السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadhan

عن انس رضي الله عنه يقول سمعت الله صلي الله عليه وسلم: قال الله تعالي: يا ابن أدم انك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك علي ما كان منك, ولاأبالي, يا ابن أدم:لو بلغت ذنوبك عنان السماء, ثم استغفرتني غفرت لك, يا ابن أدم:إنك لو أتيتني بقراب الارض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيأ لاتيتك بقرابها المغفرة
(رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح)


Daripada Anas r.a meriwyatkan bahawa: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Wahai anak adam! Selagi mana engkau meminta dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada diri kamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak adam! Sekiranya dosa-dosa kamu sampai mencecah awan langit kemudian kamu meminta ampun kepada Aku, nescaya Aku akan ampun kan kamu. Wahai anak adam! Sesungguhnya kamu, jika kamu datang menghadap Aku dengan dosa-dosa penuh seisi bumi, kemudian kamu datang kepada Aku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, kemudian Aku akan mengampunkan kamu sepenuh isi bumi. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Keterangan:
(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala yang tidak terbatas

(2) Allah Ta'ala berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa hamba-Nya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dia mati dalam lman yang sempurna, tidak mensyirikkan Allah Ta'ala dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling besar dan zalim yang amat besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah Ta'ala walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik dan melakukan banyak kebajikan. Amal kebajikan tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah Ta'ala, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah Ta'ala.

(5) Jika Ramadhan ini masih lagi kita tidak mendapat pengampunan dari Allah Ta'ala dan kita juga masih tidak ingin untuk meminta ampun di atas segala dosa-dosa maka kita telah terjatuh dalam kencah kerugian, kecelakaan dan kehinaan. Seperti dalam satu hadis yang lain bermaksud: "Jibril a.s berdoa celakalah orang yang datangnya Ramadhan tetapi masih lagi tidak mendapat pengampunan dari Allah Ta'ala dan doa ini di aminkan oleh Nabi s.a.w"

Semoga Allah Ta'ala selamatkan saya dan semua pembaca dari kecelakaan ini.. Amin!!

Monday, August 16, 2010

Puasa 18 jam di Sweden & 13 jam 1/2 di Malaysia



Sweden's long summer days are presenting a challenge to Muslims fasting for Ramadan. Religious leaders say the long hours of daylight are not a good excuse to skip the fast.
In northern Sweden, where dawn on Wednesday broke at 2:46 am, Muslims are expected to fast for over 18 hours, compared to only 13 hours in Mecca, for instance.Mikael Sundin, a board member of the Association of Muslims in Umea, said living so far north presented certain challenges:
"It's even more extreme here that it is in Stockholm. But most Muslims up here are following the official times. I'm going to follow the times and see how it goes," he told The Local.
In many Muslim countries, the fast is often broken in the evening with long and elaborate meals. But with some Swedish Muslims experiencing only a few hours of darkness, this becomes harder to do.
Imam Mahmoud Khalfi at Stockholm Mosque told The Local that the principles of fasting at Ramadan were clear:
"There is still day and night, so Muslims should follow the rule that you fast during the hours of daylight."
In those circumstances, says Mahmoud Khalfi, Muslims are allowed to follow the patterns of nearest city in which it gets dark."There are also those who say you should follow the patterns of Mecca," he said, and pointed out that there were different schools of thought within Islam on exactly how the fast should be observed.
(sumber dari IslamiCity.com)

( Aduhai....Musim panas yang melanda Sweden menyebabkan Ramadhan kali ini menghadapi siang hari yang begitu panjang sehingga mencecah 18 jam. Berkata ketua agama di sana ini bukanlah satu alasan untuk berbuka sebelum waktunya. Setengah tempat di Sweden lebih ketara dapat lihat malam hanya beberapa jam sahaja.)
Masjid Zahir Alor Setar
Tetapi di Malaysia kita hanya berpuasa di siang hari lebih kurang 12 jam setengah. Ini adalah kebiasaan pada seluruh tempat di Malaysia. Oleh itu kita perbanyakkan syukur kepada Allah Ta'ala dengan nikmat-nikmat yang di anugerahkan kepada kita.

Wednesday, August 11, 2010

Islam Agama ku...

Pada hari selasa 27 julai 2010 PUSBA dan kerjasama Muslim League Sg. Petani telah menganjurkan program (Ini Jalan Saya Mengenal Tuhan) yang di sampaikan oleh Tetamu Prof Dr Periyardasan/Abdullah Bekas Pelakon Filem Tamil Naidhu India . Pada hari tersebut di sebelah petang kami dari Pusat Bimbingan Tahfiz Al Quran Aman Jaya bersama-sama Guru (Ust Naim) dari PUSBA Sg. Petani dan Muslim League telah melawat ke kawasan Ladang Kongsi 6 Bedong bertujuan menarik mereka kepada Islam dan di adakan juga Ceramah Motivasi dalam Bahasa Tamil. Di sebelah malam pula di adakan program yang sama di PUSBA.

