السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday, November 16, 2009
Sedekah dari Hasil yang Haram tidak di terima Allah Ta'ala
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu mengkagumi orang yang terbentang kedua lengannya menumpahkan darah. Di sisi Allah, dia adalah pembunuh yang tidak mati. Janganlah kamu mengkagumi orang yang memperolehi harta dari sumber yang haram. Jika dia infaq dan bersedekah dengan harta yang terhasil dari sumber-sumber yang haram maka tidak akan di terima Allah Ta'ala. Sekiranya dia meninggalkan harta itu, maka harta tersebut tidak mendatangkan keberkatan di dalamnya. Tiadalah harta seumpama itu yang di warisi oleh waris-warisnya selepas kematiannya, melainkan ianya akan menghantar mereka ke neraka" (H.R Abu Daud)
Maksudnya apabila seseorang itu makan benda-benda yang haram dan mengeluarkannya sebagai sedekah, amalan ini tidak akan di terima dan tiada ganjaran dalam harta yang haram. Mengikut pendapat sesetengah Ulama bersedekah dengan harta dari sumber yang haram untuk mengharapkan ganjarannya adalah satu perbuatan yang berciri kekafiran. Ulama juga berpendapat jika seorang miskin mengetahui bahawa harata yang di berikan kepadanya itu dari sumber yang haram, tetapi masih mendoakan untuk si pemberi itu, maka dia juga di kira bersubahat. Apabila harta yang bersumberkan haram di gunakan untuk tujuan-tujuan yang lain maka tidak mendatangkan apa-apa keberkatan juga.
Apabila harta sebegini di tinggalkan sebagai warisan, ia akan menjadi sebab seseorang itu akan masuk ke dalam neraka. Di muka bumi, orang-orang yang mewarisi hartanya dan berseronok dengan harta tersebut maka pewaris akan terhumban kedalam neraka. Adakah ianya merupakan satu hakikat bahawa kekayaan yang bersumberkan haram itu lebih memudaratkan dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat???
Allah Ta'ala tidak menghapuskan batil dengan kebatilan. Oleh kerana memberi sedekah dengan harta yang haram tidak di benarkan, maka dosa-dosa seseorang itu tidak boleh di ampunkan dengan mengeluarkan sedekah dengan harat yang seumpama itu. Kejahata hanya boleh di hapus denga amalan soleh. Atas alasan ini, kekayaan yang bersumberkan halal akan boleh mendatangkan keampunan untuk dosa-dosa yang di lakukan apabila amalan-amalan kebajikan di laksanakan mengikut hukum-hukum syariat.
Tubuh Yang Membesar Dengan Makanan Yang Haram Akan Masuk Neraka
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :"Daging yang di besarkan (dalam tubuh seseorang) hasil dari pendapatan yang haram, tidak akan masuk syurga. Untuk daging yang seumpama itu, nerakalah tempatnya"
Ini bermakna, sesiapa yang menerima pendapatan yang haram tidak akan masuk syurga sebelum ianya terlebih dahulu di hukum dan di azab. Walau bagaimanapun ini tidak bermaknaia tidak akan masuk syurga seperti orang-orang kafir. Jika dia mati sebagai seorang yang beriman dalam keadaan memakan yang haram, dia mula-mula akan di azab di dalam neraka sebab dosanya, kemudian akan di ampunkan lalu di masukkan ke dalam syurga. Jika dia bertaubar sebelum kematianny, maka Allah Ta'ala akan mengampun dosanya dan mudah-mudahan dia akan terselamat dari azab yang telah di nyatakan dalam hadis di atas.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila seseorang itu membeli sehelai pakaian dengan harga sebanyak 10 dirham di mana 1 dirham darinya adalah haram, maka Allaha Ta'ala tidak akan menerima solatnya selagi mana pakaian itu masih di pakainya"
Hari ini mestilah kita semua berfikir adakah seharian kehidupan kita berlandaskan yang di kehendaki oleh Allah Ta'ala dan Rasul-Nya? Adakah kita selamat dari sumber yang haram? Anak-anak yang membesar dari sumber yang haram akan menybabkan bencana untuk kedua ibu bapanya, dan anak-anak tersebut akan membesar dalam keadaan yang jauh dari agama... Adakah kita masih bergembira dengan harta yang di perolehi bersumberkan haram dan berasa senang dengan keadaan yang di murkai Allah Ta'ala?? Semoga Allah 'Azzawajalla menyelamatkan kita dari yang haram...Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment