Abstract
There are several methods to memorize the Qur’an
in Malaysia. These methods have been studied and
adopted by the huffaz. The methods of memorizing the
Qur’an is an important matter to ensure that students
can memorize and remember the Qur’an as soon as
possible after they become Hafiz Al-Qur’an. Method of
memorization is the basic technique in memorizing the
Qur’an. However different techniques and approaches
in each method will give a different impact on the
quality of memorization. There are many methods of
memorization in Malaysia are imported from foreign
countries and among them is the Deobandy method
from India. Deobandy method has some unique and
special privilege compare to other method. Deobandy
method adopted a few techniques such as memorizing
preparation, sabak, para sabak, ammokhtar, halaqah
dauri and so on.
Pendahuluan
Al-Quran adalah Kalamullah yang memberi kebaikan kepada mereka yang menghafaz-Nya, seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : " Sebaik-baik di antara kamu ialah siapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)". HR Imam Bukhari.
Disini akan diterangkan ada satu kaedah yang diguna/ dipartikkan di Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya dan juga majoritinya di Madrasah-madrasah Tahfiz di Malaysia.
Sebagaimana
yang telah diketahui India merupakan salah sebuah negara yang terawal menerima
agama Islam berbanding negara Malaysia. India merupakan negara yang kedua
mempunyai penduduk beragama Islam paling ramai di dunia selepas Indonesia.
Seterusnya perkembangan agama Islam di sana telah mengakibatkan kewujudan
institusi-institusi pengajian agama Islam termasuklah pengajian hafalan
Al-Quran. Malah di India sendiri terdapat satu kaedah menghafal Al-Quran yang
dikenali sebagai kaedah Deobandy.
Kaedah ini juga telah diamalkan dalam kalangan para huffaz di Malaysia.
Perkataan Deobandy ini
merujuk kepada wilayah Deoband yang terletak di dalam daerah Uttar Pradesh
India.
Kaedah ini
telah bertapak di Malaysia buat pertama kali pada tahun 1981 di Ma’had Tahfiz
al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, Selangor. Setelah itu, kaedah Deobandy ini telah berkembang ke
institusi-institusi tahfiz yang lain seperti Madrasatul Quran Kubang Bujuk
Terengganu dan Ma’had Tahfiz Sri Petaling Kuala Lumpur. Kaedah Deobandy pada asalnya dibawa masuk ke Malaysia
atas usaha jemaah tabligh di Malaysia. Jemaah tabligh di Malaysia telah membawa
guru dari India untuk menjadi guru tahfiz di ma’had tahfiz di Malaysia. Menurut
seorang pengetua Ma’had Tahfiz al-Quran
Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, pada peringkat awal penubuhan ma’had ini,
terdapat seramai 12 orang guru-guru tahfiz al-Quran yang dibawa khas dari India
untuk mengajar kelas hafazan al-Quran di sini.
Melalui artikel ini akan dihuraikan secara terperinci berkaitan teknik-teknik dalam
kaedah Deobandy serta
keistimewaan dan keunikannya.
Teknik-teknik dan Keunikan Dalam
Kaedah Deobandy
Secara
keseluruhannya kaedah Deobandy ini
menggunakan teknik-teknik seperti berikut:
Persediaan Sebelum Menghafal, Sabak (Hafalan Baru)
Para Sabak (Hafalan
Mingguan)
Ammokhtar (Hafalan
Keseluruhan)
Halaqah Dauri (Kelas
Ulangan Hafalan)
Syahadah Hafiz.
Persediaan sebelum menghafal
Dalam
kaedah ini, pertama kalinya setiap pelajar diletakkan dalam beberapa kumpulan
yang khusus. Setiap kumpulan tersebut mempunyai seorang guru dan beberapa
pelajar antara 15 hingga 20 orang. Umur pelajar dalam setiap kumpulan tersebut
tidak sama iaitu antara umur 12 hingga 17 tahun. Penentuan kumpulan tersebut
telah ditentukan dalam mesyuarat pihak ustaz5.
Dalam seminggu, 5 hari digunakan untuk proses menghafal Al-Quran iaitu hari
Sabtu hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat, waktu pagi hingga tengah hari
sahaja terdapat kelas hafazan, dan di sebelah petangnya pelajar diberi rehat.
Hari Jumaat adalah cuti umum dan pelajar digalakkan keluar berdakwah dan
melakukan aktiviti mengelak diri dari social yang buruk. Salah satu
keistimewaan kaedah Deobandy ini
ialah terdapat Kelas Nazirah atau Pra Tahfiz yang diwujudkan untuk
pelajar-pelajar yang masih lemah dari sudut pembacaan Al-Quran. Kelas ini
diadakan untuk membantu pelajar melancarkan bacaan Al Quran sebelum
menghafaznya. Kelas ini dikhaskan bagi pelajar yang masih
lemah dalam pembacaan Al-Quran, manakala pelajar lain diletakkan dalam kelas
tahfiz biasa. Dalam kelas ini, pelajar diberi peluang untuk membaiki bacaan
dari segi tajwid, fasahah, kelancaran, dan tarannum Al-Quran. Setiap pelajar perlu
membaca Al-Quran dengan melihat mushaf Al-Quran sambil disemak oleh ustaz yang
mahir dalam bidang tajwid Al-Quran.
Kelas
tahfiz Al-Quran pula dikhususkan untuk menghafaz Al- Quran. Dalam kelas ini,
pelajar diletakkan dalam kumpulan tertentu dalam bulatan. Seorang guru mestilah
seorang penghafal Al-Quran bagi melayakkannya mengetuai dan memantau pergerakan
pelajar dalam setiap kumpulan8.
Teknik duduk di dalam halaqah digunapakai
dalam kaedah Deobandy ini
di mana setiap pelajar duduk dalam bulatan
bersama
Al-Quran dan rehal masing-masing. Satu lagi keunikan kaedah Deobandy ini ialah para pelajar tidak dibenarkan
bersandar pada dinding kelas bagi mengelakkan pelajar tertidur. Selain itu,
kaedah Deobandy
juga istimewa kerana adab pelajar amat dititikberatkan, contohnya setiap
pelajar hendaklah mencium tangan guru setiap kali bersalam.
Ini kerana, ia dapat menghasilkan sifat taat
dan hormat di dalam diri para pelajar. Selain itu, keunikan kaedah Deobandy dapat dilihat dari segi aspek pemakaian
pelajar. Pelajar dilarang memakai pakaian yang bergambar dan bertulis serta
berseluar jeans. Pelajar dikehendaki memakai jubah di dalam kelas hafazan.
Dalam kaedah Deobandy,
pelajar diwajibkan memakai kopiah di dalam waktu kelas pengajian. Mereka juga
tidak dibenarkan membaca Al-Quran tanpa memakai kopiah. Di samping itu,
pemakaian serban juga digalakkan. Kebanyakan pelajar memakai serban dalam kelas
hafazan Al-Quran.
Sabak (Hafalan Baru)
Keunikan
kaedah Deobandy ini
ialah pelajar dikenakan disiplin yang ketat. Seawal pukul 5.00 pagi, pelajar
telah dikejutkan dan digalakkan untuk
solat sunat tahajjud sebelum menunaikan solat subuh. Setengah jam sebelum waktu
subuh, para pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing untuk
diperdengarkan hafalan baru atau digelar sabak
kepada guru kumpulan tersebut. Sealain itu, keistimewaan
lain bagi kaedah Deobandy ialah
penggunaan rotan. Ia merupakan galakan untuk terus tekun dan kerja keras.
Bermula
sebelum subuh, pelajar mula menghafal hafalan baru atau sabak. Kadar hafalan pula berdasarkan kepada
kemampuan pelajar tersebut. Guru akan memantau kelancaran hafalan, jika kurang
lancar, hafalan baru pelajar akan dikurangkan.
