السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Friday, January 14, 2011

Pengertian Dakwah Islamiyah

لكل شيء اذا فارقته عوض + وليس لله ان فارقت من عوض

‘Apa saja yang kamu pisahkan boleh di cari ganti,‘Tetapi tidak ada sebagai ganti apapun bagi Allah Ta’ala sekiranya kamu tinggalkan-Nya’

Apakah makna dakwah?

Dakwah, dari segi bahasa bermakna seruan, panggilan, undangan atau jemputan. Di dalam Al quran, Hadith dan di dalam kitab-kitab agama Islam ada kalanya kalimah ini) يدعو دعي ( di gunakan untuk seruan Allah Ta’ala kepada manusia, ada juga di gunakan untuk seruan Rasul, ada juga di gunakan untuk berdoa, ada juga di gunakan untuk seruan manusia kepada Allah Ta’ala dan ada juga di gunakan untuk seruan manusia sesama manusia untuk menuju kepada sesuatu matlamat.

Di sini kita boleh lihat contoh di dalam Al Quran yang Allah Ta’ala menyeru manusia, seperti dalam surah Yunus ayat 25:

والله يدعوا الي دار السلام

“Allah menyeru (manusia) ke darus – Salam” (syurga).

Di dalam surah Al Anfal ayat 24, di sini dakwah Allah dan Rasul kepada orang-orang beriman:

يأيّها الّذين أمنوا استجيبوا لله و للرسول اذا دعاكم لما يحييكم

“Hai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan (dakwah) Allah dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang menghidupkan kamu”.

Di dalam surah Al Baqarah ayat 186, di sini dakwah atau permohonan manusia kepada Allah Ta’ala:

واذ سألك عبادي عنّي فانّي قريب, أخيب دعوة الدّاع اذا دعان

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku hampir, Aku menerima permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku”

Di dalam surah Al Baqarah ayat 221, di sini orang-orang musyrikin terlibat dengan dakwah untuk menuju ke neraka.

أولئك يدعون الي النار, والله يدعوا الي الجنّة والمغفرة باذنه

“Mereka (orang-orang musyrikin menyeru ke neraka, sedangkan Allah menyeru ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya”

Setiap manusia telah di anugerahkan Allah Ta’ala (iradat) kehendak yang terbatas untuk memilih apakah ia akan menyahut dakwah atau tabligh itu, atau ia akan berpaling daripadanya? Kemudian selain daripada pendakwah di alam syahadah (alam realiti) ini, berupa Rasul dan para pendakwah umumnya, hati nurani setiap manusia juga mengajaknya untuk pulang kepada keadaan fitrah. Tetapi kebanyakan manusia, suara hati nurani itu sudah hampir tidak kedengaran lagi, sehingga memerlukan kepada kejutan para pendakwah untuk menyeru manusia kea rah jalan Allah. Oleh sebab itu para Ulama Islam seperti Imam Ghazali r.alaih mensifatkan “amar ma’ruf wa nahi ‘anil munkar” atau tegasnya kerja dakwah itu sebagai pasak yang terbesar di dalam agama ini.

Kemudian dakwah manusia kepada Tuhannya pula, berupa doa itu adalah otak atau teras ibadat. Seperti sabda Nabi s.a.w:

الدّعاء مخّ العبادة و ليس شيء اكرم عند الله من الدّعاء

“Doa adalah otak atau teras ibadat, dan tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”

Nabi s.a.w bersabda lagi:

الدّعاء سلاح المؤمن و عماد الدّين ونور السموت و الارض

“Doa itu senjata orang Mukmin dan tiang agama dan cahaya langit dan bumi”

Selain kalimah dakwah, ada juga digunakan kalimah “tabligh” yang berasal dari perkataan “بلّغ - يبلّغ” yang bermakna “dia seorang lelaki menyampaikan”. Tabligh, dari segi bahasa beerti menyampaikan, dan dari segi istilah bermakna “menyampaikan ajaran Islam”. Kemudian tabligh juga ialah salah satu sifat yang ada peribadi Rasul s.a.w selain daripada sifat sidiq, amanah dan fatonah. Dari kata “بلّغ dapati kalimah مبلّغ” yang bererti orang yang menyampaikan. Dalam hubungan dengan dakwah, ertinya orang yang menyampaikan ajaran Islam. Kalimat ini terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Contohnya perkataan بلّغ” (balligh) yang bemakna “sampaikanlah” dan بلّغت (ballaghta) yang bererti “kamu menyampaikan” dalam surah Al-Maidah ayat 67:

يأيّها الرّسول بلّغ ما انزل اليك من ربّك, وان لم تفعل فما بلّغت رسالته

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu. Dan jikalau kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya”.

