السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Sunday, October 31, 2010

Akhlaqiyaat

If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.

Ini bukan lah petikan dari seorang cendiakawan Islam tetapi dari pena seorang bukan Islam. Akhlaq adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia dalam seharian. Tanpa akhlaq manusia akan jadi hina dan kehinaan ini akan menyerap keseluruh kehidupan, kemudian akan jadi barah yang akan memusnahkan hidup yang sementara ini.

Marilah kita bersama merenung firman Allah yang Maha Esa ini buat peringatan kita bersama:

“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]


MASIH SEBUAH PELAN

Sesungguhnya masih belum terlambat. Masih punya masa. Nafas masih mengisi dada, mentari masih setia di ufuknya.

Nasihatilah diri dan keluarga, nasihatlah rakan dan jiran tetangga. Nasihatlah masyarakat dan orang ramai. Nasihatlah semua yang sampai nasihat kita kepadanya.

Namun nasihat khusus buat pemimpin negara, murka Tuhan jangan dileka, balanya ke atas kamu, kami dan anak-anak kita.

Akhirnya:

Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [al-Ma'aarij 70: 42]

Selamatkanlah negara kami ya Allah!

Monday, October 25, 2010

Para Hafiz harta yang tidak ternilai

السلام عليكم ورحمة الله

Syukur kita kepada Allah Ta'ala di atas segala nikmat-nikmat yang di anugerahkan kepada kita. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Yang terbaik antara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkanya''

Di sini saya ingin bawa satu petikan dari akhbar tempatan berkenaan kerajaan Pulau Pinang menghargai pelajar-pelajar Hafiz Al Quran.. Tahniah di ucapkan, semoga setiap negeri juga akan mengadakan kerap program seperti itu..

"matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz"

GEORGETOWN, 11 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.

Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.

"Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.

Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'.

"Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.

Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.

Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.