السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, July 30, 2012

Hadiah Sepasang Baju Melayu Raya untuk Pelajar Tahfiz...


Seramai 22 orang pelajar di Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya Sg Lalang telah mendapat hadiah sepasang baju melayu raya daripada Individu yang mulia di bulan Ramadhan...



Wednesday, July 25, 2012

Khasiat Buah Kurma (Tamar, Date, Khajur)




Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahuwa-Taala..

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi... Syukur...



Alhamdulillah segala pujian kepada Allah Taala kerana menemukan kita lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.
Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Sg. Lalang seperti biasa meneruskan program Imam Terawih di beberapa tempat seprti Masjid Al-Makmur Sg. Lalang, Surau Al-Firdaus Desa Aman, Surau Taman Permai Bistari Sg. Lalang, Surau Seri Bayu Sg. Lalang, Surau Sekolah Teknik Sg. Petani, Surau Taman Delima Sg. Petani dan beberapa Surau lagi.

Di kesempatan ini Kami Warga Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya Sg. Lalang "Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

Sunday, May 13, 2012

Adam A.S

SUDUT INFORMASI

Di Dalam Al-Quran, nama Adam a.s disebut sebanyak 25 kali dalam 25 ayat.

  1. Surah Al-Baqarah  ayat  31,33,34,35 &37
  2. Surah Ali Imran      ayat  33 & 59
  3. Surah Al-Maidah   ayat  27
  4. Surah Al-A'raf       ayat  11,19,26,27,31,35 &127
  5. Surah Al-Israa       ayat   61 & 70
  6. Surah Al-Kahfi      ayat   50
  7. Surah Maryam      ayat    58
  8. Surah Taha           ayat    115,116,117,120 & 121
  9. Surah Yasin         ayat     60


Di dalam Ad-Durrul Mantsur disebutkan bahawa Firman Allah Taala yang bermaksud "Kamu" dalam ayat "Maka Kami Katakan, 'Turunlah kamu semua....' menurut Ibnu Abbas r.a maksudnya adalah Adam a.s, Hawa, Iblis dan ular. Kemudia mereka turun ke bumi di sebuah daerah bernama "Dajna" , yang terletak antara Mekah dan Thaif. Ada juga yang berpendapat bahawa Adam a.s turun di Sofa, dan Hawa turun di Marwah. Selain itu Ibnu Abbas r.a juga menyebut bahawa Adam a.s turun di India.

Ibnu Saad dan Ibn Asakir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang mengatakan bahawa Adam a.s di turunkan di India dan Hawa di Jeddah. Kemudian Adam a.s pergi mencari Hawa sehingga dia sampai di Jam'an (Muzdalifah atau Al-Masy'ar). Kemudian Hawa menyusul (izdalafa) Adam a.s. Oleh kerana itu, tempat itu di sebut Muzdalifah.

Di riwayatkan oleh at-Tabrani dan Abu Nuaim di dalam kitab Al-Hilyah, dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah r.a yang menceritakan Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Adam a.s telah di turunkan di India"


Di dalam riwayat at-Tabrani dari Abdullah bin Umar r.a di sebutkan yang bermaksud: "Ketika Allah Taala menurunkan Adam a.s, Dia menurunkannya di tanah India. Kemudian dia datang ke Mekah, kemudian menuju ke ke Syam (Syiria) dan meninggal di sana".  (HR Tabrani)

Dari berbagai riwayat dapatlah di simpulkan bahawa Adam a.s di turunkan di pesisir India, tepatnya di Serendib, Ceylon di atas gunung ar- Rahun (Sri Pada  'Adam Peak').



Adam Peak

Di dalam kitab Rihlah, Ibnu Batutah mengatakan, " Kedatangan ku ke negeri ini hanya untuk mengunjungi Al-Qadam al-Karimah (tapak kaki Adam). Mereka memanggil Adam. a.s sebagai panggilan 'Papa' dan memanggil Hawa dengan sebutan 'Mama'".

Menurut Ibnu Batutah, Syeikh Abu Abdullah bin Khafif adalah orang pertama kali membuka jalan untuk mengunjungi Al-Qadam Al-Karimah.

Tentang maqam Adam a.s ada yang mengatakan terlatak di gunung Abu Qubais. ada juga yang mengatakan di gunung Ar-Rahun (Sri Pada 'Adam's Peak) Sri Lanka, tempat Adam a.s pertama kali di turunkan ke bumi. Ada juga yang berpendapat setelah berlaku angintaufan, Nuh a.s mengulangi pemakamannya di Baitul Maqdis.

Pendapat yang terakhir dengan riwayat Tabrani, Ibnu Al-Atsir dan Al-Yaqubi bahawa setelah Allah Taala memberi keampunan kepada Adam a.s, maka dia di bawa oleh Jibril a.s ke Jabal Arafat. Di sana Jibril a.s mengajarnya Manasik Haji. Kemudian di maqamkan di tepi Jabal Abu Qubais.

