السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Friday, December 18, 2009

Syarat-syarat Untuk Menjalankan Perniagaan dan Lain-lain Pekerjaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Memelihara niat
Telah di riwayatkan dalam hadis tentang penghisaban (perhitungan) yang akan di jalankan pada hari qiyamat. Ada 3 golongan manusia yang terlebih dahulu di hisab: 1) Orang yang mati syahid 2) Seorang Alim 3) Orang kaya. Pertama yang akan di bawa di hadapan ialah orang syahid, beliau akan di tanya tentang semua nikmat-nikmat yang di beri kepadanya. Beliau mengaku telah menerima segala nikmat dari Allah Ta'ala. Kemudian Allah Ta'ala akan bertanya: "Sebagai balasan bagi segala nikmat tersebut, apakah amalan kebaikan yang telah kamu lakukan?" lelaki itu menjawap: "Aku telah berjuang di jalan-Mu semata-mata kerana-Mu sehingga aku gugur syahid." Allah Ta'ala akan menjawap: "Kamu telah berdusta. Adapun kamu hanya berperang agar orang akan mengatakan kamu sebagai seorang yang berani." Kemudian Allah Ta'ala akan memerintah malaikat supaya mengheret lelaki tersebut dengan kepalanya di bawah dan mencampakkannya ke dalam neraka.
Kemudian seorang alim telah di bawa ke hadapan Allah Ta'ala. Orang alim itu telah belajar dan mengajar Al-Quran. Allah Ta'ala juga akan menunjukkan segala nikmat yang telah di berikan kepadanya. Si alim ini juga di tanya seperti si syahid tersebut. Orang alim itu akan berkata: "Aku telah belajar dan mengajar Al-Quran semata-mata kerana-Mu." Allah Ta'ala berfirman:
"Kamu telah berdusta. Kamu telah belajar agama supaya orang mengatakan kamu seorang alim. Kamu telah membaca Al-Quran supaya orang ramai memanggil kamu seorang qari yang baik."
Kemudian Allah Ta'ala memerintahkan agar lelaki alim itu di campakkan ke dalam neraka."
Seorang lelaki kaya pula di bawa ke hadapan Allah Ta'ala. Allah swt akan menunjukkan segala nikmat yang telah di berikan kepada si kaya itu di mana dia akan di tanya mengenai segala nikmat tersebut. Beliau mengaku segala nikmat tersebut dan akan di tanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan segala nikmat yang di beri?" Si kaya itu menjawap: "Aku tidak pernah lalai untuk bersedekah semata-mata kerana-Mu" Allah Ta'ala pun berfirman: "Kamu telah berdusta. Kamu telah membelanjakan harta kamu semata-mata untuk di gelar seorang pemurah." Kemudian Allah Ta'ala memerintahkan supaya si kaya itu di campakkan ke dalam neraka.

Di dalam hadis ini, kita dapat lihat betapa mulianya belajar ilmu agama dan mengajar Al-Quran, syahid di jalan Allah dan sifat pemurah. Namun demikian, di sebabkan niat yang tidak ikhlas, mereka di campakkan terlebih dahulu ke dalam neraka.

Jangan Menzalimi Orang Lain
Nabi s.a.w bersabda: من اخذ شبرا من الارض ضلما فانه يطوقه يوم القيامة من سبع ارضين

"Barangsiapa yang mengambil sejengkal tanah dengan kezaliman, lehernya akan di ikat dengan tujuh petala bumi pada hari qiyamat." (Misykat)

Mempelajari ilmu Syariat berkaitan bidang yang di ceburi
Adalah penting untuk di ingatkan bahawa dalam mencari rezeki hukum-hukum syariat mestilah di ikuti. Imam Ghazali r.alaih telah menulis dalam kitab Ihya Ulumuddin: "Adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang terlibat dalam perniagaan untuk mempelajari ilmu mengenai urusan jual beli. Imam Syafi'e r.a telah menulis dalam kitabnya Ar-Risalah dan Imam Ghazali r.a dalam Ihya Ulumuddin bahawa Ulama telah bersepakat adalah tidak di benarkan kepada sesiapa pun untuk memulakan sebarang urusan sehingga beliau mengetahui hukum Allah Ta'ala berkenaan dengan urusan tersebut. Imam Qaraakhi Maliki r.a telah menulis di dalam kitab furu': "Barangsiapa yang mahu menjalankan perniagaan adalah wajib atas individu tersebut untuk mengetahui perintah Allah Ta'ala mengenai urusan perniagaan. Sesiapa yang mahu menerima sebarang tawaran pekerjaan, wajib atasnya untuk mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan kontrak pekerjaan itu. Sesiapa yang menjalankan perniagaan yang berdasarkan bisnes pinjam meminjam, dia juga mesti tahu undang-undang tentang bisnes tersebut.

Allah Ta'ala berfirman: ولا تقف ما ليس لك به علم
"Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu mengenainya"
Sehubungan dengan kepentingan ilmu ini, Nabi s.a.w telah bersabda:
طلب لعلم فريضة علي كل مسلم
"Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam"

Imam Syafi'e r.a telah berkata: "Tanggungjawap untuk menuntut ilmu terbahagi kepada dua 1)Fardhu Ain 2)Fardhu Kifayah"
Fardhu ain adalah ilmu yang mesti di ketahui oleh setiap orang Islam dalam kehidupan sehariannya dan wajip ke atasnya menuntutnya. Selain daripada itu adalah termasuk fardhu kifayah.
Telah di riwayatkan bahawa Umar r.a suatu ketika telah menyuruh seorang lelaki pergi ke pasar. Beliau berkata kepada lelaki itu:''Jika terdapat sesiapa sahaja di pasar itu yang tidak mengetahui undang-undang jual beli, maka hendaklah kamu mengusirnya."

No comments:

Post a Comment