السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Sunday, May 13, 2012

Adam A.S

SUDUT INFORMASI

Di Dalam Al-Quran, nama Adam a.s disebut sebanyak 25 kali dalam 25 ayat.

  1. Surah Al-Baqarah  ayat  31,33,34,35 &37
  2. Surah Ali Imran      ayat  33 & 59
  3. Surah Al-Maidah   ayat  27
  4. Surah Al-A'raf       ayat  11,19,26,27,31,35 &127
  5. Surah Al-Israa       ayat   61 & 70
  6. Surah Al-Kahfi      ayat   50
  7. Surah Maryam      ayat    58
  8. Surah Taha           ayat    115,116,117,120 & 121
  9. Surah Yasin         ayat     60


Di dalam Ad-Durrul Mantsur disebutkan bahawa Firman Allah Taala yang bermaksud "Kamu" dalam ayat "Maka Kami Katakan, 'Turunlah kamu semua....' menurut Ibnu Abbas r.a maksudnya adalah Adam a.s, Hawa, Iblis dan ular. Kemudia mereka turun ke bumi di sebuah daerah bernama "Dajna" , yang terletak antara Mekah dan Thaif. Ada juga yang berpendapat bahawa Adam a.s turun di Sofa, dan Hawa turun di Marwah. Selain itu Ibnu Abbas r.a juga menyebut bahawa Adam a.s turun di India.

Ibnu Saad dan Ibn Asakir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang mengatakan bahawa Adam a.s di turunkan di India dan Hawa di Jeddah. Kemudian Adam a.s pergi mencari Hawa sehingga dia sampai di Jam'an (Muzdalifah atau Al-Masy'ar). Kemudian Hawa menyusul (izdalafa) Adam a.s. Oleh kerana itu, tempat itu di sebut Muzdalifah.

Di riwayatkan oleh at-Tabrani dan Abu Nuaim di dalam kitab Al-Hilyah, dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah r.a yang menceritakan Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Adam a.s telah di turunkan di India"


Di dalam riwayat at-Tabrani dari Abdullah bin Umar r.a di sebutkan yang bermaksud: "Ketika Allah Taala menurunkan Adam a.s, Dia menurunkannya di tanah India. Kemudian dia datang ke Mekah, kemudian menuju ke ke Syam (Syiria) dan meninggal di sana".  (HR Tabrani)

Dari berbagai riwayat dapatlah di simpulkan bahawa Adam a.s di turunkan di pesisir India, tepatnya di Serendib, Ceylon di atas gunung ar- Rahun (Sri Pada  'Adam Peak').



Adam Peak

Di dalam kitab Rihlah, Ibnu Batutah mengatakan, " Kedatangan ku ke negeri ini hanya untuk mengunjungi Al-Qadam al-Karimah (tapak kaki Adam). Mereka memanggil Adam. a.s sebagai panggilan 'Papa' dan memanggil Hawa dengan sebutan 'Mama'".

Menurut Ibnu Batutah, Syeikh Abu Abdullah bin Khafif adalah orang pertama kali membuka jalan untuk mengunjungi Al-Qadam Al-Karimah.

Tentang maqam Adam a.s ada yang mengatakan terlatak di gunung Abu Qubais. ada juga yang mengatakan di gunung Ar-Rahun (Sri Pada 'Adam's Peak) Sri Lanka, tempat Adam a.s pertama kali di turunkan ke bumi. Ada juga yang berpendapat setelah berlaku angintaufan, Nuh a.s mengulangi pemakamannya di Baitul Maqdis.

Pendapat yang terakhir dengan riwayat Tabrani, Ibnu Al-Atsir dan Al-Yaqubi bahawa setelah Allah Taala memberi keampunan kepada Adam a.s, maka dia di bawa oleh Jibril a.s ke Jabal Arafat. Di sana Jibril a.s mengajarnya Manasik Haji. Kemudian di maqamkan di tepi Jabal Abu Qubais.

No comments:

Post a Comment