Di Ladang Kongsi 6 Bedong sebelah petang


Prof Dr Abdullah / Periyardasan menyampaikan ceramah motivasi dalam bahasa Tamil di Ladang Kongsi 6

Orang India yang beragama hindu sedang mendengar ceramah Prof Dr Abdullah. Beberapa pelajar (berkopiah putih) dari Pusat Bimbingan Tahfiz kami juga hadir dalam program ini




Ceramah di PUSBA (Pusat Bimbingan Saudara Baru sg Petani)

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Mubarak


Tangkaplah syaitan-syaitan yang sangat degil dengan rantai lalu lontarlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat rosakkan puasa ummat Muhammad s.a.w kekasih Ku.. Maksud hadis.


Ibn Abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya syurga di harumkan dan di hiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan ramadhan sejenis angin akan bertiup dari bawah 'Arasy yang di namakan 'Muthirah'. Lalu bergeseranlan daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah di dengari bunyian lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari yang bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga.

Mereka menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah Ta'ala mengahwinkan dengan kami?". Kemudian mereka berkata lagi, "Wahai Ridhwan (penjaga syurga)! Malam apakah ini?" Beliau akan menjawap kepada mereka dengan berkata, "Ya! Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. (Hari ini) pintu-pintu syurga bagi orang berpuasa dari kalangan ummat Muhammad s.a.w." Nabi s.a.w bersabda lagi " Allah Ta'ala akan berfirman, "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan Wahai Malik (penjaga neraka) tutup lah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa dari kalangan ummat Ahmad. Wahai Jibril! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan-syaitan yang sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkan lah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa ummat Muhammad kekasih ku."

Baginda s.a.w bersabda lagi "Allah Ta'ala akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari ramadhan supaya dia menyeru tiga kali, "Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup m,emberi hutang kepada yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutang sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan."

Baginda s.a.w bersabda lagi, "Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan ramadhan Allah Ta'ala akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah di tentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan ramadhan, Allah Ta'ala akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.

Apabila tiba Lailatul-Qadar Allah Ta'ala akan memerintahkan Jibril a.s supaya turun bersama sekumpula besar Malaikat. Bersama mereka bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu ke atas Kaabah. Jibril a.s mempunyai seratus sayap, dua daripada sayap tersebut tidak pernah di buka kecuali pada malam itu sahaja, lalu beliau membuka sayapnya sehingga menutupi timur dan barat kemudian pada malam tersebut Jibril a.s. akan mendorong para Malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. maka para Malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibril a.s akan menyeru semua Malaikat, "Sekarang pulanglah!." Para Malaikat itu pun akan bertanya, "Wakhai Jibril apakah yang Allah ta'ala telah lakukan terhadap keperluankeperluan orang beriman di kalangan ummat Ahmad s.a.w?" Beliau akan menjawab,"Allah bTa'ala telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali jenis manusia." Maka kami pun bertanya, "Siapakah merekah wahai Rasulullah?" Baginda s.a.w, 'Lelaki yang berterusan meminum arak, seseorang yang menderhakai ibubapanya, seseorang yang memutuskan silatur-rahim dan Mushahin." Kami bertanya, "Wahai rasulullah ! Siapakah mushahin itu?" Baginda s.a.w menjawab, "Dia adalah Musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan).

Apabila tiba malam hari raya aidilfitri maka malam itu di sebut di langit sebagai Lailatul Jaaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada pagi hari raya itu Allah Ta'ala menghantar malaikat-malaikat ke setiap tempat lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh di dengari oleh semua makhluq Allah Ta'ala selain jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai ummat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat solah hari raya, Allah Ta'ala akan bertanya kepada para Malaikat" Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?" Para Malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasanya ialah sempurnakan ganjarannya." lalu Allah Ta'ala berfirman," Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi wahai malaikat-Ku, sesungguhnya Aku jadikan keredhaan dan keampunan Ku sebagai pahala puasa pada bulan ramadhan dan ibadat malam mereka." Allah Ta'ala akan berkata lagi, wahai hamba-hamba Ku! Pohonlah daripada Ku, demi kemulian Ku dan keagungan Ku, kamu tidak memohon sesuatu daripada Ku pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagi kamu. Demi kemulianKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaiban kamu selama mana kamu mengingati Aku, demi kemulian Ku akan menghinakan kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (orang kafir). Bersurailah dalam keadaan kamu telah di ampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Aku dan Aku juga telah meredhakan kamu." Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah Ta'ala kepada ummat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan ramadhan.

(Riwayat Ibn Hibban didalam kitab As-Thawaab)

" Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka"