السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Friday, July 31, 2009

Al Quran adalah mukjizat Nabi s.a.w yang teragung

Al Quran adalah kalam Allah Ta'ala yang diturunkan kepada nabi s.a.w menerusi perantaraan malaikat Jibreel a.s. Nabi s.a.w merupakan seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Surah pertama iaitu surah Al Alaq diturunkan kepada Nabi s.a.w pada 15 Ramadhan ketika Nabi s.a.w berumur 40 tahun.

Al Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 22 bulan dan 22 hari berdasarkan kepada keperluan pada masa itu. Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86430 perkataan dan 323,760 huruf. Jumlah ayat didalam Al Quran ialah sebanyak 6236 ayat. Untuk memudahkan pembacaan Al Quran, ia dibahagikan kepada 30 bahagian.

MUKJIZAT
Setiap Nabi yang diutuskan oleh Allah Ta'ala untuk mentauhidkan dan menyembah Tuhan yang Maha Esa serta melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mukjizat adalah satu fenomena luar biasa yang ditunjukkan oleh Nabi-nabi (alaihimussolatuwassalam) kepada manusia untuk meyakinkan manusia bahawa ajaran yang dibawa mereka itu adalah benar. Apabila manusia manusia menyaksikan mukjizat tersebut mereka menjadi yakin kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi. Ini dapat dilihat daripada peristiwa Nabi Musa a.s telah diperintahkan oleh Allah Ta'ala untuk mencampakkan tongkatnya dan tongkat tersebut bertukar menjadi ular yang lebih besar daripada ular-ular tukang sihir Firaun.

Apabila tukang sihir Firaun menyaksikan kehebatan mukjizat Nabi Musa a.s mereka terus beriman kepada Nabi Musa a.s sehingga menyebabkan kemarahan Firaun. Tukang sihir Firaun telah beriman kepada Nabi Musa a.s setelah melihat mukjizat dan begitu yakin kepada Nabi Musa a.s sehingga mereka berani menerima risiko ancaman firaun yang mahu menghukum mereka dengan hukuman yang berat. Peristiswa tersebut telah dirakamkan didalam surah Taha ayat 69 yang bermaksud :

Dan lemparlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir, Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana sja ia datang lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata:" Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa"

Nabi-nabi yang lain seprti Nabi Soleh a.s dan Nabi Muhammad s.a.w juga diberikan mukjizat. Mukjizat-mukjizat tersebut merupakan mukjizat pancaindera kerana ia hanya boleh disaksikan oleh pancaindera iaitu dilihat dengan mata mereka yang berada bersama-sama dengan Nabi.
(WALLAHUA'LAM)