بسم الله الرحمن الرحيم
Sifat-sifat Mulia Ahli Perniagaan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya sembilan bahagian rezeki itu adalah di dalam perniagaan." Ini bermakna seseorang itu mestilah memilih perniagaan sebagai sumber pendapatannya, kerana ia adalah punca rezeki yang terbesar dan merupakan rezeki yang paling berkat.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Moga-moga Allah Ta'ala memelihara keselamatan orang mukmin yang merupakan seorang ahli perniagaan yang gigih di mana dia tidak menghiraukan jenis apakah pakaian yang di pakainya"
Hadis menyebutkan perihal ahli perniagaan dan perusahaan dengan keadaan perniagaannya memaksa ia berpakaian yang sederhana. Ini di sebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk berpakaian cantik. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu di paksa oleh keadaan perniagaannya, dia haruslah sentiasa sederhana dalam berpakaian dan menjaga kebersihan.
Memudahkan Pelanggan, Bersikap tolak ansur dan Bertimbang rasa
Subhanallah! Maha Suci Allah! Alangkah besarnya penghormatan orang-orang yang bertimbang rasa dan murah hati apabila melakukan penjualan dan pembelian ataupun meminta hutang. Nabi s.a.w telah berdoa dengan satu doa khusus untuk mereka dan sudah pasti doa ini di terima Allah Ta'ala. Jika hasil dari kebaikan jual beli mereka itu hanya mendapat doa Nabi s.a.w, maka doa tersebut adalah mencakupi untuk mereka. Selain dari itu ahli perniagaan tersebut juga akan di rahmati lantaran sifat timbang rasa dan pemurahnya.
Oleh demikian adalah di nasihatkan agar semua perniagaan mencontohi serta mengamalkan sifat-sifat ini di dalam perniagaan mereka. Mereka bukan saja dapat doa Nabi s.a.w, bahkan mereka juga menyenangkan hati-hati pelanggan mereka. Dengan itu perniagaan mereka akan bertambah maju. Jika keadaan seperti ini berterusan, customers mereka akan menjadi customer yang tetap dan mereka akan mendoakan untuk peniaga untuk kebaikan perniagaannya. Tidak syak lagi, apabila peniaga mengikut hukum syariat, ia akan memperolehi kemuliaan dan sanjungan. Adakah orang yang lebih beruntung dari seseorang yang memperolehi rahmat di dunia dan akhirat, dalam masa yang sama mereka(ahli perniagaan) di sayangi serta di rahmati oleh semua orang??
Kita boleh lihat masyarakat kita dalam perniagaan mereka lebih suka menimbulkan sifat iri hati dan dengki dengan kemajuan perniagaan saudara Islam kita yang lain. Sepatutnya kita mesti buang perangai-perangai yang buruk ini jauh-jauh kerana dalam Islam tidak mengajar kita perkara yang buruk. Kita sebagai orang yang beriman mestilah yakin yang rezeki datangnya dari Allah Ta'ala bukan dari kita. Kita sebagai manusia hanya di beri untuk berusaha sahaja, jika kita berusaha beserta sifat yang baik maka Allah Ta'ala akan permudahkan kehidupan kita. Jangan kita ingat dengan menimbulkan perangai buruk dengki mendengki akan memajukan kita . Malah ini adalah permulaan kemusnahan kita dan jika kita masih lagi beramal denga perangai buruk ini maka tunggulah kemusnahan untuk kita. Orang bukan Islam akan menguasai kita.
Jangan Bersumpah-sumpah Semasa Berjual-beli
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jauhilah bersumpah-sumpah apabila melakukan penjualan."
Adalah mungkin salah satu sumpah kita tidak benar dan peniaga akan hilang keberkatan. Nama Allah Ta'ala telah di salah gunakan untuk tujuan yang kurang sopan. sesetengah peniaga suka sangat bersumpah agar barang yang mereka jual di percayai oleh customer. Melalui amalan ini barang yang di jual akan berkurangan berkat lalu mendatangkan kerugian di dunia dan akhirat.
Ahli Peniagaan yang Jujur dan Amanah akan Dibangkitkan Dikalangan Para Nabi
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ahli peniagaan yang jujur dan amanah dalam perkataan dan amalannya akan dibangkitkan dikalangan para Nabi dihari qiamat"
Hadis menjelaskan mereka (bussinesmen yang jujur) akan bersama dengan para wali. Mereka akan memperolehi martabat kemuliaan yang selalunya diperolehi dengan menyertai majlis alim Ulama dan orang-orang Muttaqin (bertaqwa).
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia yang berniaga, sesungguhnya dalam perniagaan banyak terdapat kata-kata yang sia-sia dan persumpahan. Oleh itu campurkanlah ia dengan sedekah"
Ini bermaksud bahawa kata-kata yang sia-sia dan sumpahan seumpamanya tidak diperlukan langsung. Oleh itu berilah sedekah, dengan sedekah ini akan memberi kebaikan dan membersih apa-apa yang sia-sia dan menghapuskan pencemaran yang masuk dalam hati.
(والله اعلم)
No comments:
Post a Comment