السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadhan

عن انس رضي الله عنه يقول سمعت الله صلي الله عليه وسلم: قال الله تعالي: يا ابن أدم انك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك علي ما كان منك, ولاأبالي, يا ابن أدم:لو بلغت ذنوبك عنان السماء, ثم استغفرتني غفرت لك, يا ابن أدم:إنك لو أتيتني بقراب الارض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيأ لاتيتك بقرابها المغفرة
(رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح)


Daripada Anas r.a meriwyatkan bahawa: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: "Wahai anak adam! Selagi mana engkau meminta dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada diri kamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak adam! Sekiranya dosa-dosa kamu sampai mencecah awan langit kemudian kamu meminta ampun kepada Aku, nescaya Aku akan ampun kan kamu. Wahai anak adam! Sesungguhnya kamu, jika kamu datang menghadap Aku dengan dosa-dosa penuh seisi bumi, kemudian kamu datang kepada Aku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, kemudian Aku akan mengampunkan kamu sepenuh isi bumi. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Keterangan:
(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala yang tidak terbatas

(2) Allah Ta'ala berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa hamba-Nya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dia mati dalam lman yang sempurna, tidak mensyirikkan Allah Ta'ala dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling besar dan zalim yang amat besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah Ta'ala walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik dan melakukan banyak kebajikan. Amal kebajikan tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah Ta'ala, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah Ta'ala.

(5) Jika Ramadhan ini masih lagi kita tidak mendapat pengampunan dari Allah Ta'ala dan kita juga masih tidak ingin untuk meminta ampun di atas segala dosa-dosa maka kita telah terjatuh dalam kencah kerugian, kecelakaan dan kehinaan. Seperti dalam satu hadis yang lain bermaksud: "Jibril a.s berdoa celakalah orang yang datangnya Ramadhan tetapi masih lagi tidak mendapat pengampunan dari Allah Ta'ala dan doa ini di aminkan oleh Nabi s.a.w"

Semoga Allah Ta'ala selamatkan saya dan semua pembaca dari kecelakaan ini.. Amin!!

No comments:

Post a Comment