السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Thursday, October 29, 2009

Islam Melarang Mua'malat Secara Batil (Negatif)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah Ta'ala telah mengingatkan hamba-Nya supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan ekonomi yang batil. Dalam bahasa lebih mudah, tidak melibatkan dalam kegiatan ekonomi negatif. Kawalan ini adalah lanjutan daripada aturan Allah Ta'ala yang mahu kita supaya bermua'malat secara halal sahaja. Islam begitu menganjurkan kita melakukan semua urusan secara halal sahaja, bahkan Islam menolak sekeras-kerasnya mua'malat yang tidak menuruti syariat.

Allah Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.. (An-Nisa: 29)

Seperti mana luasnya makna halal, begitu juga luasnya pengertian haram atau batil dalam Islam. Haram ini tidak berhenti setakat zat barangan itu saja seperti babi, anjing dan sebagainya. Tetapi juga proses membuatnya, proses jual belinya, cara memperolehi dan cara digunakan selepas mendapatnya. Sebarang kebatilan yang berlaku dalam lingkungan ini akan menyebabkan harta kita menjadi haram.

Islam Menolak Perniagaan Barangan yang Haram:-

Sebenarnya banyak benda yang haram di dalam dunia ini. Secara mudah Ulama membahagikan berangan yang haram dalam beberapa ketegori:

1. Benda-benda yang memabukan ataupun merosakkan kewarasan akal manusia seperti arak, dadah dan bahan-bahan yang seumpamanya

2.Benda-benda yang merosakkan ataupun membahayakan fizikal manusia

3.Benda-benda yang bercanggah ataupun merosakkan aqidah

4.Benda yang bercanggah dengan syariat

Jadi apa saja benda ataupun barang perniagaan yang pada zatnya mempunyai ciri-ciri di atas dengan sendirinya haram dan tidak boleh di niagakan. Seperti firman Allah Ta'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-maidah:90)

Lagi firman Allah Ta'ala:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah . Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah:173)

Ini bermakna sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan benda-benda yang merosakkan akal seperti arak, dadah dan seumpamanya adalah haram, benda-benda yang bercanggah dengan syariat seperti judi juga haram. Termasuk juga perkara yang melibatkan aqidah seperti menjual berhala dan menilik nasib, haram semuanya kerana benda-benda yang tidak baik adalah amalan syaitan, musuh kita. (WALLAHUA'LAM)

Wednesday, October 28, 2009

Mua'malat Halal Adalah Dari Ajaran Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Konsep halal dalam Islam sangat luas dan menyeluruh. Dalam bermua'malat, konsep halal ini meliputi bagaimana sesuatu barang perniagaan itu dikeluarkan untuk diguna dan juga bagaimana ia diguna mengikut kehendak Allah Ta'ala, termasuk proses pindah milik barangan itu yang dilakukan berlandaskan syariat. Inilah yang kita katakan mua'malat rububiyah, iaitu mua'malat yang berlaku mengikut apa yang Allah Ta'ala perintahkan kepada kita.

Allah Ta'ala menetapkan supaya semua urusan mua'malat mestilah menggunakan sesuatu yang halal dan baik. Pengalamannya juga tidak terpengaruh dengan godaan nafsu. Perumpamaannya sangat mudah sekali. Kalau kita hendak makan misalnya, kita hanya akan makan makanan yang baik ,bersih dan berkualiti sahaja. Kita tidak akan memilih makanan yang kotor ataupun yang sudah rosak. Hanya perkara-perkara yang baik dan halal asasnya sahaja akan melahirkan manusia yang bersyukur.

Allah Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai manusia,makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh kamu yang nyata." (Al-Baqarah:168)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah."
(Al-Baqarah:172)

Allah Ta'ala secara tegas memberikan panduan, bahawa hanya makanan yang halal sahaja dibenarkan untuk dimakan atau dijadikan sumber rezeki. Rezeki yang halal ini meliputi semua aktiviti ekonomi yang halal. Jika aktiviti yang berlaku tidak halal, dengan sendiri pendapatan dan barangan yang dihasilkan juga tidak halal.
Allah Ta'ala lebih mengetahui bahawa jiwa manusia hanya akan bersih apabila ia diisi dengan sesuatu yang halal dan bersih. Walaupun apa yang kita makan dan minum ini adalah untuk keperluan jasmani, tetapi rohani yang baik hanya lahir daripada jasmani yang baik dan bersih dari benda yang haram. Bagi memastikan setiap jiwa atau nroh manusia turut sihat bersama amal ibadatnya, makanan jasmani juga mesti dibersihkan melalui sistem mua'malat yang betul dengan mengikut syariat, sudah pasti akan jadi halal. Sumber yang haram sangat memberi kesan kepada kebersihan hati manusia.

Nabi s.a.w bersabda:
Dalam diri kamu ada seketul daging yang sekiranya baik daging ini, maka baiklah seluruhnya, jika rosak daging ini maka rosaklah seluruhnya. Ingatlah daging itu ialad Al-Qalb (hati) Wallahua'lam

Adab Masyarakat Islam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Membentuk Adab Bermasyarakat

Sebagai agama yang sempurna, Islam mewujudkan sistem tertentu bagi setiap faktor kehidupan manusia. Islam bukan sahaja tidak mengabaikan hubungan manusia dengan manusia, bahkan mempunyai sistem hidup bermasyarakat yang di panggil MU'AMALAT. Secara mudah muamalat bermaksud peraturan Islam dalam urusan jual beli, perjanjian, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dan sebagainya berkaitan urusan harta sesama manusia.

Mengapa Islam begitu menjaga urusan harta? Kerana semua manusia pada asalnya bernafsu terhadap harta. Bahkan, orang-orang Barat sendiri mengakui bahawa nafsu manusia tidak terbatas terhadap dunia harta sahaja. Islam yang sempurna telah di bawa oleh Nabi s.a.w untuk mengawal kelakuan manusia supaya tidak tersimpang dari jalan yang haq.

Allah Ta'ala berfirman:


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali Imran: 14)

Perasaan tamak, kedekut dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan harta sememangnya berpotensi besar merosakkan kehidupan sesebuah masyarakat. Apabila peniaga yang hanya mahu keuntungan sahaja, sudah tentu mereka tidak memikirkan tentang nasib orang lain terutama yang miskin. Apa yang penting ialah mengaut keuntungan untuk menjadi kaya. Ini berlaku berlaku dalam sistem kapitalis.

Ada setengah golongan yang terlalu membela orang-orang miskin sehingga peluang orang lain untuk berusaha ataupun bekerja walaupun secara halal tertutup. Akhirnya ekonomi negara menjadi lembab kerana tidak ada guna berusaha jika semua harta menjadi milik kerajaan. Ini sistem sosialis

Islam tidak begitu. Islam menggalakan setiap manusia berusaha dan bekerja keras seberapa banyak keuntungan yang mereka inginkan. Tetapi Islam melarang perbuatan menganiya orang lain dan merampas hak orang. Islam juga melarang sekeras-kerasnya perbuatan mencuri, merompak, riba, rasuah, sorok barang dan lain-lain yang keji. Islam menganjurkan serta menyuruh ummatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang mulia seperti mengeluarkan zakat, bersedekah, infaq, wakaf dan sebagainya supaya orang-orang miskin mendapat peluang untuk mersasa sikit nikmat hidup di atas dunia ini.

Allah Ta'ala berfirman tentang orang-orang yang beriman menginfaqkan harta mereka:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka." (Al-Baqarah:3)

Impak positif mu'amalat Islam terhadap ummatnya:

1) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
2) Hanya ekonomi halal saja yang di benarkan
3) Perbuatan yang tidak baik sama sekali tidak di benarkan
4) Harta yang di beri oleh Allah Ta'ala hendaklah di bersihkan melalui zakat, sedekah dan lain2
5) Orang miskin mesti di berikan hak mereka yang sepatutnya
6) Hubungan kaya dan miskin terjalin melalui kemurahan hati orang kaya dan kerendahan jiwa orang miskin.

Keadaan ini selari dengan kawalan yang Allah Ta'ala buat untuk menjaga hubungan kaya dan miskin.

Allah Ta'ala berfirman:

وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (tidak meminta) (Al-Ma'aarij: 24 & 25)


Secara khususnya, Islam mengajar kita bagaimana menjalankan perniagaan mengikut cara yang betul, bagaimana akhlaqnya, bukan setakat hukum halal haramnya semata-mata. Apa yang Islam mahukan adalah semua urusan yang di jalankan mesti bersih dan suci sama ada jiwa dan material. Barang-barang yang hendak di jual mesti bersih dan halal, proses jual beli. Ia perlu di lakukan dengan ikhlas dan halal di sisi Islam.

Jika kita perhatikan secara teliti bagaimana Allah Ta'ala menjadikan mua'malat ini sebagai satu cara membina masyarakat yang baik, kita akan nampak betapa ia begitu komprehensif dan menyeluruh. Jika kita mendalami tiap-tiap pekerjaan mengikut cara Islam, kita pasti akan nampak betapa cantik dan indahnya Islam. Seperti firman Allah Ta'ala:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينا
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. (Al-Maaidah:3)

Dari ayat ini kita dapat ketahui bahawa agama telah sempurna dan tidak ada lagi yang perlu di sempurnakan dalam agama melainkan kita mesti amalkan semua perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya untuk menyempurnakan agama yang dibawa oleh Baginda s.a.w. (WALLAHU'ALAM)



Monday, October 26, 2009

Adab Bermasyarakat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Islam Memberati Adab Hidup Bermasyarakat.

Hubungan rapat antara syariat dengan akhlaq adalah satu jalinan kekuatan Islam yang berteraskan akidah. Agama lain tidak mengajar masalah hubungan antara dunia dan akhirat. Islam amat memberati soal hidup di atas dunia ini sebagai jambatan bagi mencari kebahagiaan di akhirat. Lantaran itu, Islam tidak meninggalkan sesuatu perkara sekalipun daripada isu-isu kehidupan manusia yang membabitkan urusan agama. Allah Berfirman:

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّافَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka di himpunkan. (Surah Al-An'am:38)

Ada sesetengah orang menganggap akhlaq hidup bermasyarakat bukan daripada agama (Islam). Pemikiran seperti ini bukan sahaja merosakkan hidup manusia, bahkan meruntuhkan tunjang agama. Mereka menganggap hidup beragama hanyalah sekadar mencakupi ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Kehidupan agama ialah merangkumi 24 seharian hidup kita termasuklah amalan-amalan sunnah Nabi s.a.w. Islam menyuruh ummat supaya menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia juga.

Sebab utama hilangnya rasa kasih sayang dan hormat menghormati di kalangan manusia ialah apabila adab bermasyarakat tidak di endahkan. Allah berfirman yang bermaksud:

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, orang bermusafir dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri. (An- Nisa: 36)

Kerosakan tingkah laku, tindas menindas, bunuh membunuh dan pelbagai jenis keruntuhan moral hari ini bermula daripada masalah adab bermasyarakat. Sikap Islam terhadap perkara hidup bermasyarakat ini amat jelas.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadalah: 11)

Ayat ini dengan terang menunjukkan bahawa Islam begitu memberati sifat tolak ansur, timbang rasa dan mengambil berat anrtara satu sama lain.

Ada kisah sahabat yang diperintah oleh Nabi s.a.w semasa makan berjemaah supaya tidak mengambil 2 biji kurma sekali gus tanpa mendapat izin dari sahabat yang lain. Kita rasakan hal seperti ini tidak penting, tetapi Islam tidak begitu. Islam mengajar kita supaya tidak mengguriskan hati orang lain hanya disebabkan perkara sekecil ini.

Perhatian Islam terhadap adab bermasyarakat ini juga boleh di lihat apabila Nabi s.a.w melarang umat Islam supaya tidak memakan bawang putih kerana bimbangkan bau mulut kita mengganggu keselesaan orang lain. Islam juga melarang seseorang tetamu bertamu terlalu lama di rumah seseorang kerana bimbang akan menyusahkan tuan rumah. Ini semua di ajar oleh Nabi s.a.w kepada kita dan banyak lagi adab-adab yang lain untuk membentuk setiap orang dalam kehidupan ini menjadi insan yang di kasih oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w.
Allah Ta'ala berfirman:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاما
ً Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (Salam) Al-Furqan:63

Ayat ini menggambarkan betapa Islam begitu memberati soal adab yang baik. Yang menariknya, Islam mensyariatkan adab-adab bermasyarakat ini terlebih dahulu daripada kewajipan solat, puasa, zakat, taqwa dan lain-lain bahkan lebih awal dari aqidah. Sudah tentu Allah ada sebab untuk memberikan keutamaan kepada masalah bermasyarakat ini.
Kalau kita perhatikan gaya hidup Baginda s.a.w di bentuk oleh Allah Ta'ala sebagai seorang insan yang amat sempurna akhlaqnya sehinggakan tidak ada manusia di bumi Mekah yang tidak tahu tentang kemuliaan Baginda s.a.w. Gelaran Al-Amin itu sudah cukup menunjukkan bagaimana Islam mendidik Muhammad S.a.w sebagai model terbaik bagaimana hidup bermasyarakat. Sesudah Baginda s.a.w mendapat kenabian barulah Baginda s.a.w bercakap tentang tauhid, ibadat dan lain-lain. WALLAHU'ALAM



Thursday, October 22, 2009

Apabila hati betul maka seluruh anggota badan akan betul


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saudaraku, ada hadis yang sangat terkenal:
Di dalam diri manusia ada segumpal daging yang apabila ia salih maka salihlah seluruhnya, jika ia fasad (rosak) maka fasadlah seluruhnya. Ingatlah bahwa dia itu adalah qalb (hati).

Qalb adalah bentuk mashdar dari akar kata (qalaba-yaqlibu-qalban) yang bererti membalikkan atau memalingkan. Dalam banyak kamus Arab-Melayu, kata qalb bila berdiri sendiri bererti hati, jantung atau akal.

Apabila makna qalb tersebut dihubungkan dengan fisiologi jantung dalam tubuh manusia, kita jumpai bahwa kata-kata membalikkan, merubah, merobohkan, mengganti, dan memutarkan menunjukkan fungsi jantung. Dalam tubuh manusia, jantung berperanan sebagai penyalur darah ke seluruh tubuh dari hujung hingga ke hujung. Darah yang dipam dan mengalir dalam tubuh bersirkulasi dari jantung dan kembali lagi ke jantung. Darah membawa zat-zat yang diperlukan oleh tubuh sebagai tenaga. Maka jika jantung berhenti mengepam darah, tubuh akan lemas bahkan boleh mati.

Alasan boleh diertikan dengan jantung, sebab Nabi SAW. menyebutnya dengan segumpal daging yang menjadi standar bagi sehat atau sakitnya tubuh. Seorang penulis Mesir menulis sebuah buku tentang kedoktoran Islam. Ia merujuk pada hadis tersebut untuk menunjukan peranan jantung dalam seluruh mekanisme tubuh kita. Alasan boleh diertikan dengan hati oleh sebab hadis tersebut sesungguhnya merupakan akhir dari pembicaraan tentang haram, halal, dan syubhat.

Dari Abi Abdillah Al-Nu’man ibn Basyir r.a. berkata bahwa Dia pernah mendengar Rasulullah saw.bersabda:
Sesungguhnya yang halal telah jelas, yang haram telah jelas dan antara keduanya adalah hal-hal syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui banyak orang. Barang siapa yang menjaga diri dari hal-hal syubhat, maka ia benar-benar melakukan pembebasan bagi agama dan harga dirinya. Barangsiaa terjerumus pada hal-hal yang syubhat, maka ia pasti akan terjerumus pada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembalakan di sekitar tempat terlarang, sehingga hampir saja ia masuk ke padanya. Ingatlah bahwa setiap raja memiliki tempat terlarang. Ingatlah bahwa tempat larangan ALLAH ialah hal-hal yang diharamkanNya. Ingatlah di dalam diri manusia ada segumpal daging yang apabila ia shalih maka shalih-lah seluruhnya, jika ia fasad (rosak) maka fasadlah seluruhnya. Ingatlah bahwa dia itu adalah qalb.

Dalam hadis Riwayat Ibn Majah dari Abu Musa, Nabi Muhammad Saw.dikatakan, “perumpamaan qalb bagaikan sehelai bulu yang dibolak-balikkan angin di tanah lapang”.
Dan karena makna ini, Hemat al-Qurthubi, Rasulullah saw.sering bermunajat dengan do’a ini “Allahumma yaa mutsabbita al-qulub, tsabbit qulubanaa `ala tha’atika”- Wahai Zat yang menstabilkan qalb (hati), stabilkan qalb kami pada ketaatan kepada-Mu”.

Ada ulama mengemukakan alasan mengenai hati yang bersifat psikis (qalb) dinamai qalbu. Imam Al-Ghazali mengemukakan kerana perubahannya melebihi kecepatan mendidih air dalam kuali. Dikatakan dalam syair, “Qalbu dinamai dengan qalbu hanyalah karena bolak-baliknya, sedangkan pemikiran membuat manusia mencapai banyak derajat.”

Saya hendak menyatakan, bahwa terdapat hubungan yang sangat berkaitan antara qalb dengan organ tubuh manusia.

Agar kita tetap sehat, maka mulai sekarang mari kita menjaga qalb atau hati kita tetap sehat

Menurut Imam Al Ghazali, Qalb terdiri dari:
Empat Jenis Qalb:

Qalb(hati) itu ada empat macam:
1.Qalb yang bersih, padanya pelita yang bersinar gemilang. Maka itulah Qalb Al-Mumin.
2.Qalb yang hitam terbalik, maka itulah Qalb Al-Kafir.
3.Qalb terbungkus yang terikat dengan bungkusnya, maka itulah Qalb Al-Munafiq.
4.Qalb yang melintang, padanya keimanan dan ke-nifaq-an.

Mengapa Qalb yang Bersih Diperlukan?

Orang bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah! Di manakah Allah? Di bumi atau di langit ? Rasulullah saw. menjawab, “Allah Ta’ala berfirman:

“Tidak termuat Aku oleh bumi-Ku dan lelangit-Ku, dan termuat Aku oleh qalb hamba-Ku yang Mu’min, yang lemah-lembut, yang tenang-tenteram”
- Hadis Nabi saw -

وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ
” .. Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan
dan menjadikan iman itu indah dalam qalb-mu .. ”
(Al Hujuraat: 7)

أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ
” .. mereka itulah orang-orang yang telah dituliskan
dalam hati2 mereka al-’Iman.”
(Al Mujaadilah: 22)

Penyakit Hati
Ini bererti mengapa Qalb yang bersih diperlukan, karena Qalb merupakan tempat cahaya Iman. Sedangkan yang menyebabkan Qalb menjadi kotor adalah penyakit hati.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Yunus:57)

Sebab-sebab Qalb Terhijab:
• Mencintai kehidupan dunia.
• Mempertuhankan hawa-nafsu.

Imam Ja’far Ash Shidiq seperti dikutip dalam buku Tao of Islam (Mizan, 1996), mengklasifikasikan hawa nafsu ini menjadi 75 jenis, beberapanya a.l.:
Jahat (wazir kebodohan)
1.Kekafiran
2.Penyangkalan
3.Keputusasaan
4.Ketidakadilan
5.Kemarahan
6.Mengeluh
7.Kecil hati
8.Keserakahan
9.Kekejaman
10.Kemurkaan
11.Kebodohan
12.Kepandiran
13.Tak kenal malu
14.Kerinduan
15.Kelancangan
17.Kesombongan
18.Dendam
19.Kemiskinan
20.Pengunduran diri
21.Permusuhan
22.Kekasaran
23.Kebencian
24.Pelanggaran janji
25.Curang
26.Kejorokan
27.Ketidakpedulian
28.Ketergesa-gesaan
29.Keras kepala
Dan lain-lain

Semua ini disebut penyakit hati, yang akan menyebabkan penyakit jasmani, (Wallahu’alam)

Tuesday, October 20, 2009

Kekeliruan antara Masjid Aqsa dan Dome of the Rock



Masjid Al-Aqsa di Jerusselam ialah masjid yang pertama di bumi dan qiblat yang pertama sebelum Kaabah


Perbezaan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock yang mana masih ramai yang tidak mengetahui tentangnya


Dome of the Rock telah di bina oleh Kalifah Abd Al-Malik Bin Marwan pada tahun 72 hijrah. Bangunan ini adalah menandakan sejarah Islam


(Dome of the Rock)

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Agenda mereka ialah untuk menghapuskan Masjidil Aqsa. Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkala diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai

Monday, October 19, 2009

Fadhilat Haji

Allah berfirman:

جَعَلَ اللّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَاماً لِّلنَّاسِ

"Allah menjadikan Kaabah, rumah suci tempat pelindung untuk keselamatan manusia." (Al-Maaidah ayat 100)

Ibn Abbas r.a berkata bahawa tempat perlindungan dan keselamatan yang di sebutkan disini sebenarnya menggambarkan pemeliharaan agama mereka dan pengerjaan haji. Maksud yang lain ialah bahawa mereka yang memasuki Kaabah akan terselamat daripada serangan.