Dalam surah al Maidah ayat 92 ada perkataan بلاغ”:

فان تولّيتم فاعلموا انّما علي رسولنا البلاغ المبين

“Jikalau kamu semua berpaling maka ketahuilah bahawa kewajipan rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan terang”.

Didalam Hadith dapati contoh kalimah بلّغواyang bermakna “sampaikanlah”

بلّغوا عنّي ولو أية

Sampaikanlah olehmu daripadaku walaupun satu ayat”

Nabi s.a.w berpesan-pesan supaya berwaspada dengan doa orang di zalimi, kerana doanya mustajab”Di dalam suatu pengertian, boleh di katakana semua orang terlibat dalam sesuatu bentuk dakwah, sama ada ia terlibat di dalam “Ad- da’watu ila Allah” yakni dakwah menuju kepada Allah, atau ia terlibat dalam “Da’watu l-Jahiliyyah” yakni dakwah Jahiliyah, yang boleh juga di namakan “Ad-da’watu ila abwabi jahannam”. Istilah yang pertama itu berasal dari Al Quran dan kedua-dua istilah yang akhir itu adalah berasal dari Hadith.

الدّعوة الي الله" ialah dakwah para-para Nabi dan Rasul a.s, para-para wali dan orang-orang solih. Dakwah mereka ini berasaskan Tauhid, yang menghidupkan hati manusia.

دعوة الجاهليّةialah dakwah orang-orang kafir, orang-orang muyhrik dan munafik, dakwah golongan yang hanya mementingkan kehidupan dunia ini sahaja tanpa memikirkan kehidupan akhirat yang akan menangkap manusia. Golongan ini juga mendorong kepada kekufuran dan syirik. Pendek kata, sebarang ajakan, jemputan, undangan atau imbauan yang menjauhkan manusia daripada Allah, atau membawanya kepada menyekutukan Allah secara terang atau secara tersembunyi, adalah termasuk ke dalam “da’watul-jahiliyyah”. Dakwah sebegini mematikan hati dan menghilangkan wahdah serta memecahbelahkan peribadi dan masyarakat manusia.

الدّعوة الي الله Di namakan dakwah Islamiyah dan ia di bahagikan kepada dua bahagian:

1) بلسان المقال دعوة Iaitu dakwah lidah dan perkataan.

2) دعوة بلسان الحال Iaitu dakwah dengan hal keadaan, gerak-geri dan amal perbuatan.

Di dalam bahagian “dakwah bilisanil-maqal” termasuk juga dakwah melalui tulisan dan kitab karangan. Oleh sebab itu di dalam peradaban Islam telah banyak karangan-karangan Ulama, Hukama dan cendiakawan, untuk memelihara dan menyebarakan ajaran-ajaran Islam Di antara kedua-dua bentuk dakwah ini, kadang kala “dakwah bilisanil-hal” lebih fasih dan lantang. Dakwah dengan lidah jasmani dan perkataan atau dengan tulisan semata-mata, tanpa di sertai dengan amal solih dan contoh tauladan yang baik adalah kemunafikan.dan perkara yang akan menjatuhkan seseorang itu ke dalam jurang yang amat merbahaya dari segi rohaniah. (Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita dari demikian itu). Kedua-dua bentuk dakwah ini, “dakwah bilisanil-maqal” dan “bilisanil-hal” adalah perlu, dan inilah yang di sampaikan oleh Insan yang sempurna Nabi s.a.w. Di dalam dunia dewasa ini, berbagai-bagai cara yang terdiri dari individu, jemaah dan organisasi yang mendakwahkan Islam. Ada organisasi yang mencontohi semua sistem barat. Ada pula yang tersusun mengikut sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Dewasa ini juga, di dunia ini ada pihak yang menggunakan ajaran Islam untuk mendukung fahaman syirik seperti nasionalisma, demokrasi, sosialisma, komunisma dan sebagainya. Golongan ini mempergunakan Islam sebagai perkakas sahaja, atau seperti seekor kucing untuk menangkap tikus, selama tikus bermaharajalela. Apabila tikus sudah tidak ada lagi maka kucing tidak di perlukan lagi. Ada pula pihak yang menggunakan Islam atau lebih tepat lagi, cebisan-cebisan ajaran Islam, untuk menjaga sosialisma “bertuhan” dan sosialisma “tak bertuhan”. Biasanya mereka ini hendak meyakinkan orang Islam bahawa sosialisma sudah ada di dalam Islam. Atau sosialisma “bertuhan” tidak bercanggah dengan Islam.

