السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Saturday, September 15, 2012

Keunikan Metodologi Sistem Hafazan Cara Deobandy.


Abstract
There are several methods to memorize the Qur’an
in Malaysia. These methods have been studied and
adopted by the huffaz. The methods of memorizing the
Qur’an is an important matter to ensure that students
can memorize and remember the Qur’an as soon as
possible after they become Hafiz Al-Qur’an. Method of
memorization is the basic technique in memorizing the
Qur’an. However different techniques and approaches
in each method will give a different impact on the
quality of memorization. There are many methods of
memorization in Malaysia are imported from foreign
countries and among them is the Deobandy method
from India. Deobandy method has some unique and
special privilege compare to other method. Deobandy
method adopted a few techniques such as memorizing
preparation, sabak, para sabak, ammokhtar, halaqah
dauri and so on.


Pendahuluan
Al-Quran adalah Kalamullah yang memberi kebaikan kepada mereka yang menghafaz-Nya, seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : " Sebaik-baik di antara kamu ialah siapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)".  HR Imam Bukhari.
Disini akan diterangkan ada satu kaedah yang diguna/ dipartikkan di Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya dan juga majoritinya di Madrasah-madrasah Tahfiz di Malaysia.

Sebagaimana yang telah diketahui India merupakan salah sebuah negara yang terawal menerima agama Islam berbanding negara Malaysia. India merupakan negara yang kedua mempunyai penduduk beragama Islam paling ramai di dunia selepas Indonesia. Seterusnya perkembangan agama Islam di sana telah mengakibatkan kewujudan institusi-institusi pengajian agama Islam termasuklah pengajian hafalan Al-Quran. Malah di India sendiri terdapat satu kaedah menghafal Al-Quran yang dikenali sebagai kaedah Deobandy. Kaedah ini juga telah diamalkan dalam kalangan para huffaz di Malaysia. Perkataan Deobandy ini merujuk kepada wilayah Deoband yang terletak di dalam daerah Uttar Pradesh India.

Kaedah ini telah bertapak di Malaysia buat pertama kali pada tahun 1981 di Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, Selangor. Setelah itu, kaedah Deobandy ini telah berkembang ke institusi-institusi tahfiz yang lain seperti Madrasatul Quran Kubang Bujuk Terengganu dan Ma’had Tahfiz Sri Petaling Kuala Lumpur. Kaedah Deobandy pada asalnya dibawa masuk ke Malaysia atas usaha jemaah tabligh di Malaysia. Jemaah tabligh di Malaysia telah membawa guru dari India untuk menjadi guru tahfiz di ma’had tahfiz di Malaysia. Menurut seorang  pengetua Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, pada peringkat awal penubuhan ma’had ini, terdapat seramai 12 orang guru-guru tahfiz al-Quran yang dibawa khas dari India untuk mengajar kelas hafazan al-Quran di sini.  Melalui artikel ini akan dihuraikan secara  terperinci berkaitan teknik-teknik dalam kaedah Deobandy serta keistimewaan dan keunikannya.

Teknik-teknik dan Keunikan Dalam Kaedah Deobandy
Secara keseluruhannya kaedah Deobandy ini menggunakan teknik-teknik seperti berikut:
 Persediaan Sebelum Menghafal, Sabak (Hafalan Baru)
 Para Sabak (Hafalan Mingguan)
 Ammokhtar (Hafalan Keseluruhan)
 Halaqah Dauri (Kelas Ulangan Hafalan)
 Syahadah Hafiz.

