السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Saturday, December 22, 2012

Perjumpaan Para- Para Hafiz Zon Utara pada 14 Dis 2012 / 1434 Bertempat Di Dewan Akedemi NAZA Gurun Kedah


Sebahagian besar Para-para Hafiz dari zon utara bermula dari Perak Utara hingga ke Perlis telah hadir di perjumpaan tersebut. Pihak Pusat Bimbingan juga telah hadir dalam perjumpaan tersebut.


 Ceramah yang disampaikan oleh YBHG Dato Sahlan Ismail.



Majlis Telah dihadiri oleh YBHG Dato Sahlan B. Ismail Setiausaha Politik Perdana Menteri, Al-Fadil Ustaz Abd Hamid Mudir Madrasah Miftahul Uloom Sri Petaling, Ustaz Hamzah dan Ustaz Amir Bin Hamzah. Pihak Huffaz berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Ybhg Dato Sahlan diatas sokongan beliau kepada Institusi Pengajian Tahfiz di Malaysia.

Friday, December 21, 2012

Cara Memotong Kuku.



Persedian untuk hari Jumaat harus bermula dari hari Khamis lagi seperti memotong kuku, bercukur, menghilangkan yang kotor-kotor dan sebagainya. Pada hari Jumaat juga disunatkan bagi orang yang pergi Solat Jumaat memakai wangian dan berbaju putih. Lebih afdhal ialah memakai jubah serban dan melengkapi cara-cara sunnah. Elakkan pergi dalam keadaan yang tidak selesa. Cara memotong kuku yang sunnah seperti disebutkan dalam Kitab Ihya Uloomuddin vol 1 muka surat 161.

Monday, October 15, 2012

Akhlaq Dalam Islam yang di ajar Oleh Nabi besar kita Muhammad s.a.w


MUQADDIMAH.

Sebagai insan yang diamanahkan untuk mengurus kehidupan di dunia serba mencabar ini, pastinya nilai murni yang mantap adalah pengaruh utama dalam membentuk kualiti dan standard value diri ini di dunia bahkan melewati sempadan akhirat.

Tanpa syak pula , Nilai Murni tersebut dengan segala ciri dan sifatnya adalah bertunjangkan Akhlak Islami yang tulen .

Dari Abi Darda’ Rha. bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ شَئٍ أَثْقَلَ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلْقِ وَ أَنَّ اللهَ تَعالى لَيَبْغَضُ اْلفَاحِشَ اْلبَذِئ

Sebahagian dari suatu yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin di akhirat kelak ialah Akhlak yang Murni dan Allah swt. sangat murka terhadap kekejian ( penyelewengan ) yang menjijikkan.
[ Diriwayatkan oleh At Tarmizi ]

Dari Abi Hurairah Rha. telah berkata : Rasulullah saw. bersabda :

مِنْ حُسْنِ اْلإِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Sebahagian daripada keelokkan Islam seseorang ialah “meninggalkan suatu yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya”

Hadith Hasan di riwayatkan oleh At Tarmizi dan lainnya dan
berkata Az Zarqani dalam Syarah Muwatta’ : 
 Sanadnya Hasan bahkan Shohih.

AKHLAK ISLAMI.

Akhlak Islami atau keperibadian Islam adalah nilai watak dan perilaku yang berasaskan prinsip “ Sifat Mahmudah” dan “Uswatun Hasanah” . Nilai ini tidak hanya lahir dari bakat dan tuah seseorang tetapi ianya perlu dibentuk dan dibina melalui system pendidikan dan penghayatan .

Rujukan rasmi untuk mencula setiap perilaku dan watak yang dimiliki oleh setiap individu agar ia menepati piawaian akhlak yang ditetapkan oleh syara’ ialah Tokoh bertaraf Rasul yang ma’sum . ( Baginda saw. ) Firman Allah swt :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw. itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al Ahzab : 21

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ

Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan Kemuliaan Akhlak.
SISTEM NILAI DALAM AKHLAK ISLAMI.

Penampilan watak dan penonjolan perilaku yang kelihatan baik pada mata kasar dan juga pandangan umum bukan merupakan indeks yang menarafkan kemurnian dan kemulian .

Sebaliknya prinsip “Sifat Mahmudah” yang direalisasi dan dihayati bersama dengan watak dan perilaku yang baik itulah menepati nilai murni dan mulia . Itulah Akhlak Islami .

Cth.1 : Seorang pekerja yang mempunyai rekod “punch card” yang baik tetapi ia datang dan pulang tanpa keikhlasan dan Itqan ( kerja bersungguh dan teliti ) dalam bekerja , ia tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

Cth. 2 : Seorang pekerja yang berupaya membukti kerajinan dan kesungguhan bekerja tetapi segalanya dilakukan tanpa tawadhu’ dan Istiqamah , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami.

Cth. 3 : Seorang yang mendapat hasil lumayan dari kerjanya yang bermutu ( gaji dan bonus ) tetapi diurus pendapatannya tanpa qanaah dan taqwa , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

PENGARUH AKHLAK ISLAMI.

1- Formula berkesan untuk membunuh segala sifat mazmumah ( keji ) yang merosakkan elemen berkat ( tambah nilai kebaikan dan produktif ) dalam tugas seharian malah seluruh kehidupan .

2- Menghiasi diri dengan Akhlak Islami dalam setiap watak dan perilaku adalah meletakkan dirinya senantiasa berada dalam Ibadah . ( Mendapat redho dan ganjaran dari Ilahi . )

3- Hubungan “Hablum minannas” menjadi erat . ( justeru semua orang suka dan percaya kepada nilai Akhlak yang mulia ) Realiti ini meletakkan kita dalam situasi yang positif dan terbaik , malah berdaya saing .

PEMBENTUKAN AKHLAK ISLAMI.

1- Tafaqquh fid Deen : adalah aktiviti wajib disertai oleh setiap individu membina Akhlak yang kontan / mantap. Ianya melalui proses mendalami sirah kehidupan Baginda rasul saw. dan memahami serta menghayati seluruh tuntutan syara’.

2- Anjakan paradigma : dengan meletakkan mindset yang positif untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hanya unsur Iradah Nafsiah ( Kehendak yang lahir dari lubuk hati sendiri ) yang benar – benar meletakkan kita mampu membentuk dan membina Akhlak Islami .

Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itulah yang bersedia merubah ( sikap dan prinsip ) diri mereka .

Doa Selamat dan Tahlil untuk Perasmian AN Sport



 Pelajar-pelajar sedang membaca Tahlil dan Doa selamat untuk perasmian Kedai AN Sport cawangan Sg. Lalang, Sg. Petani



 Sedang Menjamu selera



Pelajar-pelajar mendapat hadiah berupa T.Shirt sumbangan dari AN Sport.

Tuesday, October 9, 2012

Majlis Berbuka Puasa yang Di Anjurkan Oleh Kolej Komuniti Sg. Petani bersama Pelajar2 Tahfiz Aman Jaya Sg. Lalang





Pelajar-pelajar Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya Sg. Lalang sedang mendengar Tazkirah Ringkas Ramadhan dan Berbuka beramai-ramai..

Monday, October 8, 2012

Yang Sudah Khatam...



        
Pelajar-pelajar yang telah tamat / khatam Al-Quran sejak pembukaan hingga sekarang. Masih ada lagi pelajar yang sudah khatam tapi tidak papar di sini