السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wednesday, October 28, 2009
Adab Masyarakat Islam
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Membentuk Adab Bermasyarakat
Sebagai agama yang sempurna, Islam mewujudkan sistem tertentu bagi setiap faktor kehidupan manusia. Islam bukan sahaja tidak mengabaikan hubungan manusia dengan manusia, bahkan mempunyai sistem hidup bermasyarakat yang di panggil MU'AMALAT. Secara mudah muamalat bermaksud peraturan Islam dalam urusan jual beli, perjanjian, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dan sebagainya berkaitan urusan harta sesama manusia.
Mengapa Islam begitu menjaga urusan harta? Kerana semua manusia pada asalnya bernafsu terhadap harta. Bahkan, orang-orang Barat sendiri mengakui bahawa nafsu manusia tidak terbatas terhadap dunia harta sahaja. Islam yang sempurna telah di bawa oleh Nabi s.a.w untuk mengawal kelakuan manusia supaya tidak tersimpang dari jalan yang haq.
Allah Ta'ala berfirman:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali Imran: 14)
Perasaan tamak, kedekut dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan harta sememangnya berpotensi besar merosakkan kehidupan sesebuah masyarakat. Apabila peniaga yang hanya mahu keuntungan sahaja, sudah tentu mereka tidak memikirkan tentang nasib orang lain terutama yang miskin. Apa yang penting ialah mengaut keuntungan untuk menjadi kaya. Ini berlaku berlaku dalam sistem kapitalis.
Ada setengah golongan yang terlalu membela orang-orang miskin sehingga peluang orang lain untuk berusaha ataupun bekerja walaupun secara halal tertutup. Akhirnya ekonomi negara menjadi lembab kerana tidak ada guna berusaha jika semua harta menjadi milik kerajaan. Ini sistem sosialis
Islam tidak begitu. Islam menggalakan setiap manusia berusaha dan bekerja keras seberapa banyak keuntungan yang mereka inginkan. Tetapi Islam melarang perbuatan menganiya orang lain dan merampas hak orang. Islam juga melarang sekeras-kerasnya perbuatan mencuri, merompak, riba, rasuah, sorok barang dan lain-lain yang keji. Islam menganjurkan serta menyuruh ummatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang mulia seperti mengeluarkan zakat, bersedekah, infaq, wakaf dan sebagainya supaya orang-orang miskin mendapat peluang untuk mersasa sikit nikmat hidup di atas dunia ini.
Allah Ta'ala berfirman tentang orang-orang yang beriman menginfaqkan harta mereka:
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka." (Al-Baqarah:3)
Impak positif mu'amalat Islam terhadap ummatnya:
1) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
2) Hanya ekonomi halal saja yang di benarkan
3) Perbuatan yang tidak baik sama sekali tidak di benarkan
4) Harta yang di beri oleh Allah Ta'ala hendaklah di bersihkan melalui zakat, sedekah dan lain2
5) Orang miskin mesti di berikan hak mereka yang sepatutnya
6) Hubungan kaya dan miskin terjalin melalui kemurahan hati orang kaya dan kerendahan jiwa orang miskin.
Keadaan ini selari dengan kawalan yang Allah Ta'ala buat untuk menjaga hubungan kaya dan miskin.
Allah Ta'ala berfirman:
وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (tidak meminta) (Al-Ma'aarij: 24 & 25)
Secara khususnya, Islam mengajar kita bagaimana menjalankan perniagaan mengikut cara yang betul, bagaimana akhlaqnya, bukan setakat hukum halal haramnya semata-mata. Apa yang Islam mahukan adalah semua urusan yang di jalankan mesti bersih dan suci sama ada jiwa dan material. Barang-barang yang hendak di jual mesti bersih dan halal, proses jual beli. Ia perlu di lakukan dengan ikhlas dan halal di sisi Islam.
Jika kita perhatikan secara teliti bagaimana Allah Ta'ala menjadikan mua'malat ini sebagai satu cara membina masyarakat yang baik, kita akan nampak betapa ia begitu komprehensif dan menyeluruh. Jika kita mendalami tiap-tiap pekerjaan mengikut cara Islam, kita pasti akan nampak betapa cantik dan indahnya Islam. Seperti firman Allah Ta'ala:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينا
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maaidah:3)
Dari ayat ini kita dapat ketahui bahawa agama telah sempurna dan tidak ada lagi yang perlu di sempurnakan dalam agama melainkan kita mesti amalkan semua perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya untuk menyempurnakan agama yang dibawa oleh Baginda s.a.w. (WALLAHU'ALAM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment