السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, October 5, 2009

Haji...

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)


Pengertian Haji dan Umrah pada syarak

1) Haji pada syarak: ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
2) Umrah pada syarak:
ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji
1)Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka
kerjakan.
2)Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3)Mukallaf
4)Berkemampuan dengan syarat:

a}Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai
dan kembali ke tanah air.
b}Ada kenderaan pergi dan balik.
c}Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah
tanggungannya.
d}Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
e}Aman perjalanan
.

Manakala bagi perempuan pula: Terdapat kawan perempuan berserta wanita
Islam yang boleh dipercayai.

Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh Ulamak, iaitu:-
1) Haji Tamattuk
2) Haji Qiran
3) Haji Ifrad
4) Umrah

Rukun-rukun Haji
1) Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2) Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3) Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4) Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5) Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6) Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berturutan.

Dam Haji
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.

Sebab-sebab diwajibkan dam:
1.Melanggar pantang larang dalam Ihram
2.Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
3.Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
4.Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
5.Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
6.Luput Wuquf di Arafah
7.Meninggalkan Tawaf Wada'

Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

2 comments: