Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala dan Islam sebagai cara hidup. Pengabdian Allah meletakkan manusia sebagai hamba yang perlu sentiasa patuh kepada suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
Nikmat iman adalah anugerah yang paling besar kepada manusia. Sesiapa yang menolak cahaya keimanan maka dia tiadak akan mendapat kebaikan hidup didunia. Firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa yang memilih cara hidup selain Islam, Allah tidak sekali-kali menerima(agamanya) itu dan diakhirat dia dimasukkan kedalam golongan orang yang rugi" (Surah Ali Imran, ayat 85)
Sesiapa yang sudah menerima nikmat keimanan, peganglah sehingga keakhir hayat. Jangan menukar keimanan dengan kekufuran. Firman Allah: "Wahai orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan sebagai seorang Islam. " (Surah Ali Imran. ayat 102)
Namun sifat manusia tidak seperti malaikat yang tidak pernah melakukan selain perkara disuruh Allah. Dalam diri manusia ada akal dan nafsu yang mendorong melakukan kebaikan dan kejahatan. Sebab itu Allah menjanjikan balasan pahala dan dosa bagi setiap perbuatan. Allah maha mengetahui setiap perkara yang dilakukan hamba-Nya secara nyata ataupun bersembunyi.
Taubat boleh dilakukan sepanjang masa, paling baik selepas menyedari melakukan dosa. Jika kesalahan itu membabitkan sesama manusia, keampunan perlu dimohonkan kepada orang yang terbabit. Ketika meminta maaf perlu dilakkukan dengan ikhlas atas kesedaran perbuatan itu satu dosa dan menyesalinya.
Taubat sebenar menyedari kesalahan atau dosa diikuti penyesalan dan memohon keampunan Allah. Seterunya menanam sifat benci terhadap dosa dan terus meninggalkanya. Hasil taubat membawa diri melakukan perbuatan baik. Taubat dipertahankan dengan perasaan sedar dan waspada menjauhkan diri dari kejahatan. Biarpun pintu taubat sentiasa terbuka, ia akan tertutup apabila ajal maut sudah tiba. Jangan berlengah untuk bertaubat, ia mesti di lakukan setiap masa dan sepanjang masa, bukan hanya apabila usia sudah lanjut. Sebagai Muslim yang yakin bertemu Allah di akhirat kelak, berusahalah meningkatkan taqwa dan menghindarkan dosa supaya dihimpunkan bersama orang yang beriman di akhirat. Sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kehidupan yang hakiki adalah di akhirat..
>Perbanyakan istigfar dan bacaan Al Quran... Supaya ia menjadi syafaat (penyelamat) kita di akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment