Apa Erti Mukjizat?
Al-Quran adalah Kalamullah yang di turunkan ke atas Rasul-Nya, Muhammad s.a.w yang di beri pahala pembacaannya, dan yang mencabar semua manusia, jin dan semesta alam. Allah Ta,ala tidak mencabar Malaikat dengan Al-Quran sebab mereka tidak mempunyai pilihan dalam segala perkara yang di lakukan. Mereka hanaya melakukan apa yang di perintahkan saja.
Dari sinilah Al-Quran mencabar semua kekuasaan yang di berikan pilihan oleh Allah Ta,ala, ataupun sesiapa saja yang mampu memilihnya, yang mana Allah Ta,ala telah mengurniakan baginya akal, fikiran dan kuasa.
Mukjizat adalah satu perkara luar biasa dari undang-undang alam, ataupun kebiasaan alam. Allah Ta.ala telah mengurniakan mukjizat itu kepada Rasul-Nya untuk menunjukkan dasar-dasar Allah Ta,ala serta menetapkan mereka di atas dasar itu. Di samping itu Allah Ta,ala menegaskan bahawa Rasul-rasul adalah utusan-Nya dan mendapat bantuan dari Allah Ta,ala. Apabila sesuatu perkara mendapat bantuan dari Allah Ta,ala, nescaya ia akan melumpuhkan segala undang-undang dan kebiasaan manusia serta menjadikannya gagal dan lemah.
Mukjizat dapat memberi dua kesimpulan:
1) Bahawasanya Mukjizat itu mestilah luar biasa mengatasi segala kebiasaan manusia, tiada yang berkuasa melakukannya selain Allah Ta,ala yang menentukan segalanya.
2)Mukjizat itu, tidak kira mukjizat Nabi mana pun, mestilah dalam hal kepandaian yang telah di capai oleh ummatnya, agar Mukjizat Nabi itu dapay memainkan peranannya dan mengatasai kepandaian mereka, di samping menetapkan kekuasaan Allah Ta,ala atas segala-galanya.
Suatu ummat yang tinggi pengetahuannya dalam ilmu ke doktoran, misalnya tidak logik di cabar dengan Mukjizat dalam tata bahasa. Begitu pula sebaliknya, suatu ummat yang tinggi ilmu dalam tatabahasa lalu di cabar dengan Mukjizat ilmu kedoktoran, itu tentu tidak logik!! Cabaran yang di tujukan kepada sesuatu ummat itu mestilah dalam hal-hal yang mereka mengetahui. Kerana Allah Ta,ala tidak mencabar sesuatu ummat dalam hal-hal yang tidak mereka ketahui, ataupun dalam hal-hal yang mereka tidak pandai dan mahir. Supaya cabaran Allah Ta,ala itu bermakna dan bererti. Di sinilah letaknya mutu setiap Mukjizat Nabi kepada ummatnya.
Sesuatu Mukjizat tidak pula hanya mendatangkan keluar-biasaan dan cabaran semata tanpa sebab, malah ia menimbulkan juga sebab-sebab cabaran itu sekali. Yakni, sesuatu ummat yang hendak di cabar oleh Allah Ta,ala, di jadikan sebab-sebab terlebih dahulu untuk di datangkan cabaran-Nya, lalu Dia pun melumpuhkan sebab-sebab itu dengan cabaran-Nya sehingga tidak berdaya lagi untuk berhadapan dengannya.
Sebagai contoh, kita lihat Mukjizat keselamatan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Kedua-dua adalah Mukjizat. Masin-masing mempunyai sebab-sebab tertentu, lalu Allah Ta,ala telah menghapuskan sebab-sebab tersebut. Mukjizat Nabi Ibrahim a.s telah di datangkan untuk mencabar kaumnya yang sembah berhala. Kaumnya telah mengagungkan patung-patung dan sujud kepadanya. Sebab apabila kaumnya hendak membakar Nabi Ibrahim a.s, sebenarnya mereka ingin menuntut bela bagi tuhan-tuhan (berhala-berhala) mereka. Penuntut-belaan itu merupakan lambang bagi memuliakan berhala-berhala dan sebagai satu peringatan kepada sesiapa yang cuba menghina berhala-berhala tersebut.
Nabi Ibrahim a.s tidak terbakar
Mereka telah menyeret Nabi Ibrahim a.s ke hadapan berhala-berhala dan menyalakan apai yang sangat besar untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. Pembakaran itu di lakukan di hadapan tuhan-tuhan berhala dengan di saksikan oleh orang ramai, supaya perbuatan itu di berkati tuhan mereka. Mereka telah mengumpul kayu-kayu yang banyak dan menimbunkannya di hadapan tuhan-tuhan yang menjadi sumber kekuatan mereka. Mereka menghidupkan api yang besar. Semua itu dilakukan untuk memuliakan tuhan-tuhan selain Allah Ta,ala. Kemudian Ibrahim a.s di tangkap dan di lempar kedalam api.
Persoalannya, mengapa Allah Ta,ala membiarkan mereka menangkap Nabi Ibrahim a.s untuk dibakar oleh api yang di nyalakan di hadapan tuhan-tuhan mereka. Bukankah mungkin Nabi Ibrahim a.s melarikan diri dan bersembunyi sebelum di tangkap, supaya mereka tidak dapat mencarinya, dan Nabi Ibrahim a.s pun terselamat dari pembakaran itu?! Memang itu satu kemungkinan!! Akan tetapi, kalau yang demikian berlaku, nescaya mereka akan mengatakan, jika kami dapat menangkap Ibrahim a.s tentu kami akan membakarnya hingga hangus. Dengan itu kuasa tuhan-tuhan mereka yang palsu akan terus menguasai mereka, dan kepercayaan terhadap tuhan-tuhan tentang hal ia mendatangkan manfaat dan mudharat tentu tidak akan berubah. Mereka tetap akan mempercayai bahawa tuhan-tuhan itu akan memberi manfaat kepada sesiapa yang menyembahnya, dan memberi mudharatkan kepada yang tidak menyembahnya atau mengancamnya. Dan mereka terus mengatakan, kalau lah tidak kerana Ibrahim a.s telah melarikan diri tentulah api itu telah membakarnya dan tuhan-tuhan mereka telah membinasakannya. Sebab itulah kuasa yang menentukan agar Nabi Ibrahim a.s tidak melarikan diri supaya beliau di tangkap dan di lemparkan ke dalam apai itu untuk di saksikan oleh orang ramai bahawa kepercayaan mereka adalah totali salah dan yang berkuasa adalah Allah Ta,ala bukanlah tuhan-tuhan mereka.
Ada kemungkinan sekali api itu akn terpadam kerana sesuatu sebab, seperti turunnya hujan akan memadamkan api tersebut. tapi semua ini tidak berlaku. Mengapa?? Sebabnya sama juga. Sekiranya api itu terpadam. maka orang-orang kafir aknmengatakan bahawasanya tuhan-tuhan kami berkuasa membakar Ibrahim tapi malangnya hujan telah turun. Kalaulah hujan tidak turun tentulah tuhan-tuhan kami telah menghapuskan Ibrahim dengan api.
Nabi Ibrahim a.s tidak melarikan diri, bahkan di tangkap oleh orang-orang kafir dan api tidak terpadam malah terus membesar. Maka Nabi Ibrahima.s telah di lempar ke dalam api. Tiba-tiba Allah Ta,ala telah menghapuskan sifat membakar di dalam api itu, dan jadilah api dingin dan sejahtera untuk Nabi Ibrahim a.s. Kalau begitu, Mukjizat Nabi Ibrahim s.a bukanlah kerana beliau telah terselamat dari api. Sebab kalau Allah Ta,ala mahukan Nabi Ibrahim as. terselamat dari apai nescaya kaum kafir tidak dapat menangkapnya ataupun hujan di turunkan untuk memadamkan api. Tetapi Allah Ta,ala hendak Nabi Ibrahim a.s di seret terang-terangan di hadapan semua manusia, lalu di lontarkan ke dalam api yang bernyala, kemudian allah Ta,ala menghapuskan sifat membakar pada api itu sehingga tidak membakar Nabi Ibrahim a.s dan menghanguskannya.
