السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Tuesday, April 12, 2011

Kalimah Toiyyibah

عن ابن عباس عن النّبيّ صلّي الله عليه وسلّم قال افتحوا علي صبيانكم أوّل كلمة بلا اله الاّ الله ولقّنوا عند الموت لا اله الاّ الله فانّه من كان اوّل كلامه لا اله الاّالله واخره لا اله الاّ الله ثمّ عاش الف سنة لم يسئل عن ذنب واحد

Di riwayatkan dari Hazrat Abdullah Ibn Abbas r.nhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Mulakanlah perkataan pertama anak-anak kamu dengan "Lailaha Illallah" dan talkinkanlah "Lailaha Illallah" kepada mereka ketika mereka hampir meninggal dunia. Maka sesungguhnya sesiapa yang percakapannya yang pertama "Lailaha Illallah" dan percakapan yang terakhir (sebelum mati) "Lailaha Illallah" walaupun dia hidup seribu tahun, satu dosanya pun tidak akan di tanya" (H.R Imam Sayuti)

Yang di katakan "talkin" itu ialah menyebut Kalimah Taiyibah di sisi seseorang yang hampir meninggal dunia, supaya bila orang itu mendengar maka dia akan ikut menyebitnya. Pada ketika itu jangan mendesak dan memaksa (membaca kalimah) kerana dia sedang berada dalam kesakitan yang amat sangat. Perintah mentalkinkan kalimah pada saat kematian terdapat dalam banyak hadis sohih. Terdapat banyak riwayat bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Sesiapa yang dapat mengucapkan "Lailaha Illallah" ketika hampir mati maka dosa-dosanya akan gugur seperti banjir yang memusnahkan bangunan"

Terdapat dalam sesetengah hadis bahawa sesiapa yang dapat mengucap kalimah yang mulia ini ketika hampir meninggal dunia maka semua dosanya yang lalu di ampunkan (oleh Allah Ta'ala).

Dalam sebuah hadis yang lain mengatakan bahawa orang munafik tidak akan mendapat taufik untuk mengucap kalimah ini. (Semoga Allah Ta'ala selamatkan kita dari kemunafikan).

Terdapat dalam sebuah hadis yang lain bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mendidik seorang anak sehingga anak tersebut mulai dapat membaca "Lailaha Illallah" maka dia tidak akan di hisab"

Saidina Umar Farooq r.a memberitahu: "Sesiapa yang di hisab pada hari akhirat maka itu adalah penyeksaan baginya" (Semoga Allah Ta'ala selamatkan kita dari di hisab)

Daripada hadis di atas dapatlah kita ketahui bahawa mendidik anak dengan cara Islam dan mengajarkan anak-anak tentang kalimah-kalimah Islam adalah penyelamat ibu bapa dari siksaan yang dasyat di akhirat. Perlulah di renungi apabila kita sudah tidak ada keinginan untuk membesar anak-anak dengan Islam supaya ibu bapa akan terlepas dari siksaan yang kekal. Tidak ada sesiapa pun yang akan membawa harta, pangkat dan kebendaan duniawi bila jasad di letak kan ke dalam kubur yang gelap gelita, tanpa lampu, kawan dan penolong melainkan amalan yang soleh, sesdeqah jariyah dan anak soleh yang akan mendoakan kepada ibu bapa bila sudah meninggalkan dunia ini.

Dalam sebuah hadis mengatakan bahawa seseorang yang menjaga solahnya maka ketika hampir meninggal dunia malaikat akan datang di sisinya mentalkinkan "Lailaha Illallah Muhammadurrasulullah" kepadanya dan menjauhkan syaitan daripadanya".

Kadang-kadang sesetengah dosa menjadi sebab seseorang itu tidak dapat mengucap kalimah Taiyibah ketika hampir meninggal dunia. Ulama telah menulis bahawa menggunakan candu (dadah) terdapat 70 kemusnahan, salah satu kemusnahan ialah tidak dapat mengucap kalimah Taiyibah ketika hampir meninggal dunia. Dalam penggunaan Miswak (kayu sugi) terdapat 70 faedah, salah satunya ialah dapat mengucap kalimah Taiyibah ketika hampir mati.

Ada kisah mengenai seorang yang hampir mati tetapi tidak dapat mengucap, orang ramai telah mentalkinkan kalimah tapi masih susah menyebutnya. Di tanya kenapa dia susah atau kelu mengucap kalimah Taiyibah? Maka dia menjawap "Saya tidak berhati-hati dalam timbang menimbang ketika menjual barang".

Kisah ini memberi peringatan kepada kita supaya elakkan penipuan ketika menjual barang. Akibatnya tidak dapat mengucap di akhir kalam. Allahummahfaznaa!!

Adalah menjadi tanggung jawap kepada kita untuk terus menerus bertaubat di atas segala dosa-dosa dan mengharapkan rahmat dari Allah Taa'ala.

No comments:

Post a Comment