Ada juga sesetengah pihak yang meragui kegiatan dakwah Islamiyah yang tulen, kerana mereka mungkin menganggap dakwah Islamiyah itu mengancam kepentingan mereka ataupun setidak-tidaknya memundurkan masyarakat. Dakwah Islamiyah bertentangan dengan nafsu mereka untuk hidup berfoya-foya seperti orang-orang kafir. Jika mereka mendakwahkan Islam maka Islam yang mereka kehendaki ialah yang sudah di suntik racun liberalism (the poison of liberalism) sebagaimana yahudi inginkan orang-orang mengamalkan Islam secara yang bersesuaian dengan hawa nafsu, ambil yang disukai dan tinggal apa yang tidak disukai dari ajaran Islam. Paling menyedihkan kita bila ada sesetengah orang Islam yang berfikiran sempit menyatakan mengamalkan Islam cara yang di tunjukkan oleh Nabi s.a.w, sahabat-sahabat r.anhum dan awliyaa adalah kolot dan sudah ketinggalan zaman, tidak secocok dengan berbilang kaum dan agama dan menghalang kemajuan sains dan teknologi serta moden. Istilah-istilah seperti “dakwah liar” , “dakwah songsang” , “dakwah menyeleweng” dan sebagainya adalah lahir dari golongan liberal ini.

Di dalam penyelarasan kegiatan dakwah Islam, maka ada empat golongan yang mendakwahkan Islam:

1) Golongan Politik

2) Golongan yang berdakwah untuk mencari duit

3) Golongan yang kerja dakwah itu menjadi kerja utama dan di beri gaji

4) Golongan menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup dan semata-mata kerana Allah dan tiada di bayar upah.

Golongan politik berdakwah untuk tujuan politik mereka dan pemerintah berdakwah untuk mempertahankan kedudukannya dan melemahkan lawan-lawan mereka.Pihak pembangkang berdakwah untuk menzahirkan kecacatan dan keburukan pemerintah dan mengangkat diri mereka sendiri supaya mendapat kuasa. Sudah tentulah ayat-ayat quran, hadis-hadis dan kata-kata Ulama di pergunakan untuk mencapai tujuan-tujuan mereka.

Golongan yang berdakwah untuk mencari duit menjadikan dakwah sebagai sumber pencarian mereka. Mereka mendakwah seperti penjual-penjual ubat dan tukang silap mata. Mereka yang mengharapkan elaun pula akan merasa keberatan untuk keluar berdakwah jika tidak di bayar.

Golongan yang berdakwah adalah kerja mereka dan di bayar gaji, suka atau tidak suka mereka terpaksa berdakwah juga kerana di bayar gaji.

Golonga yang menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup utama, sama ada mereka mendapat bantuan atau sokongan moral dan sebagainya, ataupun tidak mendapat sokongan, maka mereka ini terus berdakwah seberapa yang mampu atas dasar, ini kerja yang di warisi oleh Nabi s.a. dan kasihan belas sesama manusia kerana di dunia ini mesti manusia di satukan atas landasan Ummat yang satu badan. Golongan ini melakukan dakwah لله تعالي .

Nabi s.a.w bersabda:

انّما الاعمال بالنّيات وانّما لكلّ امرئ ما نوي فمن كانت هجرته الي الله و رسوله فهجرته الي الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الي ما هاجر اليه Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Dari Hadith ini dapat kita ketahui bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Jika kita lakukan apa-apa perkara hanya kerana Allah Ta’ala maka akan mendapat apa yang diniatkan, dan jika sebaliknya maka rugilah kita dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment