Al-Quran mengemukakan masalah Mukjizatnya untuk membuktikan kekuasaan Allah Ta,ala di dalam surah Maryam. Ia datang untuk membuktikan sesuatu masalah dari banyak masalah yang biasanya berlaku kepada manusia dengan sebab musabab; iaitu masalah mengekalkan keturunan. Untuk mengekalkan keturunan bergantung dengan bertemunya alat jantina supaya telur lelaki perempuan bercampur dan berlaku pengandungan. Dalam hal ini kelelakian lelaki mestilah sempurna, dan keperempuanan perempuan juga mesti sempurna.
Akan tetapi Allah Ta,ala telah membuktikan kepada kita kekuasaan Uluhiyah-Nya tanpa batasan atau sebab, agar manusia mengerti, bahawa kejadian manusia tidak selamanya bergantung kepada sebab musabab. dalam hal penciptaan manusia ini, Allah Ta,ala hendak mentadbirkan masalah itu dari jurusan yang empat. Tidaklah benar untuk mengekalkan keturunan mestilah bergantung dengan pertemuan lelaki dan perempuan. Tetapi ia sebenarnya bergantung kepada kuasa Allah Ta,ala. Dari itulah Allah Ta,ala telah mencipta seorang lelaki tanpa wujud perempuan dan lelaki. Dia juga mencipta dari lelaki tanpa perempuan. Dia juga mencipta dari perempuan tanpa lelaki. Dengan itu telah sempurnalah empat jurusan itu.
Sekarang kita pergi kepada sedikit keterangan. 1)Allah Ta,ala telah mencipta Adam a.s bukan dari lelaki dan perempuan. Adam a.s tidak punyai ayah dan bapa. Dia di cipta oleh allah Ta,ala dan di tiup roh kepadanya. ini contoh yang pertama, suatu penciptaan yang tanpa ibu dan bapa. 2)Allah Ta,ala telah mencipta Hawa, menurut pendapat yang sahih, dari lelaki tanpa perempuan. 3)Kemudian Allah Ta,ala telah mencipta sekalian makhluq dari perempuan dan lelaki. Sekarang tinggal satu saja lagi iaitu: 4)Allah Ta,ala telah cipta manusia dari perempuan tanpa lelaki, iaitu Isa a.s. Dengan itu sempurnalah bahagian ciptaan manusia dari empat jurusan. Asal penciptaan manusia adalah menurut kehendak Allah Ta,ala, dan dia telah mewujudkan sebab musabab.
Allah Ta,ala berfirman:
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثاً وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ-أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَاناً وَإِنَاثاً وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيماً إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (As-Syura 49-50)
Masalahnya bukanlah semestinya wujud sebab musababitu, akan tetapi kiranya Allah Ta,ala mahukan sebab-sebab itu berlaku, maka berlakulah ia. Dan kiranya Dia mahukan sebab-sebab itu tergendala, maka tergendalalah ia. Begitu juga bila Dia inginkan kemungkinan-kemungkinan lain berlaku tanpa sebab musabab mak Dia terus melakukannya tanpa syarat ataupun batasan bagi kekuasaan-Nya Subhanahuwata,ala.
No comments:
Post a Comment