Persediaan sebelum menghafal
Dalam kaedah ini, pertama kalinya setiap pelajar diletakkan dalam beberapa kumpulan yang khusus. Setiap kumpulan tersebut mempunyai seorang guru dan beberapa pelajar antara 15 hingga 20 orang. Umur pelajar dalam setiap kumpulan tersebut tidak sama iaitu antara umur 12 hingga 17 tahun. Penentuan kumpulan tersebut telah ditentukan dalam mesyuarat pihak ustaz5. Dalam seminggu, 5 hari digunakan untuk proses menghafal Al-Quran iaitu hari Sabtu hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat, waktu pagi hingga tengah hari sahaja terdapat kelas hafazan, dan di sebelah petangnya pelajar diberi rehat. Hari Jumaat adalah cuti umum dan pelajar digalakkan keluar berdakwah dan melakukan aktiviti mengelak diri dari social yang buruk. Salah satu keistimewaan kaedah Deobandy ini ialah terdapat Kelas Nazirah atau Pra Tahfiz yang diwujudkan untuk pelajar-pelajar yang masih lemah dari sudut pembacaan Al-Quran. Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar melancarkan bacaan Al Quran sebelum menghafaznya.  Kelas ini dikhaskan bagi pelajar yang masih lemah dalam pembacaan Al-Quran, manakala pelajar lain diletakkan dalam kelas tahfiz biasa. Dalam kelas ini, pelajar diberi peluang untuk membaiki bacaan dari segi tajwid, fasahah, kelancaran, dan tarannum Al-Quran. Setiap pelajar perlu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf Al-Quran sambil disemak oleh ustaz yang mahir dalam bidang tajwid Al-Quran.
Kelas tahfiz Al-Quran pula dikhususkan untuk menghafaz Al- Quran. Dalam kelas ini, pelajar diletakkan dalam kumpulan tertentu dalam bulatan. Seorang guru mestilah seorang penghafal Al-Quran bagi melayakkannya mengetuai dan memantau pergerakan pelajar dalam setiap kumpulan8. Teknik duduk di dalam halaqah digunapakai dalam kaedah Deobandy ini di mana setiap pelajar duduk dalam bulatan
bersama Al-Quran dan rehal masing-masing. Satu lagi keunikan kaedah Deobandy ini ialah para pelajar tidak dibenarkan bersandar pada dinding kelas bagi mengelakkan pelajar tertidur. Selain itu, kaedah Deobandy juga istimewa kerana adab pelajar amat dititikberatkan, contohnya setiap pelajar hendaklah mencium tangan guru setiap kali bersalam.

 Ini kerana, ia dapat menghasilkan sifat taat dan hormat di dalam diri para pelajar. Selain itu, keunikan kaedah Deobandy dapat dilihat dari segi aspek pemakaian pelajar. Pelajar dilarang memakai pakaian yang bergambar dan bertulis serta berseluar jeans. Pelajar dikehendaki memakai jubah di dalam kelas hafazan. Dalam kaedah Deobandy, pelajar diwajibkan memakai kopiah di dalam waktu kelas pengajian. Mereka juga tidak dibenarkan membaca Al-Quran tanpa memakai kopiah. Di samping itu, pemakaian serban juga digalakkan. Kebanyakan pelajar memakai serban dalam kelas hafazan Al-Quran.