Tuesday, May 1, 2012

Ijtima Ummat Islam

INSYA'ALLAH PERHIMPUNAN UMAT ISLAM

IJTIMA MALAYSIA. Mei-Jun 2012, 13 Kawasan:

19hb-21hb Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek BB Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22hb-24hb Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25hb-27hb Mei - Penang-Penanti Bukit Mertajam. Masjid Daerah Balik Pulau.
28hb-30hb Mei - Sg. Petani, Jitra & Perlis di Masjid An Nur Pokok Sena, Kedah.
31hb Mei-02hb Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03hb-05hb Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06hb-08hb Jun - Pahang. Kuantan. _
09hb-11hb Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12hb-14hb Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15hb-17hb Jun - Sarawak. Kuching-Sibu. _
18hb-20hb Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21hb-23hb Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Batu 6, Sapagaya, Lahad Datu.


Tuan-tuan di jemput hadir, Semoga di rahmati Allah Taala..

Thursday, March 29, 2012

Darjat Seorang Pembaca Al-Quran


KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT

Tafsir Al-Quran

Muslimin dan Muslimat yg di Muliakan Allah Taala,

Allah SWT  telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu  yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini  dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya  al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya  agar  berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Kedudukan Pembaca Quran

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu  juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Walaupun perkara ini tiada dalam syariat, tetapi membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.

Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai  bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW:

Pembaca Quran

Bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf". (Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para Nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:

Al-Quran

Bermaksud: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.

Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa  untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya  untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak menyuruh sedemikian.

Justeru itu, kami menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.

Ibu-bapa perlulah  memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran.  Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan. Setiap orang mesti berguru untuk mempelajari Al-Quran, kerana dengan bertalaqi barulah kita mendapat keberkatan menuntut Ilmu agama. Jika kita tidak berguru maka, kita akan berguru dengan syaitan.

Firman Allah SWT dalm surah al-Israa’ ayat 45:

Tafsir Quran
Maksudnya: " Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.

Monday, March 19, 2012

Sayunya bila Bacaan dan Ilmu Al-Quran ditinggalkan..



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Taala diatas segala nikmat-nikmaNya yang dianugerahkan. Dalam keseronokan kota, kekenyangan kita, kesempurnaan tidur kita pada waktu siang dan malam, kelancaran perbualan kita dengan sesiapa sahaja dan sebagainya nikmat-nikmat yang lain, jangan kita lupa ada saudara seislam kita dalam waktu yang sama tidak ada nikmat-nikmat itu semua.
Di Negara -negara Islam sekeliling kita umat Islam dalam keadaan menderita disebabkan oleh keadaan umat Islam itu sendiri. Dalam mas yang sama umat Islam tidak patuh dengan perintah Allah Taala, dan dengan senang nya meninggalkan solah contohnya tanpa rasa berdosa dan bersalah. Malah dianggap meninggalkan solah seperti meninggalkan makanan yang tidak ada selera. Jangan kita buat macam tu, kerana akibatnya kita sendiri yang menanggung segala musibah yang melanda negara orang Islam sekarang.

Mari kita fokus pada satu perkara, satu target ataupun satu bidang ilmu sahaja. Dalam satu bidang ilmu ini pun sudah ramai masyarakat kita tidak perihatin khususnya dan amnya seluruh dunia, betapa pentinganya ilmu ini diperolehi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan hendaklah kita fikir sejenak apa yang mesti kita usaha untuk mendapat satu ilmu ini.

Al-Quran adalah mukjizat Nabi s.a.w yang terbesar dan dalamnya mengandungi hidayah, shifa, dan segala kebaikan. Dengan surah Fatihah sahaja kita boleh mendapat kesembuhan penyakit, tetapi kita tidak tahu kelebihan ini kerana tidak mencari.

Fokus kita ialah lebih 70% dalam masyarakat di dunia tidak mahir membaca Al-Quran dan lebih 40% tidak boleh langsung membaca Al-Quran. Tetapi dalam masa yang sama kita boleh membaca bahan bacaan yang lain dengan begitu mahir. Dikalangan budak-budak pula amat mengecewakan keran peratus yang tinggi, umur 11 tahun keatas tidak boleh membaca dengan baik. Ada yang tidak boleh membaca Al-Quran langsung bila umur sudah mencecah 12 tahun. Ini membimbangkan kita khususnya Ustaz-ustaz (di Pusat Tahfiz kami) dan Pengajar-pengajar Al-Quran kerana mereka tidak diberi asas langsung.

