بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah Punca Pendapatan Yang Terbaik?
Ulama telam berselisih pendapat tentang perkara ini, Imam Syafie r.alaih berpendapat bahawa perniagaan adalah sumber pendapatan yang terbaik. Imam Abu Hassan Mawardi r.a dan Ulama yang bersependapat dengannya berkata pertaniaan adalah sumber pendapatan yang terbaik. Imam Nawawi r.a berpendapat bahawa punca pendapatan yang terbaik adalah sebarang usaha yang di lakukan dengan kedua tangan sendiri, ini termasuklah perniagaan dan pertaniaan. Pengarang kitab (بحر) "Bahr" berkata : "Mengikut mazhab Hanafi, pekerjaan yang terbaik selepas jihad adalah perniagaan, kemudian industri dan pekerja mahir." Menurut pendapat Allamah Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya r.alaih berkata: "Pekerjaan terbahagi kepada 3 kategori; Pertama, Perniagaan. Kedua, Pertaniaan. Ketiga, Buruh. Terdapat banyak hadis yang menerangkan kelebihan sumber-sumber pendapatan ini. Apa-apa saja pekerjaan yang kita ceburi pertama mestilah pekerjaan itu adalah halal. Berwaspadalah dengan kecuaian kita dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi. Jika kita berniaga perlu di ingatkan bahawa Islam telah menegah peniaga dari menipu, mengurangkan timbangan dan lain-lain. Jika sebagai pekerja pejabat dan sebagainya juga di ingatkan bahawa berdisiplin, bertanggungjawap dan apa-apa yang dapat menzahirkan akhlaq yang mulia, maka ini perlu di amalkan. Islam itu tersangat indah dan hanya yang terindah saja datang dari Islam.
Pekerjaan Dilakukan Dengan Niat Berkhidmat Untuk Agama
Telah di jelaskan bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang terbaik sekali. Ia adalah satu jenis pekerjaan di mana seseorang itu menjadi Bos dan mengatur jadual seharianya. Peniaga mempunyai masanya sendiri dan dia boleh menyibukan dirinya dengan belajar, mengajar, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain yang bermanfaat.
Sekiranya seseorang itu terlibatdalam sesuatu pekerjaan guna tenaga dan dalam masa yang sama dia berkhidmat untuk agama, maka pekerjaan tersebut adalah lebih berkat dan baik dari menjalankan peniagaan yang tidak terlibat dalam khidmat untuk agama (والله اعلم)
No comments:
Post a Comment