Keunikan lain dalam kaedah Deobandy
ini ialah pelajar dikehendaki menghafal terlebih dahulu
bermula dari juzuk 30, 29, 28,27 dan 26. Setelah selesai 5 juzuk terakhir ini,
barulah pelajar dibenarkan untuk menghafal dari juzuk pertama hingga 25.
Perkara ini supaya memudahkan pelajar mengingat Al-Quran kerana 5 juzuk
terakhir ini adalah ayat-ayat pendek, mudah dan lazim didengar. Selain itu,
pelajar dikehendaki melancarkan bacaan ayat yang ingin dihafal paling tinggi sebanyak
40 kali atau mengikut kemampuan supaya memudahkan hafalan kelak. Menurut seorang
Ustaz selepas membaca 40 kali dengan melihat
kepada mushaf Al-Quran, pelajar hanya memerlukan waktu yang singkat sahaja
untuk memindahkan ayat-ayat tersebut ke dalam ingatan. Sebelum memperdengarkan
hafalan seseorang pelajar kepada gurunya, mereka dikehendaki terlebih dahulu
memperdengarkan hafalan kepada rakan di sebelah semasa sesi pengajian- bagi
memastikan bacaan tersebut tepat dan betul. Mereka hendaklah membaca 10 kali ayat
yang telah dihafal bagi memastikan ia lancar dan tidak tersangkut. Pelajar yang
telah bersedia untuk memperdengar bacaan mereka akan duduk di hadapan guru, dan
catatan akan dibuat oleh guru berdasarkan tahap hafalan pelajar di dalam buku khas.
Pelajar kebiasaannya akan didenda jika terlupa ayat-ayat yang telah dihafal.
Pada Pukul 7.30 pagi, pelajar akan bersarapan secara berjemaah (berkumpulan).
Pada pukul 8.30 pagi, kelas sabak
disambung sehingga pukul 9.30 pagi. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai
sekitar 4 jam untuk sabak.
Waktu yang lama ini bagi memastikan ayat-ayat yang baru dihafal benar-benar
terpahat di dalam hati para pelajar.
Para Sabak (hafalan mingguan)
Peringkat
kedua dalam kaedah ini dikenali sebagai Para
Sabak atau hafalan mingguan. Ia bermula
kebiasaannya pada jam 9.30 pagi hingga
11.30 pagi. Maknanya pelajar diberi masa 2 jam untuk para sabak. Para sabak
bermaksud 1 juzuk di belakang hafalan baru. Pelajar diberi masa setengah jam
sebelum memperdengar bacaan para sabak di
hadapan guru. Guru
membahagikan pelajar kepada pasangan masing-masing untuk membaca para sabak di mana pasangan masing-masing memiliki
tahap hafalan yang sama bagi membina keserasian. Seterusnya, para pelajar
dipanggil dengan pasangan masing-masing untuk memperdengar bacaan di hadapan
guru halaqah. Keunikan kaedah ini ialah seorang pelajar membaca sebanyak
sejuzuk, sambil pasangannya menyemak bacaan pada mushaf Al-Quran. Jika berlaku
kesilapan, pasangan tersebut akan melaporkan bilangan kesalahan kepada guru
halaqah. Seperti biasa rotan digunakan sebagai hukuman. Begitulah seterusnya
bagi pasangannya pula. Dalam waktu yang sama, guru halaqah akan memastikan
kelancaran para sabak. Kebiasaannya
bilangan pelajar dalam setiap halaqah adalah
genap bagi memudahkan
proses para sabak bersama
pasangan masing-masing.
Ammokhtar (Hafalan keseluruhan
Al-Quran)
Kaedah ammokhtar ini adalah kaedah ketiga selain dua
kaedah sabak yang
dibincangkan tadi. Ammokhtar ini
adalah ayat-ayat al-Quran yang
telah lama dihafal dan melebihi satu juzuk di belakang hafalan yang terkini. Untuk mengulang ammokhtar ini, para pelajar akan diberi masa dari jam 2.30 petang hingga jam
4.00 petang khusus untuk tujuan tesebut. Apa yang uniknya, kaedah ini amat
menekankan tahap ingatan
para
pelajar semasa tasmi’ di
mana rangsangan rotan / denda akan
diberikan sekiranya pelajar gagal membaca dengan lancar di hadapan guru. Selain
itu, keunikan pelaksanaannya adalah apabila pelajar diberi masa sekitar
setengah jam untuk melancarkan bacaan ammokhtar terlebih
dahulu sebelum dipanggil seperti di dalam kaedah Para Sabak untuk memperdengarkan bacaan mereka.
Uniknya juga, pasangan bagi bacaan turut ditentukan oleh guru tersebut. Selain
itu, keunikan kaedah ini antara lain menjadikan semua hafalan lama sebagai satu
pusingan lengkap di mana setiap hari para pelajar dikehendaki membaca satu
juzuk dari ammokhtar ini.
Dengan susunan bacaan yang mengikut turutan surah dalam al-Quran, ia memastikan
hafalan pelajar tersebut kekal dalam ingatan walaupun pelajar sedang menghafal
juzuk atau ayat yang sukar. Dan bagi memastikan kelancaran pada hari
berikutnya, setiap kali selepas maghrib, pelajar akan duduk dalam halaqah
masing-masing dan mengulang hafalan sabak,
para
sabak dan
ammokhtar secara
bersendirian. Dan ia masih di bawah pantauan beberapa orang ustaz. Selain itu,
ketiga-tiga kaedah Deobandy
ini diguna pakai secara berterusan sehinggalah pelajar tersebut khatam
keseluruhan 30 juzuk al-Quran.
Halaqah Dauri (Kelas Ulangan Hafalan)
Halaqah dauri bermaksud
halaqah yang dibentuk oleh para pelajar yang telah khatam kesemua sabak atau dengan kata lain khatam 30 juzuk
Quran. Halaqah ini dibentuk bertujuan sebagai mengulang kembali
hafalan
mereka. Uniknya, halaqah ini masih dalam pantauan guru masing-masing dan ini
memastikan hafalan mereka diulang seperti dalam perancangan. Dengan tempoh masa
dari enam bulan hingga dua
tahun untuk
berada dalam halaqah dauri ini,
para pelajar yang tidak lancar akan mengulang semula sabak, namun tetap dalam halaqah ini.
Uniknya, pembacaan adalah tidak mengikut urutan surah di mana
keseluruhan
al-Quran akan dibahagikan kepada tiga bahagian, dengan 10 juzuk mewakili satu
bahagian. Untuk pembacaan hari pertama, kedua dan ketiga, juzuk 1, 11, dan 21
masing-masing akan dibaca. Dan pada hari keempat, juzuk kedua bahagian pertama,
juzuk kedua bahagian kedua pada hari kelima dan seterusnya sehinggalah khatam
setiap bahagian tersebut. Dengan metode sama seperti Ammokhtar(pelajar
berpasangan
semasa membaca) kaedah ini dilihat dari sudut tersiratnya mampu memastikan dan
membiasakan pelajar yang khatam mampu membaca mana-mana surah ataupun juzuk
tanpa mengikut turutan.
Syahadah Hafiz
Dalam Syahadah Hafiz ini, ia
diadakan setelah persetujuan guruguru yang berpuas hati dengan prestasi
seseorang pelajar tersebut. Apa yang uniknya dalam Syahadah Hafiz ini adalah
tiga cara untuk
mendudukinya.
Cara pertama ialah tasmi’ 30 juzuk sehari, cara kedua 15 juzuk sehari manakala
cara ketiga 10 juzuk sehari. Dengan kata lain, 1 hari bagi cara pertama, 2 hari
cara kedua dan 3 hari bagi cara
ketiga.
Dari segi masa syahadah tersebut, setiap juzuk memerlukan setengah jam sahaja
masa pembacaan. Dengan tiga orang guru pemeriksa termasuk dua daripadanya guru
halaqah lain, para pelajar akan dianggap lulus apabila tidak lebih dari 10
kesalahan dilakukan semasa pembacaan.
Analisa Keunikan Kaedah Deobandy
Hasil
analisis keunikan yang terdapat di dalam kaedah Deobandy ini dapat merumuskan
satu kaedah dalam proses menghafal dan mengingati hafalan ayat-ayat al-Quran
yang telah dihafal. Rumusan kaedah tersebut adalah seperti berikut:-
1.
Perlunya ada tiga unsur asas dalam proses penghafalan
al-Quran iaitu pertama, hafalan ayat-ayat yang baru dari al-Quran. Kedua
ulangan bacaan hafalan ayat-ayat yang baru dihafal, iaitu ayat-ayat al-Quran
yang telah dihafal namun masih belum kukuh di dalam ingatan para penghafal.
Dengan kata lain ialah ayat-ayat yang telah dihafal dalam jangka masa seminggu
yang terdekat. Ketiga ulangan bacaan ayatayat
hafalan
yang telah lama dihafal.
2.
Tiga unsur di atas perlu dilaksanakan serentak dalam proses penghafalan
al-Quran. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar menambah hafalan baru, ia
juga perlu mengulang bacaan hafalan ayat-ayat yang baru dan mengulang bacaan hafalan
ayat-ayat yang telah lama dihafal.
3.
Ketiga-tiga unsur tersebut mempunyai satu piawai yang khusus
dalam memastikan kelancaran ayat-ayat yang telah dihafal. Ketiga-tiga unsur
tersebut perlu dibaca secara hafalan dengan tidak melihat kepada mashaf al-Quran. Piawai ini perlu dikekalkan,
bagi membolehkan para pelajar menambah hafalan
mereka.
Sekiranya aras piawai tersebut tidak dapat dicapai maka para pelajar tidak
dibenarkan untuk menambah hafalan yang baru.
4.
Kekuatan menghafal ayat-ayat al-Quran kali pertama setiap individu
adalah berbeza. Oleh yang demikian perlu digariskan bahawa, para guru perlu
prihatin dengan kemampuan hafalan setiap pelajar. Guru-guru tidak perlu
terburu-buru untuk menambah hafalan dalam jumlah yang banyak. Perkara yang
penting
perlu diperhatikan ialah kualiti hafalan tersebut. Teknik mengulang-ulang
hafalan berkali-kali, sama ada 10, 20, 30, 40, 50 atau 60 kali perlu
dititkberatkan kerana ia memberi impak yang mendalam terhadap ingatan hafalan
ayat-ayat al-Quran. Guru perlu menambah bilangan ulangan ayat-ayat yang dihafal
oleh para pelajar sehingga benar-benar diingati dengan tiada sebarang kecatatan
dari sudut tajwid, kelancaran dan keyakinan para pelajar.
Akhiraan:
Kaedah Deobandy ini dilihat dapat memperkukuhkan ingatan para huffaz dengan sistem yang tidak membebankan sesuai dengan kemampuan pelajar tersebut. Istimewanya, pemilihan juzuk bermula dari belakang terlebih dahulu untuk dihafaz adalah kerana juzuk-juzuk tersebut sentiasa dibaca dalam sembahyang. Tambahan pula juzuk-juzuk ini agak pendek dan sentiasa didengar semasa mendirikan sembahyang subuh dan isyak kerana kebanyakan imam-imam membaca surah-surah dalam juzuk ini ketika mengimami solat seperti surah al-Mulk dalam juzuk yang ke-29. Berdasarkan kajian yang dilakukan para guru dan pelajarpelajar bersetuju mengatakan bahawa setelah menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini walaupun tidak mengulang selama setahun mereka masih mampu untuk menjadi imam solat sunat terawikh dengan membaca 30 juzuk al-Quran dengan sempurna. Dengan keunikan dan keistimewaan kaedah Deobandy ini, Malaysia mampu melahirkan huffaz yang berkualiti. Dan kaedah ini juga mampu bersaing dengan kaedah sedia ada bagi mempelbagaikan sistem hafazan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment