السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Friday, December 11, 2009

Perniagaan (التجارة)

Pekerjaan Yang Terbaik
Perniagaan dan perdagangan adalah pekerjaan yang terbaik selepas pekerjaan yang di lakukan untuk berkhidmat bagi kepentingan agama. Ini adalah di sebabkan ahli perniagaan adalah pemilik dan penguasa masanya sendiri. Mereka juga boleh berkhidmat untuk agama walaupun ia terlibat dengan dunia perniagaan. Selain itu terdapat berbagai-bagai hadis yang menjelaskan kelebihan-kelebihan perniagaan. Allah Ta'ala berfirman:
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka" (At-Taubah:111)

Ganjaran Untuk Kejujuran Ahli Perniagaan
Sabda Nabi s.a.w.:
التاجر الصّدوق الأمين مع ألنّبيّن والصديقين والشهداء
"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan Para Nabi, Siddiqin dan Syuhada"
(H.R Tirmizi seperti mana dalam At-Tarhib wat Tarhib)

Sifat-sifat Ahli Perniagaan
Sabda Nabi s.a.w. lagi:
ان اطيب الكسب كسب التجّار الذين اذأ حدثوا لم يكذبوا واذأ اءتمنوا لم يخونوا واذا وعدوا لم يخلفوا اذا اشتروا لم يذمّوا
واذا باعوا لم يمدحوا واذأ كان عليهم لم يمطلوا واذا كان لهم يعسروا
"Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan untuk memperolehi pendapatan adalah pendapatan para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan tidak berdusta. apabila mereka di beri amanah, mereka tidak akan mengkhianatinya, apabila berjanji mereka tidak memungkirinya, apabila mereka membeli , mereka tidak mencela apa yang di beli. Apabila mereka menjual, mereka tidak akan memuji-muji berlebihan barang-barang yang mereka jual. Jika mereka di sururh untuk membayar hutang, mereka tidak akan berdalih-dalih dan apabila orang berhutang lambat membeyarnya, mereka tidak menyempitkan yang berhutang"
(Sebagaimana dalam At-Targhib)


Daripada Anas r.a sesunguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
التّاجر الصّدوق تحت ظلّ العرش يوم القيامة
"Peniaga yang jujur akan berada di bawah teduhan A'rasy pada hari Qiyamat"
(Sebagaimana dalam At-Targhib)

Daripada Abu Umamah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
ان التاجر اذأ كان فيه اربع خصال طاب كسبه اذأ اشتري لم يذم واذأ باع لم يمدح ولم يدلّس في البيع ولم يحلف فيها بين ذالك
"Sesungguhnya peniaga itu mempunyai 4 sifat, maka akan baiklah pendapatannya iaitu: Apabila membeli, dia tidak akan mencerca barang beliannya. Apabila menjual, dia tidak akan memuji-muji barang jualannya itu. Apabila melakukan penjualan, dia tidak akan menipu dan dia tidak akan bersumpah-sumpah apabila melakukan pembelian dan penjualan."

واخرج سعيد بن منصور في سننه عن نعيم بن عبد الرحمن الازدي و يحي بن جابر اطاعي مرسلا قال المناوي رجاله
ثقات تسعة اعشار الرزق في التجارة و العشر في المواشي يعني انتاج
Di keluarkan oleh Sa'ed bin Mansur di dalam kitab "Sunannya" daripada Nu'aim bin Abdul Rahman Al-Azdi dan Yahya bin Jabir At-Ta'ie (hadis mursal) di mana perawi-perawinya kuat semuanya, Nabi s.a.w bersabda : "Sembilan persepuluh dari punca rezeki adalah di perolehi di dalam perniagaan dan sepersepuluh adalah dari penternakan" (Tarateeb Al-Idaariya)

Mulakan Kerja Di Awal Pagi
Imam Tirmizi r.alaih telah memulakan satu bab di dalam kitabnya yang masyhur di beri tajuk "Memulakan perniagaan di awal pagi." Dalam bab itu, telah di temui satu hadis yang Sakhar Ghamidi r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w telah berdoa:"Ya Allah, Rahmatilah umat ini lantaran usaha mereka di awal pagi"

Nabi s.a.w telah bersabda: باكروا في طلب الرزق والحوائج فانّ الغدوّ بركة و نجاح
"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan" (Tabrani & A-Bazar)

Sakhar r.a juga meriwayatkan bahawa apabila Nabi s.a.w mahu menghantar pasukan tenteranya keluar, Baginda s.a.w akan menghantar di awal pagi. Sakhar r.a adalah seorang pedagang, di mana setiap kali beliau mahu menghantar rombongan dagangannya, beliau akan melakukannya di awal pagi. Dengan amalannya yang demikian, beliau telah memperolehi keuntungan yang besar dan berjaya mengumpul harta yang banyak.

Saudara sekalian, marilah kita ikut cara yang di tunjuk oleh Nabi s.a.w dalam segala urusan kita. Islam telah ajar kita setiap aspek dalam kehidupan dan segala kejayaan terdapat dalam mengikuti agama yang di bawa oleh Nabi s.a.w. Bermula kehidupan di waktu pagi dan keberkatan akan tersebar di awal pagi. Marilah kita hidupkan segala sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan yang sementara ini..

No comments:

Post a Comment