Kepada ibubapa dan waris perlulah mengambil berat perkara yang sangat penting ini, kerana Al-Quran adalah menyelamatkan manusia dari segala kesesatan dan keburukan. Jika kita tidak tahu membaca Al-Quran maka kita sudah menempah kemunduran, kesesatan, kesusahan dan musibah. Al-Quran akan menjadi syafaat kita pada hari Qiamat jika kita membacanya dan menjaganya didunia. Jika dalam kehidupan dunia kita tidak kisah langsung dan memandang sepi kepada Al-Quran maka ingatlah bahawa kebinasaan layak untuk kita di dunia ini lagi dan akan berterusan di akhirat.
(Semoga Allah Taala menyelamatkan kita )


Untuk pengetahuan kita semua bahawa seorang yang mahir dan berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai perkara yang sangat penting dalam kehidupanya, maka orang ini akan mendapat kebaikan yang tidak disangka-sangka. Kepada ahli Al-Quran (Huffaz) yang berusaha bersungguh-sungguh maka tentang rezeki mereka didalam tanggungan Allah Taala. Kepada mereka yang menuntut ilmu agama khususnya Al-Quran akan mendapat kebaikan dari segi rezeki dan yang lainnya tanpa bersusah payah. Percayalah, kerana  perkara ini telah berlaku kepada ramai Huffaz yang Istiqamah dan bersungguh-sungguh. Kehidupan orang yang ada ilmu agama dan mereka mengjarnya pula kepada orang lain adalah kehidupan yang simple dan penuh dengan ketenanggan serta rezeki datang dengan begitu mudah sekali.

Sebagai orang Islam yang perihatin perlulah kita jadikan pengajian Al-Quran adalah sebagai subjek yang utama dalam keluarga kita, dan mewajiblan setiap ahli keluarga mahir dalam bacaannya. Jika kita tidak memandang serius dalam pengajian Al-Quran maka kita lah yang akan menanggung kerugian didunia ini lagi dan akan berterusan kekal di akhirat.

Mari kita lihat apa yang akan berlaku jika kita atau ahli keluarga tidak boleh membaca Al-Quran dengan mahir. Pertama sekali jika dalam kehidupan, kita tidak membaca Al-Quran maka wajah kita tidak ada nur (cahaya), kehidupan tidak ada ketenangan dan ketenteraman, kesusahan akan mudah berjangkit kepada kita dan sebagainya. Keduanya kita tidak mampu bersembahyang dengan betul dan sembahyang kita langsung tidak diterima. Sebabnya ialah tidak boleh membaca Al-Quran, dan solah kita adalah sia-sia sahaja. Kerana dalam solah memerluan seseorang pandai membaca Al-Quran. Dalam hadis ada menyebutkan bahawa yang bermaksud: "Perkara pertama yang akan dihisab adalah Solah, Jika solah elok maka semua amalan selepas solah akan diterima, jika Solah rosak maka semua amalan selepas solah akan menjadi rosak juga". Oleh itu kita perlulah fikir sejenak dimanakah kita sekarang? Adakah apa yang kita pilih dan lakukan selama ini akan menyelamatkan diri kita sendiri atau memusnahkan? Dimanakah tahap kita dalam Solah dan Pembacaan Al-Qurana?

Ketiga ialah bila seorang itu hampir kepada kematian maka perkara pertama yang dia perlu adalah bacaan Al-Quran. Jika dia seorang bapa, maka dia memerlukan anak-anaknya untuk membaca Al-Quran disisinya. Bagaimanakah kalau seorang pun ahli keluarganya tidak pandai membaca Al-Quran? Maka kepada siapakah akan dia minta pertolongan? Jiran? Sahabat handai? Keluarga terdekat? Siapa? Siapa? Sudah tentulah mereka yang boleh membaca Al-Quran dengan sempurna.

Keempat ialah bila seseorang sudah mati dan berada dalam tanah perkuburan, maka pada waktu itu dia memerlukan bekalan untuk menyelamatkan dia dari siksaan dan azab kubur. Dalam kehidupan didunia dia langsung tidak peduli dengan Al-Quran dan ahli keluarganya pun tidak boleh membaca Al-Quran. Maka bagaiman dia akan dapat bekalan untuk menyelamatkan dari siksaan kubur? Jika didunia dia selalu ambil berat dengan Al-Quran maka bila mati dia tidak akan dilupakan. Jika didunia dia suruh ahli keluarganya belajar Al-Quran maka bila dia mati keluarganya akan membaca untuknya.

Kesimpulannya kita tidak dapat lari dari kesusahan yang bersangatan apabila kita lupa Al-Quran didunia ini. Segala kesusahan, azab dan musibah akan menimpa mereka yang leka denga pengajian dan bacaan Al-Quran. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Ya Allah, Selamtakanlah kami dari segala kesusahan di akhirat kelak dan jadikan Al-Quran sebagai syafaat untuk kami....