Hassan Basri r.alaih tatkala membaca ayat ini berkata: "Bahawa agama ini akan tegak dengan gagahnya selagi haji dilakukan diBaitullah dan selagi manusia mengadap muka mereka di dalam sembahyang ke arah Kaabah. (Durre Manthur)

Kaabah telah dua kali binasa, (dan di bangunkan semula) tetapi pada kali ketiganya jikalau ianya musnah, ia akan di angkat daripada dunia ini.

Imam Ghazali r.alaih menukilkan daripada Ali r.anhu berkata: "Apabila Allah Taala ingin untuk membinasakan dunia, Dia akan mula-mula sekali menyebabkan Kaabah runtuh. Kemudian dunia akan di musnahkan (Ithaaf)

Hadis 1.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seratus dua puluh rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, enam puluh untuk mereka yang melakukan tawaf, empat puluh bagi mereka yang mendirikan solat dan dua puluh untuk mereka yang melihat Kaabah." (Baihaqi)

Hadis 2.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa tatkala membicangi batu hitam Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkannya di hari qiyamat, Ia akan mempunyai dua biji mata yang mana dia dapat melihat dan dan lidah di mana dia akan bercakap, menjadi saksi bagi pihak setiap orang yang telah menciumnya dengan kebenaran dan keimanan." (Tirmizi, Ibn Majah dan Darimi)
Menciumnya dengan kebenaran dan keimanan bermaksud melakukannya dengan penuh kepercayaan(yakin) mendapat ganjaran.

Hadis 3.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Hajarul Aswad di turunkan daripada syurga, mempunyai warna yang terlebih putih daripada susu. Dosa-dosa manusia menyebabkan menjadi hitam." (Ahmad dan Tirmizi)
Hadis ini memberitahu kita bahawa disebabkan manusia menyentuhnya dengan tangan-tangan yang penuh dengan dosa, kesan daripada dosa-dosa mereka menyebabkan batu itu menjadi hitam.

Hadis 4.
Ibn Abbas r.anhu berkata: "Daku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Multazam adalah sebuah tempat di mana doa-doa di terima. Barangsiapa berdoa kepada Allah pada tempat ini, Allah mengkabuli doanya." (Al-Musalsilaati Li Shah Waliullah)

Hadis 5.
Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Solat yang di kerjakan oleh seseorang di dalam rumahnya ialah satu solat, dan solat di dalam masjid tempatan( di tempatnya) ialah bersamaan 25 kali solat, dan solatnya yang di lakukan di dalam masjid Jamek di ganjarkan sehingga 500 solat,dan solat di dalam Masjid Al-Aqsa di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di masjidku (Masjid Nabawi) di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di Masjid Al- Haram di ganjarkan 100,000 solat." (Ibn Majah)

Hadis 6.
Umar r.anhu berkata: "Lebih baik bagiku melakukan 70 dosa di Rukiya (di luar Mekah-daripada melakukan satu dosa di dalam Mekah."
Sebagaimana amalan-amalan kesalihan di lipatgandakan dengan banyaknya dari segi ganjarannya, begitulah juga dosa-dosa di lipatgandakan dengan banyaknya.

Wednesday, October 14, 2009

Kaabah Yang Mulia






Kaabah di waktu dahulu


Pandangan Kaabah dari atasnya


Ibadah Tawaf




Pandangan secara datar



Pandangan Kaabah dari atas (bird eye view)

Masjidil Haram di waktu malam



Permandangan Masjidil Haram melalui satelite


pandangan dataran


Allah Ta'ala berfirman:
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ
Rumah yang pertama (untuk beribadat) untuk manusia ialah di Bakkah, yang penuh dengan rahmat (keberkatan) dan menjadi hidayah untuk seluruh alam. (Ali-Imran :96)
Ali r.a berkata mengenai ayat di atas bahawa rumah-rumah kediaman telah di bangunkan sebelum Kaabah tetapi tempat yang pertama untuk beribadat kepada-Nya (Allah Ta'ala) cuma yang ini saja..
Adalah diriwayatkan dari ramai sahabat-sahabat r.anhum bahawa bahagian bumi inilah yang pertama sekali muncul keluar daripada air selepas penciptaannya dan daripadanya lah bahagian bumi yang lain terbentang dan terhampar.
Allah Taala berfirman :
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً
Ingatlah kami jadikan Rumah itu tempat berhimpun untuk manusia dan tempat keselamatan.(Al Baqarah, ayat 15)
ingatlah bahawa Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s membangunkan asa Kaabah dengan doa ini yang bermaksud: Tuhan kami terimalah usaha ini daripada kami kerana Kaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Tidaklah ada keraguan lagi bahawa tempat inilah yang paling mulia di mana Allah sendiri memerintahkan pembinaannya. Jibrail a.s merangkakan rancangan itu. Orang yang gagah seperti Nabi Ibrahim a.s ialah pemahat batunya dan Ismail .a.s seorang yang berkeliber menjadi pembantunya. Apakah ini tidak menggambarkan atas kepentingan dan kelebihannya daripada segi asalnya? Menurut satu riwayat daripada Ibn Saad r.a mengatakan bahawa Ibrahim a.s pada masa itu mencapai umur yang lanjut 100 tahun dan Ismail a.s berumur 30 tahun. (Durri Manthur)
Pembinaan Kaabah
1} Pendapat yang termasyur yang di terima oleh Ulama ialah Kaabah di bina oleh Malaikat kira-kira 2000 tahun sebelum terciptanya Adam a.s. Setengah Ulama yang lain telah berpendapat bahawa ini bukanlah masa yang pertama kali Kaabah di bina. Kali yang pertama ianya di bina ialah di mana Allah Taala sendiri yang menyebabkan terjadi dengan perintah-Nya, Malaikat tidak mengambil bahagian dalam pembinaannya.
2}Pendapat yang terkenal daripada ahli-ahli Hadis dan sejarah bahawa Adam a.s membinanya sekali semasa hayatnya. Menurut riwayat-riwayat bahawa Adam a.s telah mengumpulkan batu bata daripada 5 buah gunung yang berbeza; gunung Labenan, gunung Sinai, gunung Zaita, gunung Judi dan gunung Hira. Versi yang lain mengatakan bahawa Adam a.s cuma meletakkan asasnya dan daripada langit turunlah Baitul Makmur keatasnya. Kemudian pada ketika wafatnya atau pada masa banjir di zaman Nabi Nuh a.s, Baitul Makmur sekali lagi di angkat kelangit.
3}Pendapat ini dikatakan bahawa Nabi Shith a.s, anak kepada Adam a.s yang membina Kaabah.
4}Kemudian pembinaannya oleh Nabi Ibrahim a.s (di tempat yang sama) sebagaimana yang di nyatakan diatas. Dikatakan bahawa Kaabah setinggi 9 ela, panjangnya 30 ela dan lebarnya 23 ela (30x23x9). Ianya tidak beratap.
5}Pembinaan oleh Amaliqah
6}Pembinaan oleh Jurhum, kedua-dua ini daripada kaum bangsa Arab keturunan Nabi Nuh a.s
7}Pembinaan oleh Qusay iaitu salah seorang daripada datuk Nabi Muhammad s.a.w
8}Pembinaan yang dilakukan oleh orang-orang Quraish.
9}Pada tahun 64 Hijrah, tentera-tentera Yazid menyerang Mekah menentang Abdullah Bin Zubir (seorang sahabat Nabi s.a.w). Api telah dilontarkan dari luar Mekah dengan lastik yang besar. Akibatnya kain penutup Kaabah terbakar dan dindingnya rosak. Kemudian Abdullah bin Zubir r.a membina semula Kaabah. Pada kali ini dibuat mengikut hasrat Nabi s.a.w, di mana Hatem dimasukkan ke dalam bahagian Kaabah dan pitunya di atas tanah. Pembinaan ini bermula pada bulan Rejab 64 atau 65 Hijrah.
10}Pembinaan oleh Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi. Beliau berkata Abdullah bin Zubir r.a telah tukarkan bentuk Kaabah yang tidak sama seperti di zaman Nabi s.a.w. Pembianaan semula pada tahun 73 Hijrah.
11}Pada tahun 1021 Hijrah Sultan Ahmad Turki telah membuat beberapa pembaikan pulih ke atas Kaabah. Atapnya di tukar dan bahagian dinding yang tidak kuat telah di perkukuhkan. Cuma kerja-kerja membaik pulih sahaja di lakukan.
12}Pada tahun 1039 Hijrah ribut telah melanda dan beberapa bahagian dinding telah runtuh, Sultan Murad membina semula dinding yang roboh.
Wallahua'alam...