Firman Allah Ta,ala :
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْداً وَسَلَاماً عَلَى إِبْرَاهِيمَ
Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", (Al-Anbiya: 69)
Kehendak Allah Ta,ala tidak dapat di halang oleh sesiapa pun daripada golongan makhluq yang sentiasa dalam situasi yang lemah...dan terus lemah...
Mari kita lihat kisah Nabi Musa a.s yang mana Allah Ta,ala telah mewahyukan kepada ibu Musa a.s untuk meletakkan Musa a.s ke dalam bakul dan menghanyutkannya ke dalam sungai agar beliau terselamat. Satu perkara yang mustahil bagi ibu bapa untuk menyelamatkan anak yang masih kecil dengan menghanyutkan ke dalam sungai. Kita sedia maklum yang sungai bukanlah tempat selamat kerana segala bahaya terdapat di dalam sungai. Segala mara bahaya mungkin berlaku jika di hanyutkan di dalam sungai, dan padanya tiada suatu apa pun kemungkinan untuk menjamin keselamatan Nabi Musa a.s. Logik dan segala kemungkinan serta akal fikiran, semuanya akan berkata kepada ibu nabi Musa a.s sekiranya dia inginkan keselamat untuk anaknya boleh dia lakukan apa saja melainkan menghanyutkan anaknya ke dalam sungai. Tapi apa yang di inginkan Allah Ta,ala ialah menghanyutkan Musa a.s ke dalam. Allah Ta.ala yang memberi keselamatan dan menghapuskan segala sebab-sebab bahaya itu.
Mengapa Para Ahli Sihir Sujud?
Tiap-tiap Nabi yang di utuskan kepada kaumnya di lengkapi dengan Mukjizat menurut kepandaian masing-masing. Kaum Nabi Musa a.s pandai dalam selok belok sihir. Maka Nabi Musa a.s pun di lengkapi dengan Mukjizat yang lebih hebat dari sihir, dan dia mencabar kaumnya. Di antara yang pertama beriman kepada Nabi Musa a.s ialah ahli sihir. Mengapa?? sebab merekalah yang menakut-nakutkan orang ramai dengan sihir mereka. Apabila mereka melihat Mukjizat Nabi Musa a.s terus mereka mengalah dan mereka dapat mengenali perbezaan yang besar antara kuasa Allah Ta.ala dan kelemahan manusia. Mereka terus sujud dengan ketakutan dan beriman dengan Musa a.s.
Firman Allah Ta,ala:
وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ-قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ-رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ
"Maka ahli-ahli sihir itu pun meniarap sujud. mereka berkata: Kami beriman kepada Tuhan semesta alam. Iaitu tuhan Musa dan Harun" (Al-A'raf 120-122)
Begitulah keadaannya bahawa orang-orang yang pertama-tama beriman kepada Musa a.s ialah orang-orang yang mengenali Mukjizat itu. Mereka lah orang-orang yang Allah Ta,ala tujukan cabaran-Nya.Apabila mereka melihat kebesaran cabaran Allah Ta,ala maka terus mereka sujud. Sedangkan mereka (ahli sihir) telah di janjikan kemewahan dan pangkat di sisi kerajaan Firaun sekiranya mereka berjaya menumpaskan Nabi Musa a.s. Tetapi kuasa Allah Ta,ala mengatasi segala-galanya...
No comments:
Post a Comment