السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Tuesday, October 6, 2009

Kaabah Rumah Allah..

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza sama ada Adam a.s orang yang pertama sekali membina Kaabah atau dibina oleh Malaikat sebelumnya. Bagaimanapun setengahnya percaya bahawa penciptaan bumi berasal daripada tempat di mana terdirinya Kaabah sekarang. Pada permulaannya segalanya diliputi air dibumi ini. Kemudian muncul sesuatu dalam bentuk buih pada tempat itu. Selepas itu bahagian yang lain daripada bumi terhampar ke setiap arah. Bila banjir besar berlaku di zaman Nabi Nuh a.s, tempat itu telah di angkat. Kemudian Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s membina Kaabah yang di tunjuk oleh Allah, tepat pada tempat yang dahulu sebagaimana yang telah di nyatakan di dalam juz pertama Al Quran.

Dalam hadis ada di riwayatkan: "Bila Allah Ta'ala mengutus Adam a.s ke dunia selepas keluar dari syurga, Dia juga menurunkan bersamanya rumah Allah dan berfirman: Wahai Adam, Aku menurunkan bersamamu rumah-Ku, maka lakukanlah tawaf di kelilingnya sebagaimana tawaf di lakukan di keliling Arasy-Ku. dan sembahlah Aku ke arahnya sebagaimana yang dilakukan kearah Arasy-Ku". Kemudian apabila banjir besar datang melanda di zaman Nuh a.s rumah(Kaabah) telah di angkat.
Kemudian para-para Nabi a'laihimussolatuwassalam pernah melakukan tawaf di keliling tempat itu (walaupun Kaabah tidak ada di situ). Allah Ta'ala mewahyukan tempat itu kepada Nabi Ibrahim a.s dan memerintahkannya untuk membina Kaabah. (Targhib-Munziri)

Dalam hadis yang lain ada menyatakan: "Bila Ibrahim a.s sudah menyempurnakan pembinaan Kaabah, dia berkata: Ya Allah, daku telah menyempurnakan Rumah-Mu yang suci." Maka Allah menjawap. "Wahai Ibrahim, serulah manusia untuk datang menunaikan haji. Ibrahim a.s pun bertanya: "Ya Allah bagaimana suaraku boleh sampai kepada mereka?" Dan Allah menjawap. "Kamu akan menyeru perintah-Ku dan Aku yang akan menyampaikan (seruan kamu) kepada mereka." Maka selepas itu Ibrahim a.s menyeru ke seluruh dunia mengisytiharkan pekerjaan haji, dan semua di bumi dan di langit mendengarnya (seruan Nabi Ibrahim a.s).

Kelebihan
Salah satu daripada kelebihan yang besar bagi haji ialah ayat 3 dalam surah Al-Maidah yang bermaksud: "Pada hari ini Aku telah lengkapkan agama bagi kamu dan telah menyempurnakan nikmat-Ku ke atasmu dan telah memilih Islam untuk kamu sebagai agama." Dalam ayat ini telah mengishtiharkan penyempurnaan (Deen) agama yang telah diwahyukan pada musim haji. Imam Ghazali r.a menulis dalam kitabnya Ihya-Ulumuddin: Haji adalah satu daripada rukun Islam. Di atasnya asas islam telah menjadi sempurna dan di atasnya (Deen) agama telah sempurna.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa menunaikan haji kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dengannya tidak menyebut perkataan-perkataan maksiat, tidak melakukan perbuatan-perbuatan maksiat, akan kembali daripadanya bebas daripada dosa sebagaimana hari di mana ibunya melahirkannya. (Muttafaqun-A'laih)

Keterangan:
Dalam hadis di atas ada tiga perkara yang perlu kita fokuskan. Pertamanya ialah menunai haji mesti di lakukan semata-mata kerana Allah Ta'ala, dan jangan ada tujuan keduniaan dan maksud yang tersembunyi dalam melakukan amalan yang suci ini, dan tidak juga untuk di tunjuk-tunjukkan dan bukan juga untuk kemasyuran. Ramai yang ke Mekah kerana untuk kemulian diri dan untuk di tunjuk-tunjukkan. Orang-orang yang sedemikian telah membazirkan apa saja yang mereka belanjakan melalui harta, kesihatan dan tenaga, untuk mereka tidak ada ganjaran pahala.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hampir waktu qiyamat orang-orang kaya daripada ummatku akan melakukan haji untuk pengembaraan dan percutiaan. Orang-orang golongan pertengahan akan melakukan haji untuk tujuan perniagaan, dengan ini mengangkut barang dagangan dari sini ke sana dan dari sana ke sini, Ulamak akan menunaikan haji untuk di tunjuk-tunjukkan dan mencari kemasyuran. Orang-orang miskin akan menunaikan haji untuk tujuan meminta sedekah." (Kanzul-Ammal)
(Ulama telah menyatakan bahawa jikalau seseorang itu melakukan "Haji Badal" bagi pihak seseorang lain untuk sekian-sekian upahannya, supaya dengan ini memperolehi manfaat duniawi daripada haji itu, dia juga termasuk ke dalam golongan mereka yang menunaikan haji bagi maksud perniagaan.)

No comments:

Post a Comment