Monday, October 12, 2009

Haji Mabrur...

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa)

Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.

Cara mencapai haji mabrur:
Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut;
1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya”
Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan ALlah
Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith:
Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya

2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah membacakan lagi :
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” [Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??”
Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal.

3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda;
Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah yakni melakukan bid'ah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)”
Syeikh Mustafa az-Zarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah “hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah”

4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya
Umar Radiyallahu’anhu ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, aku tidak akan mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.

5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji:
Ini sesuai dengan hadith :
“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”.
Didalam hadith yang lain:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”

Wednesday, October 7, 2009

Pengertian Haji dan Manfaatnya

Dalam keadaan haji yang sebenar dan sejati biasanya ia mempunyai satu contoh atau cara yang mempunyai dua bentuk, dan pada setiap sesuatu amalan haji terdapat dua hakikat yang tersirat. Sungguhpun dalam setiap perintah Allah Ta'ala terdapat begitu banyak manfaat dan kebijaksanaan, yang mana pengertian-pengertian dan maksud yang dalam kerap kalinya begitu dalam sehinggakan fikiran kita tidak dapat membayangkan. Tetapi banyak daripada pengertian-pengertian itu sebaliknya dapat difahami oleh setiap orang. Begitu jugalah haji yang mana kebanyakan daripada pengertian dan kebijaksanaannya yang terkandung di dalamnya tidak dapat dengan mudahnya difahami. Sementara itu pula lain-lain pengertian dan kebijaksanaannya boleh dapat ditangkap dengan mudahnya.

Pertamanya, haji menggambarkan kematian. Iaitu pemergian kita daripada dunia ini dan keadaan-keadaan selepas mati. Keduanya ia memberikan satu pernyataan amali (praktikal) yang sangat jelas mengenai kecintaan, pengabdian dan pemujaan yang sebenar.

Marilah kita lihat betapa haji itu dapat menggambarkan kematian dan keadaan akhirat. Seorang haji meninggalkan rumahnya, memberi selamat tinggal kepada orang-orang yang dikasihinya dan juga saudara-maranya, dan berpisah daripada mereka sebaik saja sebelum dia berjalan berseorangan diri. Daripada sana dia meneruskan ke negara lain (seolah-olah alam lain), meninggalkan di belakangnya semua perkara-perkara yang mana ada bersangkut paut dengannya yang juga mengikat kebanyakan daripada masanya, rumahnya, keluarganya hartanya dan sahabat-sahabatnya. Demikianlah keadaan mati adalah sama, dengan itu apabila seseorang itu meninggalkan dunia maka dia meninggalkan segala-galanya di belakangnya. Inilah yang sepatutnya di fikirkan oleh setiap orang yang mengerjakan haji bila bergerak menujun ke Baitullah. Maka berpisahlah dia (haji) sebagaimana jenazah di bawa ke kubur. Kemudian si haji yang memakai dua helai kain putih semasa ihram hendaklah selalu diingatkan kepada kain kafan yang putih akan dipakainya pada hari maut menjemput kita. Bila Labbaik disebut dengan kuat olehnya maka si haji hendaklah ingat bahawa pada hari qiyamat semua orang akan dipanggil oleh malaikat yang meniup sangkakala untuk berkumpul di hadapan Allaha Ta'ala bagi tujuan di hisab. Kemasukan ke dalam Mekah membawa kepada keselamatan dan keamanan. Disinilah tempatnya rahmat Allah yang di cari dan di jamin. Tetapi masih disebabkan kesalahan-kesalahan kita, maka kita sepatutnya berasa kurang senang dan penuh kedukaan, bahawa kita tidak mendapat ketenangan walaupun di tempat yang tenang, tetapi di Mekah adalah tempat ketenangan dan keselamatan.

Maka yang demikian semasa berada di Mekah kita sentiasa diingatkan bahawa tempat ini memberikan ketenangan keseluruhannya kepada kita adalah di sebabkan rahmat dan nikmat daripada Allah semata-mata. Melihat kepada Kaabah sepatutnya membangkitkan ingatan kita kepada melihat Tuhan Kaabah itu sendiri di hari qiyamat. Dengan alasan inilah melihat Kaabah itu hendaklah dengan penuh ketakutan dan penghormatan, seolah-olah melihat raja yang besar pada masuk keistananya. Tawaf di keliling Kaabah membawa ingatan kita kepada para-para malaikat yang sentiasa membuat tawaf di keliling Arasy Allah. Bila si haji memegang kain kelambu Kaabah dengan air mata tangisannya yang mencampakkan dirinya kepada multazam, ianya membangkitkan ingatan kepada gambaran seorang pendosa yang telah berbuat dosa terhadap Tuhannya yang sangat kasih, Mulia dan sangat Pemurah. Bila si haji berlari-lari dari Safa dan Marwa ianya ingatkan kita tentang mereka yang akan berlari-lari daripada satu tempat ke satu tempat yang lain di padang mahsyar pada hari qiyamat. Kisahnya diberitahu dengan sepenuhnya di dalam hadis, bahawa pada hari qiyamat, bila semua orang akan berada didalam keadaan huru hara dan bimbang kerana azab yang tidak dapat ditahan dan berat serta penderitaan-penderitaan mereka membuat keputusan berlari kepada Nabi-nabi untuk mendapat syafaat bagi pihak mereka kerana kedudukan mereka yang hampir dengan Allah, tidak ada kecelaan, suci daripada dosa dan tidak melanggar batas. Pertama-tamanya mereka akan pergi kepada Adam a.s dan berkata: Engkau adalah bapa kami, Allah telah mencipta kamu dengan tangan-Nya sendiri. Ia menyebabkan para-para malaikat sujud kepadamu, dan mengajari kamu dengan segala nama benda-benda....tolonglah memintakan syafaat kepada Allah bagi pihak kami." Dia berkata: Tidak, daku tidak boleh apakah yang akan aku jawap bila Allah menyoalku tentang memakan buah terlarang? Pergilah kepada Nuh a.s" Dengan kecemasan yang lebih daripada dahulu, manusia akan berlari kepada Nuh a.s, dan dia juga akan menjawap: "Daku tidak dapat meminta syafaat bagi pihak kamu semua kerana pada ketika banjir yang melanda aku telah meminta permintaan yang tidak patut untuk menyelamatkan anakku. Pergilah kepada Ibrahim a.s, " Dia juga akan memberi alasan bagi dirinya dan berkata: "Pergilah kepada Musa a.s. "Musa a.s juga akan beri alasan untuk dirinya dan berkata: "Pergilah kepada Isa a.s." Sesungguhnya dia juga akan memberi alasan dan menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi besar s.a.w; maka Baginda s.a.w akan membukakan pintu pensyafaatan. Hadis ini panjang tapi disini daku cuma ingin menggambarkan peristiwa yang akan berlaku pada hari qiyamat, dimana manusia pada masa itu begitu takut, bimbang yang bersangatan dan berlari-lari daripada satu kepada yang lain.

Apakah lagi yang dapat digambarkan oleh A'rafah selain daripada mahsyar, padang yang mana penghisaban akan terjadi? Di A'rafah kita dapat melihat semua orang diatas padang yang satu dengan matahari yang memancar dari atas, kita lihat manusia memohon rahmat, penuh ketakutan terhadap dosa-dosa mereka. Di hari qiyamat keadaannya juga serupa, cuma ketakutan lebih dasyat lagi dari dunia ini.

Kedua, haji itu memaparkan satu kecintaan yang sejati dan kasih sayang yang mendalam, yang dijelaskan didalam haji. Untuk memahami perkara ini, hendaklah diingatkan perkara yang berikut ini: Perhubungan manusia dengan Khaliq (Allah Ta'ala) di dalam Islam mempunyai dua jenis. Pertamanya manusia ini hanyalah muncul sebagai hamba sahaja di hadapan-Nya- sebagai hubungan Tuhan dan hamba; di mana Allah Ta'ala sebagai Tuhan, Pemberi rezeki, yang Maha Perkasa dan manusia sebagai hamba suruhan dan hamba yang hina dina. Manusia adalah penyembah dan Allah Ta'ala hanya yang layak disembah. Atas alasan inilah segala-galanya didalam solat perhubungan ini dan menyerlahkan sifat kerendahan, kehinaan dan penyerahan bagi pihak manusia. Keduanya, terdapat di antara manusia dan Allah Ta'ala satu lagi perhubungan yang berdasarkan kepada kasih sayang dan kesyukuran. Di sini Allah itulah Tuhan, Pemberi rezeki, Pemurah, yang Mulia, sesuatu yang mempunyai segala kecantikan dan kesempurnaan. Manusia secara nalurinya memiliki kebolehan mencintai, memuji dan memuja akan kecantikan dan kelebihan. Demikianlah ianya dicipta. Perhubungan kedua ialah di mana Allah sebagai Pemilik kepada segala-gala yang berkaitan kecantikan dan kesempurnaan, dan manusia sebagai pemuji-Nya. Ia menggambarkan bahawa Allah Ta'ala sebagai yang dikasihi dan manusia sebagai kekasih mencari sesuatu yang dikasihinya; dan berjuang dengan sepenuh-penuhnya bagi mendapat kerelaan dan pembalasan cinta daripada yang dikasihinya. Pemaparan yang jelas tentang perhubungan ini digambarkan di dalam ibadah haji. Ianya menunjukan cinta yang begitu tinggi yang mana setiap sesuatu itu di korbankan demi mendapat kecintaan-Nya.

Tuesday, October 6, 2009

Kaabah Rumah Allah..

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza sama ada Adam a.s orang yang pertama sekali membina Kaabah atau dibina oleh Malaikat sebelumnya. Bagaimanapun setengahnya percaya bahawa penciptaan bumi berasal daripada tempat di mana terdirinya Kaabah sekarang. Pada permulaannya segalanya diliputi air dibumi ini. Kemudian muncul sesuatu dalam bentuk buih pada tempat itu. Selepas itu bahagian yang lain daripada bumi terhampar ke setiap arah. Bila banjir besar berlaku di zaman Nabi Nuh a.s, tempat itu telah di angkat. Kemudian Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s membina Kaabah yang di tunjuk oleh Allah, tepat pada tempat yang dahulu sebagaimana yang telah di nyatakan di dalam juz pertama Al Quran.

Dalam hadis ada di riwayatkan: "Bila Allah Ta'ala mengutus Adam a.s ke dunia selepas keluar dari syurga, Dia juga menurunkan bersamanya rumah Allah dan berfirman: Wahai Adam, Aku menurunkan bersamamu rumah-Ku, maka lakukanlah tawaf di kelilingnya sebagaimana tawaf di lakukan di keliling Arasy-Ku. dan sembahlah Aku ke arahnya sebagaimana yang dilakukan kearah Arasy-Ku". Kemudian apabila banjir besar datang melanda di zaman Nuh a.s rumah(Kaabah) telah di angkat.
Kemudian para-para Nabi a'laihimussolatuwassalam pernah melakukan tawaf di keliling tempat itu (walaupun Kaabah tidak ada di situ). Allah Ta'ala mewahyukan tempat itu kepada Nabi Ibrahim a.s dan memerintahkannya untuk membina Kaabah. (Targhib-Munziri)

Dalam hadis yang lain ada menyatakan: "Bila Ibrahim a.s sudah menyempurnakan pembinaan Kaabah, dia berkata: Ya Allah, daku telah menyempurnakan Rumah-Mu yang suci." Maka Allah menjawap. "Wahai Ibrahim, serulah manusia untuk datang menunaikan haji. Ibrahim a.s pun bertanya: "Ya Allah bagaimana suaraku boleh sampai kepada mereka?" Dan Allah menjawap. "Kamu akan menyeru perintah-Ku dan Aku yang akan menyampaikan (seruan kamu) kepada mereka." Maka selepas itu Ibrahim a.s menyeru ke seluruh dunia mengisytiharkan pekerjaan haji, dan semua di bumi dan di langit mendengarnya (seruan Nabi Ibrahim a.s).

Kelebihan
Salah satu daripada kelebihan yang besar bagi haji ialah ayat 3 dalam surah Al-Maidah yang bermaksud: "Pada hari ini Aku telah lengkapkan agama bagi kamu dan telah menyempurnakan nikmat-Ku ke atasmu dan telah memilih Islam untuk kamu sebagai agama." Dalam ayat ini telah mengishtiharkan penyempurnaan (Deen) agama yang telah diwahyukan pada musim haji. Imam Ghazali r.a menulis dalam kitabnya Ihya-Ulumuddin: Haji adalah satu daripada rukun Islam. Di atasnya asas islam telah menjadi sempurna dan di atasnya (Deen) agama telah sempurna.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa menunaikan haji kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dengannya tidak menyebut perkataan-perkataan maksiat, tidak melakukan perbuatan-perbuatan maksiat, akan kembali daripadanya bebas daripada dosa sebagaimana hari di mana ibunya melahirkannya. (Muttafaqun-A'laih)

Keterangan:
Dalam hadis di atas ada tiga perkara yang perlu kita fokuskan. Pertamanya ialah menunai haji mesti di lakukan semata-mata kerana Allah Ta'ala, dan jangan ada tujuan keduniaan dan maksud yang tersembunyi dalam melakukan amalan yang suci ini, dan tidak juga untuk di tunjuk-tunjukkan dan bukan juga untuk kemasyuran. Ramai yang ke Mekah kerana untuk kemulian diri dan untuk di tunjuk-tunjukkan. Orang-orang yang sedemikian telah membazirkan apa saja yang mereka belanjakan melalui harta, kesihatan dan tenaga, untuk mereka tidak ada ganjaran pahala.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hampir waktu qiyamat orang-orang kaya daripada ummatku akan melakukan haji untuk pengembaraan dan percutiaan. Orang-orang golongan pertengahan akan melakukan haji untuk tujuan perniagaan, dengan ini mengangkut barang dagangan dari sini ke sana dan dari sana ke sini, Ulamak akan menunaikan haji untuk di tunjuk-tunjukkan dan mencari kemasyuran. Orang-orang miskin akan menunaikan haji untuk tujuan meminta sedekah." (Kanzul-Ammal)
(Ulama telah menyatakan bahawa jikalau seseorang itu melakukan "Haji Badal" bagi pihak seseorang lain untuk sekian-sekian upahannya, supaya dengan ini memperolehi manfaat duniawi daripada haji itu, dia juga termasuk ke dalam golongan mereka yang menunaikan haji bagi maksud perniagaan.)

Monday, October 5, 2009

Haji...

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)


Pengertian Haji dan Umrah pada syarak

1) Haji pada syarak: ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
2) Umrah pada syarak:
ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji
1)Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka
kerjakan.
2)Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3)Mukallaf
4)Berkemampuan dengan syarat:

a}Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai
dan kembali ke tanah air.
b}Ada kenderaan pergi dan balik.
c}Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah
tanggungannya.
d}Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
e}Aman perjalanan
.

Manakala bagi perempuan pula: Terdapat kawan perempuan berserta wanita
Islam yang boleh dipercayai.

Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh Ulamak, iaitu:-
1) Haji Tamattuk
2) Haji Qiran
3) Haji Ifrad
4) Umrah

Rukun-rukun Haji
1) Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2) Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3) Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4) Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5) Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6) Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berturutan.

Dam Haji
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.

Sebab-sebab diwajibkan dam:
1.Melanggar pantang larang dalam Ihram
2.Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
3.Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
4.Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
5.Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
6.Luput Wuquf di Arafah
7.Meninggalkan Tawaf Wada'

Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

Sunday, October 4, 2009

Allah is Great!!

Allah (bahasa Arab: الله‎, Allah, adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord. Tetapi perkataan Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu masih diperdebatkan.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. Perlu juga ditekankan disini, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata buat Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.
Perlu difahamkan bahawa Allah, Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi dan Nasrani.
Islam menolak penjelmaan Tuhan didalam rupabentuk manusia atau sesuatu apa jua pun. Tiada konsep individu terpilih atau bangsa terpilih dalam Islam. Setiap manusia, tanpa mengira apa-apa tercipta dengan keadaan fitrah sama adil. Yang membezakan darjat masing-masing pada sisi Allah adalah amal dan ketakwaan individu itu sendiri.

Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:

Allahu Akbar (الله أكبر) (Allah Maha Besar)
Bismillah (بسم الله ) (Dengan nama Allah)
Ya Allah (يا الله) (Wahai Allah)
Insya Allah (إن شاء الله) (Jika dikehendaki Allah)
Masya Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
Subhan Allah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
Jazaka Allahu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)

Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.
Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:

1- Tauhid Ar-Rububiyyah
2- Tauhid Al-Uluhiyyah
3- Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

1) Tauhid Ar-Rububiyyah
Ia ialah pengesaan Allah – ta`ala – dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; kata Allah – ta`ala – : «Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia memberi rezeki kepada kamu semua daripada langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia» [Fatir: 3], dan berkata – Ta`ala – : «Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu ingat?» [An-Nahl: 17]

2) Tauhid Al-Uluhiyyah
ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah – ta`ala – dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab

3) Tauhid Al-Asma' Was-Sifat
Ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasuli Llah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan.
Contoh hal itu: Bahawa Allah – subhanahu wata`ala – telah menamakan diri-Nya dengan Al-Hayyi l-Qayyum [Yang Hidup, Yang Tertegak]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan Al-Hayy bahawa ia satu nama daripada nama-nama Allah, dan wajib ke atas kita untuk beriman dengan apa-apa yang dikandungnya oleh nama ini daripada ciri; dan ia ialah kehidupan yang sempurna yang tidak didahuluï dengan tiada, dan tidak diikutinya kebinasaan.
Dan Allah telah menamakan dirinya dengan As-Sami`u l-`Alim [Yang Mendengar, Yang Mengetahuï]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan As-Sami` sebagai satu nama daripada nama-nama Allah, dan dengan As-Sam`I satu sifat daripada sifat-sifat-Nya, dan dengan sesungguhnya dia Mendengar, dan itulah hukum yang dikehendakinya oleh nama itu dan sifat itu; maka sesungguhnya mendengar tanpa pendengaran atau pendengaran dengan tiada kebolehan mendengar, ini ialah sesuatu yang mustahil, dan di atas hal ini, maka qiyaskanlah. Ibnu `Usaymin Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa (Alaihimussolatuwassalam). Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia (seluruh alam) tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.

Kitab
Kitab (Bahasa Arab: کتاب‎) salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:

Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Saturday, October 3, 2009

Islam di Malaysia

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi ini mengamalkan Islam; 19 peratus Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hindu; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang tinggalannya adalah bertanggungjawab untuk keimanan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i. Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar; satu tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.
Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori, dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara

Ajaran Shafi'i yang merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Bentuk ajaran lain dianggap menyeleweng bagi di kebanyakan tempat di Malaysia. Pun begitu, di sesetengah kawasan terpencil, masih ada unsur kepawangan dalam ajaran Islam mereka. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara Azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat secara jemaah di masjid-masjid. Di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti umum kerap.
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.

Adalah anggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama untuk memeluk Islam. Dapatan ini berdasarkan Tugu Peringatan Batu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.
Pada tahun 1303, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, adalah pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara, yang merupakan peristiwa penting dalam pemelukan Islam oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.


British di Pulau Pinang dan Kedah
Pihak British mula-mulanya terlibat dalam politik Melayu ketika ia mencuba mengasaskan pos-pos perdagangan di Pulau Pinang, ketika itu sebahagian Kedah, pada tahun 1771, Melaka pada 1790 dan Singapura pada tahun 1819.

Pada pertengahan abad ke-18, syarikat-syarikat British boleh didapati berdagang di Semenanjung Tanah Melayu. Pada April 1771, Jourdain, Sulivan dan de Souza, sebuah syarikat British yang berpusat di Madras, India menghantar Sir Francis Light untuk berjumpa dengan Muhammad Jiwa Shah, sultan Kedah, bagi membuka pasaran perdagangan di negeri itu. Light juga merupakan kapten dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Pada waktu yang sama, Sultan Kedah menghadapi banyak ancaman luaran yang mencabar kuasa baginda di Kedah. Siam yang berperang dengan Burma melihatkan Kedah sebagai sebuah negeri lindungan, dan sering menuntut Kedah menghantar tentera bantuan. Bagaimanapun, Kedah berkeberatan bersekutu dengan Siam.
Melalui perundingan antara Sultan Kedah dan Light, Sultan Kedah bersetuju membenarkan syarikat Light membina sebuah pos perdagangan dan beroperasi di Kedah jika pihak British bersetuju memperlindungi Kedah daripada tekanan luaran. Light menghantar perutusan ini kepada orang atasannya di India. Bagaimanapun, pihak British memutuskan untuk menolak cadangan tersebut.

Dua tahun kemudian, Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan diwarisi oleh Sultan Abdullah Mahrum Shah. Sultan baru itu terdesak dan menawarkan Light (yang merupakan wakil British) Pulau Pinang sebagai balasan untuk bantuan ketenteraan kepada Kedah. Light memberitahu Syarikat Hindia Timur Inggeris tentang tawaran sultan. Bagaimanapun, syarikat itu memerintah Light mengambil alih Pulau Pinang tanpa memberi sebarang jaminan bantuan ketenteraan yang dimintai oleh sultan. Light kemudian mengambil alih Pulau Pinang dan menjamin Sultan Kedah tentang bantuan ketenteraan walaupun ini bertentangan dengan kedudukan syarikatnya. Kemudian, syarikat itu membuat keputusan dan memberitahu Light bahawa mereka tidak akan memberi sebarang bantuan ketenteraan kepada Kedah. Pada Jun 1788, Light memberitahu Sultan Kedah tentang keputusan syarikatnya. Berasa ditipu, Sultan Kedah memerintah Light keluar dari Pulau Pinang tetapi Light menolak.

Penolakan Light menyebabkan Sultan Kedah mengukuhkan tenteranya dan mengubui Perai. Perai ialah pantai yang terletak di seberang sana Pulau Pinang. Menyedari bahaya itu, pihak British membakar kubu di Prai. Dengan kemenangan mereka, pihak British memaksa Sultan Kedah memeterai sebuah perjanjian yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang. Sebagai balasan, Sultan Kedah akan menerima sewa tahunan sebanyak 6,000 peso Sepanyol. Pada 1 Mei 1771, Union Jack dinaikkan secara rasmi buat pertama kali di Pulau Pinang. Pada tahun 1800, Kedah menyerahkan Perai kepada pihak British dan Sultan Kedah menerima 4,000 peso lagi sebagai sewa tahunan. Pulau Pinang dinamakan "Prince of Wales Island", manakala Perai di namakan semula sebagai "Province Wellesley".
Pada tahun 1821, Siam menyerang Kedah serta menjarah ibu kota Alor Star dan menduduki negeri itu sehingga tahun 1842.

Friday, October 2, 2009

Bertaubat..Bertaubat...

Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala dan Islam sebagai cara hidup. Pengabdian Allah meletakkan manusia sebagai hamba yang perlu sentiasa patuh kepada suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
Nikmat iman adalah anugerah yang paling besar kepada manusia. Sesiapa yang menolak cahaya keimanan maka dia tiadak akan mendapat kebaikan hidup didunia. Firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa yang memilih cara hidup selain Islam, Allah tidak sekali-kali menerima(agamanya) itu dan diakhirat dia dimasukkan kedalam golongan orang yang rugi" (Surah Ali Imran, ayat 85)

Sesiapa yang sudah menerima nikmat keimanan, peganglah sehingga keakhir hayat. Jangan menukar keimanan dengan kekufuran. Firman Allah: "Wahai orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan sebagai seorang Islam. " (Surah Ali Imran. ayat 102)

Namun sifat manusia tidak seperti malaikat yang tidak pernah melakukan selain perkara disuruh Allah. Dalam diri manusia ada akal dan nafsu yang mendorong melakukan kebaikan dan kejahatan. Sebab itu Allah menjanjikan balasan pahala dan dosa bagi setiap perbuatan. Allah maha mengetahui setiap perkara yang dilakukan hamba-Nya secara nyata ataupun bersembunyi.

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa, paling baik selepas menyedari melakukan dosa. Jika kesalahan itu membabitkan sesama manusia, keampunan perlu dimohonkan kepada orang yang terbabit. Ketika meminta maaf perlu dilakkukan dengan ikhlas atas kesedaran perbuatan itu satu dosa dan menyesalinya.

Taubat sebenar menyedari kesalahan atau dosa diikuti penyesalan dan memohon keampunan Allah. Seterunya menanam sifat benci terhadap dosa dan terus meninggalkanya. Hasil taubat membawa diri melakukan perbuatan baik. Taubat dipertahankan dengan perasaan sedar dan waspada menjauhkan diri dari kejahatan. Biarpun pintu taubat sentiasa terbuka, ia akan tertutup apabila ajal maut sudah tiba. Jangan berlengah untuk bertaubat, ia mesti di lakukan setiap masa dan sepanjang masa, bukan hanya apabila usia sudah lanjut. Sebagai Muslim yang yakin bertemu Allah di akhirat kelak, berusahalah meningkatkan taqwa dan menghindarkan dosa supaya dihimpunkan bersama orang yang beriman di akhirat. Sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kehidupan yang hakiki adalah di akhirat..

>Perbanyakan istigfar dan bacaan Al Quran... Supaya ia menjadi syafaat (penyelamat) kita di akhirat kelak..

Thursday, October 1, 2009

Ya Allah!

Firman Allah Ta'ala dalam surah Ar Rahman ayat 29 :
(Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para khafilah bingung menentukankan arah perjalanannya, mereka akan menyeru "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu menyeru "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa sempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus kita pikul, menyerulah "Ya Allah!"

Ku ingat Engkau saat alam begitu gelap gelita
dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Ku sebut nama-Mu dengan lantang disaat fajar menjelang
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah


Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadhirat-Nya.