السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, March 19, 2012

Sayunya bila Bacaan dan Ilmu Al-Quran ditinggalkan..



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Taala diatas segala nikmat-nikmaNya yang dianugerahkan. Dalam keseronokan kota, kekenyangan kita, kesempurnaan tidur kita pada waktu siang dan malam, kelancaran perbualan kita dengan sesiapa sahaja dan sebagainya nikmat-nikmat yang lain, jangan kita lupa ada saudara seislam kita dalam waktu yang sama tidak ada nikmat-nikmat itu semua.
Di Negara -negara Islam sekeliling kita umat Islam dalam keadaan menderita disebabkan oleh keadaan umat Islam itu sendiri. Dalam mas yang sama umat Islam tidak patuh dengan perintah Allah Taala, dan dengan senang nya meninggalkan solah contohnya tanpa rasa berdosa dan bersalah. Malah dianggap meninggalkan solah seperti meninggalkan makanan yang tidak ada selera. Jangan kita buat macam tu, kerana akibatnya kita sendiri yang menanggung segala musibah yang melanda negara orang Islam sekarang.

Mari kita fokus pada satu perkara, satu target ataupun satu bidang ilmu sahaja. Dalam satu bidang ilmu ini pun sudah ramai masyarakat kita tidak perihatin khususnya dan amnya seluruh dunia, betapa pentinganya ilmu ini diperolehi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan hendaklah kita fikir sejenak apa yang mesti kita usaha untuk mendapat satu ilmu ini.

Al-Quran adalah mukjizat Nabi s.a.w yang terbesar dan dalamnya mengandungi hidayah, shifa, dan segala kebaikan. Dengan surah Fatihah sahaja kita boleh mendapat kesembuhan penyakit, tetapi kita tidak tahu kelebihan ini kerana tidak mencari.

Fokus kita ialah lebih 70% dalam masyarakat di dunia tidak mahir membaca Al-Quran dan lebih 40% tidak boleh langsung membaca Al-Quran. Tetapi dalam masa yang sama kita boleh membaca bahan bacaan yang lain dengan begitu mahir. Dikalangan budak-budak pula amat mengecewakan keran peratus yang tinggi, umur 11 tahun keatas tidak boleh membaca dengan baik. Ada yang tidak boleh membaca Al-Quran langsung bila umur sudah mencecah 12 tahun. Ini membimbangkan kita khususnya Ustaz-ustaz (di Pusat Tahfiz kami) dan Pengajar-pengajar Al-Quran kerana mereka tidak diberi asas langsung.

Kepada ibubapa dan waris perlulah mengambil berat perkara yang sangat penting ini, kerana Al-Quran adalah menyelamatkan manusia dari segala kesesatan dan keburukan. Jika kita tidak tahu membaca Al-Quran maka kita sudah menempah kemunduran, kesesatan, kesusahan dan musibah. Al-Quran akan menjadi syafaat kita pada hari Qiamat jika kita membacanya dan menjaganya didunia. Jika dalam kehidupan dunia kita tidak kisah langsung dan memandang sepi kepada Al-Quran maka ingatlah bahawa kebinasaan layak untuk kita di dunia ini lagi dan akan berterusan di akhirat.
(Semoga Allah Taala menyelamatkan kita )


Untuk pengetahuan kita semua bahawa seorang yang mahir dan berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai perkara yang sangat penting dalam kehidupanya, maka orang ini akan mendapat kebaikan yang tidak disangka-sangka. Kepada ahli Al-Quran (Huffaz) yang berusaha bersungguh-sungguh maka tentang rezeki mereka didalam tanggungan Allah Taala. Kepada mereka yang menuntut ilmu agama khususnya Al-Quran akan mendapat kebaikan dari segi rezeki dan yang lainnya tanpa bersusah payah. Percayalah, kerana  perkara ini telah berlaku kepada ramai Huffaz yang Istiqamah dan bersungguh-sungguh. Kehidupan orang yang ada ilmu agama dan mereka mengjarnya pula kepada orang lain adalah kehidupan yang simple dan penuh dengan ketenanggan serta rezeki datang dengan begitu mudah sekali.

Sebagai orang Islam yang perihatin perlulah kita jadikan pengajian Al-Quran adalah sebagai subjek yang utama dalam keluarga kita, dan mewajiblan setiap ahli keluarga mahir dalam bacaannya. Jika kita tidak memandang serius dalam pengajian Al-Quran maka kita lah yang akan menanggung kerugian didunia ini lagi dan akan berterusan kekal di akhirat.

Mari kita lihat apa yang akan berlaku jika kita atau ahli keluarga tidak boleh membaca Al-Quran dengan mahir. Pertama sekali jika dalam kehidupan, kita tidak membaca Al-Quran maka wajah kita tidak ada nur (cahaya), kehidupan tidak ada ketenangan dan ketenteraman, kesusahan akan mudah berjangkit kepada kita dan sebagainya. Keduanya kita tidak mampu bersembahyang dengan betul dan sembahyang kita langsung tidak diterima. Sebabnya ialah tidak boleh membaca Al-Quran, dan solah kita adalah sia-sia sahaja. Kerana dalam solah memerluan seseorang pandai membaca Al-Quran. Dalam hadis ada menyebutkan bahawa yang bermaksud: "Perkara pertama yang akan dihisab adalah Solah, Jika solah elok maka semua amalan selepas solah akan diterima, jika Solah rosak maka semua amalan selepas solah akan menjadi rosak juga". Oleh itu kita perlulah fikir sejenak dimanakah kita sekarang? Adakah apa yang kita pilih dan lakukan selama ini akan menyelamatkan diri kita sendiri atau memusnahkan? Dimanakah tahap kita dalam Solah dan Pembacaan Al-Qurana?

Ketiga ialah bila seorang itu hampir kepada kematian maka perkara pertama yang dia perlu adalah bacaan Al-Quran. Jika dia seorang bapa, maka dia memerlukan anak-anaknya untuk membaca Al-Quran disisinya. Bagaimanakah kalau seorang pun ahli keluarganya tidak pandai membaca Al-Quran? Maka kepada siapakah akan dia minta pertolongan? Jiran? Sahabat handai? Keluarga terdekat? Siapa? Siapa? Sudah tentulah mereka yang boleh membaca Al-Quran dengan sempurna.

Keempat ialah bila seseorang sudah mati dan berada dalam tanah perkuburan, maka pada waktu itu dia memerlukan bekalan untuk menyelamatkan dia dari siksaan dan azab kubur. Dalam kehidupan didunia dia langsung tidak peduli dengan Al-Quran dan ahli keluarganya pun tidak boleh membaca Al-Quran. Maka bagaiman dia akan dapat bekalan untuk menyelamatkan dari siksaan kubur? Jika didunia dia selalu ambil berat dengan Al-Quran maka bila mati dia tidak akan dilupakan. Jika didunia dia suruh ahli keluarganya belajar Al-Quran maka bila dia mati keluarganya akan membaca untuknya.

Kesimpulannya kita tidak dapat lari dari kesusahan yang bersangatan apabila kita lupa Al-Quran didunia ini. Segala kesusahan, azab dan musibah akan menimpa mereka yang leka denga pengajian dan bacaan Al-Quran. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Ya Allah, Selamtakanlah kami dari segala kesusahan di akhirat kelak dan jadikan Al-Quran sebagai syafaat untuk kami....

No comments:

Post a Comment