Sabak (Hafalan Baru)
Keunikan kaedah Deobandy ini ialah pelajar dikenakan disiplin yang ketat. Seawal pukul 5.00 pagi, pelajar telah dikejutkan dan digalakkan  untuk solat sunat tahajjud sebelum menunaikan solat subuh. Setengah jam sebelum waktu subuh, para pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing untuk diperdengarkan hafalan baru atau digelar sabak kepada guru kumpulan tersebut. Sealain itu, keistimewaan lain bagi kaedah Deobandy ialah penggunaan rotan. Ia merupakan galakan untuk terus tekun dan kerja keras.
Bermula sebelum subuh, pelajar mula menghafal hafalan baru atau sabak. Kadar hafalan pula berdasarkan kepada kemampuan pelajar tersebut. Guru akan memantau kelancaran hafalan, jika kurang lancar, hafalan baru pelajar akan dikurangkan. Keunikan lain dalam kaedah Deobandy ini ialah pelajar dikehendaki menghafal terlebih dahulu bermula dari juzuk 30, 29, 28,27 dan 26. Setelah selesai 5 juzuk terakhir ini, barulah pelajar dibenarkan untuk menghafal dari juzuk pertama hingga 25. Perkara ini supaya memudahkan pelajar mengingat Al-Quran kerana 5 juzuk terakhir ini adalah ayat-ayat pendek, mudah dan lazim didengar. Selain itu, pelajar dikehendaki melancarkan bacaan ayat yang ingin dihafal paling tinggi sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan supaya memudahkan hafalan kelak. Menurut seorang Ustaz   selepas membaca 40 kali dengan melihat kepada mushaf Al-Quran, pelajar hanya memerlukan waktu yang singkat sahaja untuk memindahkan ayat-ayat tersebut ke dalam ingatan. Sebelum memperdengarkan hafalan seseorang pelajar kepada gurunya, mereka dikehendaki terlebih dahulu memperdengarkan hafalan kepada rakan di sebelah semasa sesi pengajian- bagi memastikan bacaan tersebut tepat dan betul. Mereka hendaklah membaca 10 kali ayat yang telah dihafal bagi memastikan ia lancar dan tidak tersangkut. Pelajar yang telah bersedia untuk memperdengar bacaan mereka akan duduk di hadapan guru, dan catatan akan dibuat oleh guru berdasarkan tahap hafalan pelajar di dalam buku khas. Pelajar kebiasaannya akan didenda jika terlupa ayat-ayat yang telah dihafal. Pada Pukul 7.30 pagi, pelajar akan bersarapan secara berjemaah (berkumpulan). Pada pukul 8.30 pagi, kelas sabak disambung sehingga pukul 9.30 pagi. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai sekitar 4 jam untuk sabak. Waktu yang lama ini bagi memastikan ayat-ayat yang baru dihafal benar-benar terpahat di dalam hati para pelajar.

Para Sabak (hafalan mingguan)
Peringkat kedua dalam kaedah ini dikenali sebagai Para Sabak atau hafalan mingguan. Ia bermula kebiasaannya  pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Maknanya pelajar diberi masa 2 jam untuk para sabak. Para sabak bermaksud 1 juzuk di belakang hafalan baru. Pelajar diberi masa setengah jam sebelum memperdengar bacaan para sabak di hadapan guru. Guru membahagikan pelajar kepada pasangan masing-masing untuk membaca para sabak di mana pasangan masing-masing memiliki tahap hafalan yang sama bagi membina keserasian. Seterusnya, para pelajar dipanggil dengan pasangan masing-masing untuk memperdengar bacaan di hadapan guru halaqah. Keunikan kaedah ini ialah seorang pelajar membaca sebanyak sejuzuk, sambil pasangannya menyemak bacaan pada mushaf Al-Quran. Jika berlaku kesilapan, pasangan tersebut akan melaporkan bilangan kesalahan kepada guru halaqah. Seperti biasa rotan digunakan sebagai hukuman. Begitulah seterusnya bagi pasangannya pula. Dalam waktu yang sama, guru halaqah akan memastikan kelancaran para sabak. Kebiasaannya bilangan pelajar dalam setiap halaqah adalah genap bagi memudahkan proses para sabak bersama pasangan masing-masing.
  
Ammokhtar (Hafalan keseluruhan Al-Quran)
Kaedah ammokhtar ini adalah kaedah ketiga selain dua kaedah sabak yang dibincangkan tadi. Ammokhtar ini adalah ayat-ayat al-Quran yang telah lama dihafal dan melebihi satu juzuk di belakang hafalan yang terkini. Untuk mengulang ammokhtar ini, para pelajar akan diberi masa dari jam 2.30 petang hingga jam 4.00 petang khusus untuk tujuan tesebut. Apa yang uniknya, kaedah ini amat menekankan tahap ingatan
para pelajar semasa tasmi’ di mana rangsangan rotan / denda  akan diberikan sekiranya pelajar gagal membaca dengan lancar di hadapan guru. Selain itu, keunikan pelaksanaannya adalah apabila pelajar diberi masa sekitar setengah jam untuk melancarkan bacaan ammokhtar terlebih dahulu sebelum dipanggil seperti di dalam kaedah Para Sabak untuk memperdengarkan bacaan mereka. Uniknya juga, pasangan bagi bacaan turut ditentukan oleh guru tersebut. Selain itu, keunikan kaedah ini antara lain menjadikan semua hafalan lama sebagai satu pusingan lengkap di mana setiap hari para pelajar dikehendaki membaca satu juzuk dari ammokhtar ini. Dengan susunan bacaan yang mengikut turutan surah dalam al-Quran, ia memastikan hafalan pelajar tersebut kekal dalam ingatan walaupun pelajar sedang menghafal juzuk atau ayat yang sukar. Dan bagi memastikan kelancaran pada hari berikutnya, setiap kali selepas maghrib, pelajar akan duduk dalam halaqah masing-masing dan mengulang hafalan sabak, para sabak dan ammokhtar secara bersendirian. Dan ia masih di bawah pantauan beberapa orang ustaz. Selain itu, ketiga-tiga kaedah Deobandy ini diguna pakai secara berterusan sehinggalah pelajar tersebut khatam keseluruhan 30 juzuk al-Quran.

Halaqah Dauri (Kelas Ulangan Hafalan)
Halaqah dauri bermaksud halaqah yang dibentuk oleh para pelajar yang telah khatam kesemua sabak atau dengan kata lain khatam 30 juzuk Quran. Halaqah ini dibentuk bertujuan sebagai mengulang kembali
hafalan mereka. Uniknya, halaqah ini masih dalam pantauan guru masing-masing dan ini memastikan hafalan mereka diulang seperti dalam perancangan. Dengan tempoh masa dari enam bulan hingga dua
tahun untuk berada dalam halaqah dauri ini, para pelajar yang tidak lancar akan mengulang semula sabak, namun tetap dalam halaqah ini. Uniknya, pembacaan adalah tidak mengikut urutan surah di mana
keseluruhan al-Quran akan dibahagikan kepada tiga bahagian, dengan 10 juzuk mewakili satu bahagian. Untuk pembacaan hari pertama, kedua dan ketiga, juzuk 1, 11, dan 21 masing-masing akan dibaca. Dan pada hari keempat, juzuk kedua bahagian pertama, juzuk kedua bahagian kedua pada hari kelima dan seterusnya sehinggalah khatam setiap bahagian tersebut. Dengan metode sama seperti Ammokhtar(pelajar
berpasangan semasa membaca) kaedah ini dilihat dari sudut tersiratnya mampu memastikan dan membiasakan pelajar yang khatam mampu membaca mana-mana surah ataupun juzuk tanpa mengikut turutan.

Syahadah Hafiz
Dalam Syahadah Hafiz ini, ia diadakan setelah persetujuan guruguru yang berpuas hati dengan prestasi seseorang pelajar tersebut. Apa yang uniknya dalam Syahadah Hafiz ini adalah tiga cara untuk
mendudukinya. Cara pertama ialah tasmi’ 30 juzuk sehari, cara kedua 15 juzuk sehari manakala cara ketiga 10 juzuk sehari. Dengan kata lain, 1 hari bagi cara pertama, 2 hari cara kedua dan 3 hari bagi cara
ketiga. Dari segi masa syahadah tersebut, setiap juzuk memerlukan setengah jam sahaja masa pembacaan. Dengan tiga orang guru pemeriksa termasuk dua daripadanya guru halaqah lain, para pelajar akan dianggap lulus apabila tidak lebih dari 10 kesalahan dilakukan semasa pembacaan.

