السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, December 14, 2009

Sahabat-sahabat r.anhum Yang Terlibat dalam Perniagaan

1) Abu Bakar r.a
Di kalangan sahabat-sahabat r.anhum, Abu Bakar r.a amat di kenali sebagai seorang ahli perniagaan. Telah di nukilkan di dalam kitab Al-Isobah bagaimana sebelum bermulanya sejarah Islam, beliau memiliki sebanyak 40 dirham yang di gunakannya untuk membeli hamba-hamba dengan tujuan untuk membebaskan mereka supaya mereka melakukan kerja kebaikan. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan, sehinggakan apabila beliau sampai di Madinah sewaktu hijrah beliau hanya memiliki 5000 dirham. Beliau tidak memiliki apa-apa sewaktu kematiannya.
Ibnu Sa'ad r.a telah meriwayatkan bahawa selepas perlantikan Abu Bakar r.a sebagai khalifah, pagi-pagi lagi beliau telah keluar dari rumahnya dengan membawa satu bungkusan pakaian menuju ke pasar dengan tujuan menjualnya.


2) Umar r.a
Umar r.a pernah juga menjadi peniaga. Beliau juga telah meriwayatkan di dalam beberapa kesempatan : "Melainkan mati dalam berjihad di jalan Allah, tiada yang lebih aku cintai dari memperolehi sumber kehidupan hasil penat dan tulang empat keratku." Beliau sering membacakan ayat di bawah ini:
وءاخرون يضربون في الارض يبتغون من فضل الله

"Dan ada orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian dari kurniaan Allah."
(Al-Muzammil: 20)

3) Usman Bin Affan r.a
Usaman Bin Affan r.a juga seorang ahli perniagaan, sebelum dan selepas keislamannya. Di dalam kitab Mishkat, ada hadis memberitakan bahawa dalam peperangan Tabuk, beliau telah menyediakan 300 ekot unta dan peralatan perang yang lain-lain. Menurut satu hadis yang lain, dalam peperangan yang sama juga beliau telah membelanjakan sebanyak 41,000 dinar dan dei serahkan kepada Nabi s.a.w untuk membiayai peperangan tersebut. Nabi s.a.w bersabda kepadanya: "Selepas hari ini, jika Usman tidak melakukan lain-lain amalan pun ia tidak akan memudharatkannya" Baginda s.a.w telah mengulangi sebanyak 2 kali.

4) Khadijah r.anha
Nama Khadijah r.anha telah tersenarai dalam golongan ahli perniagaan di dalam kitab Tarateeb Al-Idaariya. Kisah beliau menghantar kafilah ke Syria untuk membeli dan menjual barangan adalah amat masyhur.

5) Zubair Bin Awwam r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan yang masyhur di kalangan sahabat-sahabat r.anhum. Suatu hari seseorang telah bertanya kepada beliau : "Bagaimana kamu boleh mendapat keuntungan yang banyak dari perniagaan?"
Beliau menjawap: "Aku tidak pernah membeli barang yang rosak untuk di perdagangkan dan tidak pernah berkeinginan untuk membuat keuntungan. Akan tetapi Allah Ta'ala telah mengurniakan keuntungan kepada siapa saja yang di kehendaki-Nya.

6) Abdul Rahman Bin A'uf r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan yang masyhur. Di dalam Sahih Bukhari telah di riwayatkan bahawa abdul Rahman bin A;uf r.a telah menceritakan kisahnya sebagaimana berikut:
"Apabila kami sampai di Madinah, Nabi s.a.w telah menyadarakan dengan Sa'ad bin Rabi' r.a. Saad telah berkata kepada ku: "Di kalangan orang Ansar aku adalah yang terkaya. Aku amat berbesar hati untuk memberi separuh harta ku kepada mu. Aku mempunyai 2 orang isteri, aku akan menceraikan salah seorang dari mereka untuk mu. Siapa saja yang kamu suka maka pilih sajalah. Aku akan menceraikannya agar selepas i'ddahnya kamu boleh mengahwininya"
Aku berkata:
با رك الله في اهلك و مالك
"Allah memberkati keluarga dan hartamu"
Janganlah menyusahkan dirimu sendiri. Kamu tunjukkanlah kepada aku arah ke pasar." Aku pun di tunjukkan ke arah pasar Bani Qainiqa."

Abdul Rahman r.a pun memulakan perniagaannya di sana dan tidak lama kemudian beliau memperolehi keuntungan. Beliau pun pulang ke rumahnya dengan membawa sedikit keju. Pada hari kedua, perkara yang sama telah berlaku. Tidak lam kemudian beliau dalam keadaan stabil untuk mendirikan rumah tangga.
Allah Ta'ala telah mengurniakan beliau dengan harta yang banyak. Sehinggakan sebelum kematiannya, beliau telah menceraikan isteri-isterinya di mana semua urusan pembahagian harta telah di lakukan untuk mereka. Abdul Rahman r.a adalah seorang yang kaya, tetapi dalam masa yang sama beliau seorang yang pemurah. Suatu ketika Aisyah r.anha telah berkata kepada anak Abdul Rahman r.a: "Moga-moga Allah Ta'ala akan membenarkan bapa kamu minum dari mata air Salsabil di dalam syurga.

7) Sa'ad Bin Aa'iz r.a
Di dalam kitab At-Taratib, nama Sa'ad bin Aa'iz r.a juga tersenarai di kalangan ahli-ahli perniagaan. Beliau adalah seorang hamba yang merdeka kepunyaan Ammar bin Yasir r.a. Berdasarkan kepada pengarang kitab Isobah, beliau adalah seorang peniaga "qarz" iaitu sejenis daun pokok yang di gunakan untuk mengeringkan kulit binatang.

8) Abu Maa'liq Ansari r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan. Beliau selalu membawa barang dagangannya dan barang dagangan orang lain untuk di jualkan ke tempat-tempat yang jauh. Walaupun beliau selalu melakukan perjalanan yang jauh tapi beliau tetap meluangkan masa untuk beribadat. Beliau di kenali seorang yang makbul doanya.

9) Talhah Bin Ubaidullah r.a
Beliau pula terlibat dalam bisnes kain. Sufyan bin uyaynah r.a telah meriwayatkan bahawa keuntungan yang di perolehi oleh Tahah r.a mencapai sebanyak 1000 wafia di mana 1 wafia menyamai 1 dinar wang siling emas.

3 comments: