السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Mubarak


Tangkaplah syaitan-syaitan yang sangat degil dengan rantai lalu lontarlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat rosakkan puasa ummat Muhammad s.a.w kekasih Ku.. Maksud hadis.


Ibn Abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya syurga di harumkan dan di hiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan ramadhan sejenis angin akan bertiup dari bawah 'Arasy yang di namakan 'Muthirah'. Lalu bergeseranlan daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah di dengari bunyian lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari yang bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga.

Mereka menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah Ta'ala mengahwinkan dengan kami?". Kemudian mereka berkata lagi, "Wahai Ridhwan (penjaga syurga)! Malam apakah ini?" Beliau akan menjawap kepada mereka dengan berkata, "Ya! Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. (Hari ini) pintu-pintu syurga bagi orang berpuasa dari kalangan ummat Muhammad s.a.w." Nabi s.a.w bersabda lagi " Allah Ta'ala akan berfirman, "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan Wahai Malik (penjaga neraka) tutup lah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa dari kalangan ummat Ahmad. Wahai Jibril! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan-syaitan yang sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkan lah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa ummat Muhammad kekasih ku."

Baginda s.a.w bersabda lagi "Allah Ta'ala akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari ramadhan supaya dia menyeru tiga kali, "Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup m,emberi hutang kepada yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutang sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan."

Baginda s.a.w bersabda lagi, "Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan ramadhan Allah Ta'ala akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah di tentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan ramadhan, Allah Ta'ala akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.

Apabila tiba Lailatul-Qadar Allah Ta'ala akan memerintahkan Jibril a.s supaya turun bersama sekumpula besar Malaikat. Bersama mereka bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu ke atas Kaabah. Jibril a.s mempunyai seratus sayap, dua daripada sayap tersebut tidak pernah di buka kecuali pada malam itu sahaja, lalu beliau membuka sayapnya sehingga menutupi timur dan barat kemudian pada malam tersebut Jibril a.s. akan mendorong para Malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. maka para Malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibril a.s akan menyeru semua Malaikat, "Sekarang pulanglah!." Para Malaikat itu pun akan bertanya, "Wakhai Jibril apakah yang Allah ta'ala telah lakukan terhadap keperluankeperluan orang beriman di kalangan ummat Ahmad s.a.w?" Beliau akan menjawab,"Allah bTa'ala telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali jenis manusia." Maka kami pun bertanya, "Siapakah merekah wahai Rasulullah?" Baginda s.a.w, 'Lelaki yang berterusan meminum arak, seseorang yang menderhakai ibubapanya, seseorang yang memutuskan silatur-rahim dan Mushahin." Kami bertanya, "Wahai rasulullah ! Siapakah mushahin itu?" Baginda s.a.w menjawab, "Dia adalah Musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan).

Apabila tiba malam hari raya aidilfitri maka malam itu di sebut di langit sebagai Lailatul Jaaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada pagi hari raya itu Allah Ta'ala menghantar malaikat-malaikat ke setiap tempat lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh di dengari oleh semua makhluq Allah Ta'ala selain jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai ummat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat solah hari raya, Allah Ta'ala akan bertanya kepada para Malaikat" Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?" Para Malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasanya ialah sempurnakan ganjarannya." lalu Allah Ta'ala berfirman," Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi wahai malaikat-Ku, sesungguhnya Aku jadikan keredhaan dan keampunan Ku sebagai pahala puasa pada bulan ramadhan dan ibadat malam mereka." Allah Ta'ala akan berkata lagi, wahai hamba-hamba Ku! Pohonlah daripada Ku, demi kemulian Ku dan keagungan Ku, kamu tidak memohon sesuatu daripada Ku pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagi kamu. Demi kemulianKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaiban kamu selama mana kamu mengingati Aku, demi kemulian Ku akan menghinakan kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (orang kafir). Bersurailah dalam keadaan kamu telah di ampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Aku dan Aku juga telah meredhakan kamu." Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah Ta'ala kepada ummat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan ramadhan.

(Riwayat Ibn Hibban didalam kitab As-Thawaab)

" Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka"

No comments:

Post a Comment