Analisa Keunikan Kaedah Deobandy
Hasil analisis keunikan yang terdapat di dalam kaedah Deobandy ini dapat merumuskan satu kaedah dalam proses menghafal dan mengingati hafalan ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal. Rumusan kaedah tersebut adalah seperti berikut:-

1. Perlunya ada tiga unsur asas dalam proses penghafalan al-Quran iaitu pertama, hafalan ayat-ayat yang baru dari al-Quran. Kedua ulangan bacaan hafalan ayat-ayat yang baru dihafal, iaitu ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal namun masih belum kukuh di dalam ingatan para penghafal. Dengan kata lain ialah ayat-ayat yang telah dihafal dalam jangka masa seminggu yang terdekat. Ketiga ulangan bacaan ayatayat
hafalan yang telah lama dihafal.

2. Tiga unsur di atas perlu dilaksanakan serentak dalam proses penghafalan al-Quran. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar menambah hafalan baru, ia juga perlu mengulang bacaan hafalan ayat-ayat yang baru dan mengulang bacaan hafalan ayat-ayat yang telah lama dihafal.

3. Ketiga-tiga unsur tersebut mempunyai satu piawai yang khusus dalam memastikan kelancaran ayat-ayat yang telah dihafal. Ketiga-tiga unsur tersebut perlu dibaca secara hafalan dengan tidak melihat kepada mashaf al-Quran. Piawai ini perlu dikekalkan, bagi membolehkan para pelajar menambah hafalan
mereka. Sekiranya aras piawai tersebut tidak dapat dicapai maka para pelajar tidak dibenarkan untuk menambah hafalan yang baru.

4. Kekuatan menghafal ayat-ayat al-Quran kali pertama setiap individu adalah berbeza. Oleh yang demikian perlu digariskan bahawa, para guru perlu prihatin dengan kemampuan hafalan setiap pelajar. Guru-guru tidak perlu terburu-buru untuk menambah hafalan dalam jumlah yang banyak. Perkara yang
penting perlu diperhatikan ialah kualiti hafalan tersebut. Teknik mengulang-ulang hafalan berkali-kali, sama ada 10, 20, 30, 40, 50 atau 60 kali perlu dititkberatkan kerana ia memberi impak yang mendalam terhadap ingatan hafalan ayat-ayat al-Quran. Guru perlu menambah bilangan ulangan ayat-ayat yang dihafal oleh para pelajar sehingga benar-benar diingati dengan tiada sebarang kecatatan dari sudut tajwid, kelancaran dan keyakinan para pelajar.

5. Pemantauan guru secara berterusan dalam tiga unsur utama yang disebutkan perlu dititikberatkan. Guru perlu memastikan setiap unsur tersebut dilaksanakan dari semasa ke semasa.


Akhiraan:
Kaedah Deobandy ini dilihat dapat memperkukuhkan ingatan para huffaz dengan sistem yang tidak membebankan sesuai dengan kemampuan pelajar tersebut. Istimewanya, pemilihan juzuk bermula dari belakang terlebih dahulu untuk dihafaz adalah kerana juzuk-juzuk tersebut sentiasa dibaca dalam sembahyang. Tambahan pula juzuk-juzuk ini agak pendek dan sentiasa didengar semasa mendirikan sembahyang subuh dan isyak kerana kebanyakan imam-imam membaca surah-surah dalam juzuk ini ketika mengimami solat seperti surah al-Mulk dalam juzuk yang ke-29. Berdasarkan kajian yang dilakukan para guru dan pelajarpelajar bersetuju mengatakan bahawa setelah menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini walaupun tidak mengulang selama setahun mereka masih mampu untuk menjadi imam solat sunat terawikh dengan membaca 30 juzuk al-Quran dengan sempurna. Dengan keunikan dan keistimewaan kaedah Deobandy ini, Malaysia mampu melahirkan huffaz yang berkualiti. Dan kaedah ini juga mampu bersaing dengan kaedah sedia ada bagi mempelbagaikan sistem hafazan di Malaysia.