakainya pada hari maut menjemput kita. Bila Labbaik disebut dengan kuat olehnya maka si haji hendaklah ingat bahawa pada hari qiyamat semua orang akan dipanggil oleh malaikat yang meniup sangkakala untuk berkumpul di hadapan Allaha Ta'ala bagi tujuan di hisab. Kemasukan ke dalam Mekah membawa kepada keselamatan dan keamanan. Disinilah tempatnya rahmat Allah yang di cari dan di jamin. Tetapi masih disebabkan kesalahan-kesalahan kita, maka kita sepatutnya berasa kurang senang dan penuh kedukaan, bahawa kita tidak mendapat ketenangan walaupun di tempat yang tenang, tetapi di Mekah adalah tempat ketenangan dan keselamatan.
Maka yang demikian semasa berada di Mekah kita sentiasa diingatkan bahawa tempat ini memberikan ketenangan keseluruhannya kepada kita adalah di sebabkan rahmat dan nikmat daripada Allah semata-mata. Melihat kepada Kaabah sepatutnya membangkitkan ingatan kita kepada melihat Tuhan Kaabah itu sendiri di hari qiyamat. Dengan alasan inilah melihat Kaabah itu hendaklah dengan penuh ketakutan dan penghormatan, seolah-olah melihat raja yang besar pada masuk keistananya. Tawaf di keliling Kaabah membawa ingatan kita kepada para-para malaikat yang sentiasa membuat tawaf di keliling Arasy Allah. Bila si haji memegang kain kelambu Kaabah dengan air mata tangisannya yang mencampakkan dirinya kepada multazam, ianya membangkitkan ingatan kepada gambaran seorang pendosa yang telah berbuat dosa terhadap Tuhannya yang sangat kasih, Mulia dan sangat Pemurah. Bila si haji berlari-lari dari Safa dan Marwa ianya ingatkan kita tentang mereka yang akan berlari-lari daripada satu tempat ke satu tempat yang lain di padang mahsyar pada hari qiyamat. Kisahnya diberitahu dengan sepenuhnya di dalam hadis, bahawa pada hari qiyamat, bila semua orang akan berada didalam keadaan huru hara dan bimbang kerana azab yang tidak dapat ditahan dan berat serta penderitaan-penderitaan mereka membuat keputusan berlari kepada Nabi-nabi untuk mendapat syafaat bagi pihak mereka kerana kedudukan mereka yang hampir dengan Allah, tidak ada kecelaan, suci daripada dosa dan tidak melanggar batas. Pertama-tamanya mereka akan pergi kepada Adam a.s dan berkata: Engkau adalah bapa kami, Allah telah mencipta kamu dengan tangan-Nya sendiri. Ia menyebabkan para-para malaikat sujud kepadamu, dan mengajari kamu dengan segala nama benda-benda....tolonglah memintakan syafaat kepada Allah bagi pihak kami." Dia berkata: Tidak, daku tidak boleh apakah yang akan aku jawap bila Allah menyoalku tentang memakan buah terlarang? Pergilah kepada Nuh a.s" Dengan kecemasan yang lebih daripada dahulu, manusia akan berlari kepada Nuh a.s, dan dia juga akan menjawap: "Daku tidak dapat meminta syafaat bagi pihak kamu semua kerana pada ketika banjir yang melanda aku telah meminta permintaan yang tidak patut untuk menyelamatkan anakku. Pergilah kepada Ibrahim a.s, " Dia juga akan memberi alasan bagi dirinya dan berkata: "Pergilah kepada Musa a.s. "Musa a.s juga akan beri alasan untuk dirinya dan berkata: "Pergilah kepada Isa a.s." Sesungguhnya dia juga akan memberi alasan dan menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi besar s.a.w; maka Baginda s.a.w akan membukakan pintu pensyafaatan. Hadis ini panjang tapi disini daku cuma ingin menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada hari qiyamat, dimana manusia pada masa itu begitu takut, bimbang yang bersangatan dan berlari-lari daripada satu kepada yang lain.
Apakah lagi yang dapat digambarkan oleh A'rafah selain daripada mahsyar, padang yang mana penghisaban akan terjadi? Di A'rafah kita dapat melihat semua orang diatas padang yang satu dengan matahari yang memancar dari atas, kita lihat manusia memohon rahmat, penuh ketakutan terhadap dosa-dosa mereka. Di hari qiyamat keadaannya juga serupa, cuma ketakutan lebih dasyat lagi dari dunia ini.
Kedua, haji itu memaparkan satu kecintaan yang sejati dan kasih sayang yang mendalam, yang dijelaskan didalam haji. Untuk memahami perkara ini, hendaklah diingatkan perkara yang berikut ini: Perhubungan manusia dengan Khaliq (Allah Ta'ala) di dalam Islam mempunyai dua jenis. Pertamanya manusia ini hanyalah muncul sebagai hamba sahaja di hadapan-Nya- sebagai hubungan Tuhan dan hamba; di mana Allah Ta'ala sebagai Tuhan, Pemberi rezeki, yang Maha Perkasa dan manusia sebagai hamba suruhan dan hamba yang hina dina. Manusia adalah penyembah dan Allah Ta'ala hanya yang layak disembah. Atas alasan inilah segala-galanya didalam solat perhubungan ini dan menyerlahkan sifat kerendahan, kehinaan dan penyerahan bagi pihak manusia. Keduanya, terdapat di antara manusia dan Allah Ta'ala satu lagi perhubungan yang berdasarkan kepada kasih sayang dan kesyukuran. Di sini Allah itulah Tuhan, Pemberi rezeki, Pemurah, yang Mulia, sesuatu yang mempunyai segala kecantikan dan kesempurnaan. Manusia secara nalurinya memiliki kebolehan mencintai, memuji dan memuja akan kecantikan dan kelebihan. Demikianlah ianya dicipta. Perhubungan kedua ialah di mana Allah sebagai Pemilik kepada segala-gala yang berkaitan kecantikan dan kesempurnaan, dan manusia sebagai pemuji-Nya. Ia menggambarkan bahawa Allah Ta'ala sebagai yang dikasihi dan manusia sebagai kekasih mencari sesuatu yang dikasihinya; dan berjuang dengan sepenuh-penuhnya bagi mendapat kerelaan dan pembalasan cinta daripada yang dikasihinya. Pemaparan yang jelas tentang perhubungan ini digambarkan di dalam ibadah haji. Ianya menunjukan cinta yang begitu tinggi yang mana setiap sesuatu itu di korbankan demi mendapat kecintaan-Nya.
No comments:
Post a Comment