السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, August 29, 2011

Syawal 2011




Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita dari segala dosa-dosa yang dilakukan dengan sengaja dan tidak sengaja.

Semoga Allah Ta'ala mengasihani kita disebabkan kelemahan dan kelalaian di sepanjang Ramadhan yang mulia.

Friday, August 12, 2011

Aktiviti-aktiviti Pelajar PBTAAJAYA



Pelajar-pelajar sedang berbuka puasa bersama-sama para jemaah Surau Al-Firdaus. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Tuan Haji Fathurrahman, T.Pengerusi Cikgu Atiqurahman dan semua AJK-AJK Surau dan tidak lupa juga kepada Haji Kechik (Abg Cik) dan pembantu-pembantunya kerana banyak jasa mereka didalam penyediaan juadah berbuka setiap hari. Antara aktiviti-aktiviti ialah menjadi Imam Solat Teraweh dibeberapa masjid dan surau sekitar Sg Lalang dan Sg Petani. Pelajar-pelajar yang mampu untuk menjadi imam maka mereka akan dikedepankan dan juga berbuka bersama orang ramai. Inilah antara aktiviti sepanjang Ramadhan setiap tahun.


Penuhilah masa di Ramadhan ini dengan ibadat.



Pelajar-pelajar sedang bermuzakarah secara berkumpulan selepas solat zohor pada setiap hari.

Asrama yang Sedang Dibina

Alhamdulillah syukur atas nikmat-nikmat Allah Ta'ala dengan segala kemudahan yang diberi kepada Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya. Pada mulanya hendak membina dua tingkat asrama tetapi disebabkan beberapa masalah seperti kewangan yang terhad maka kami telah memutuskan pembinaan untuk satu tingkat sahaja. Tidak Lupa juga kepada penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang untuk meningkatkan lagi pengajian Tahfiz al-Quran dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang perihatin sama ada dari Dr Ozi juga sepupu saya, Puan Salmah dari Menara Jentayu KL, Surau An-Najah Taman Delima Sg. Petani, Dr Zaini dari Aman Suria Sg. Lalang dan lain-lain. Pembinaan akan diteruskan lagi selepas raya ini untuk dewan makan pelajar-pelajar.


Bangunan asrama yang hampir siap, pembinaan masih berjalan. InsyAllah akan diduduki selepas raya ini.









Fasa pertama sedang dalam pembinaan untuk asrama pelajar-pelajar.

Tuesday, August 2, 2011


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

1) Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

2) Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

3) Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4) Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

Semoga Allah Ta'ala memberi taufiq kepada kita untuk beramal....