السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Wednesday, November 30, 2011

Info Tentang Pengumpulan Hadis

Alhamdulillah syukur kepada-Nya diatas nikmat-nikmat-Nya kerana telah mengutus seorang Nabi yang membawa rahmat keseluruh alam. Para Ulama adalah pewaris Baginda s.a.w dan mereka telah berkorban untuk menyebarkan agama keseluruh alam.

SEJARAH PENGUMPULAN HADIS

1.Tempoh riwayat Hadith dengan Lisan dan Menjaganya dengan Hafalan (abad ke-I H)

Pada tempoh itu (para sahabat dan tabi'in) hadith belum dibukukan melainkan dijaga dalam hafalan, kerana nabi SAW pernah melarang mereka menulis hadith-hadith beliau sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : Janganlah kalian menulisi dariku selain al-Qur'an, dan barangsiapa yang telah menulis sesuatu selain al-Qur'an maka ia harus menghapusnya. Walaupun akhirnya beliau nabi SAW membolehkannya, yaitu pada hari fatah Makkah pada para sahabat : Tulislah apa yang aku sampaikan untuk abu Syah. Dan membolehkan AbduLLAH bin Amr bin Ash untk menulis hadits-hadits darinya.



Ketika nabi SAW wafat para sahabat mengambil langkah untuk menulis al-Qur'an dalam bentuk mushaf dan tidak membukukan hadits nabi SAW melainkan bersungguh-sungguh menyebarkannya dalam bentuk hafalan mereka.


2.Tempoh Penulisan dan Pembukuan Hadith (abad ke-II H)

Apabila Islam telah berkembang,maka telah tersebar para sahabat ke seluruh alam dan sebagian lagi telah wafat, maka mulai terasa perlunya pembukuan hadits. Hal ini menggerakkan khalifah Umar bin Abdul Aziz (99H-101H) memerintahkan para ulama terutama Abubakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm (qadhi Madinah) dan Muhammad bin Muslim bin UbaidiLLAH bin AbduLLAH bin Syihab az Zuhri al-Madani (tokoh ulama Hijaz dan Syam 124 H).

Setelah kedua tokoh ulama ini bangun mengumpul hadith maka mulailah banyak yang mengikutinya mereka seperti Ibnu Juraij (150-H) dan Ibnu Ishaq (151-H) di Makkah; Ma'mar (153-H) di Yaman; al-Auza'i (156-H) di Syam; Malik (179-H), Abu Arubah (156-H) dan Hammah bin Salamah (176-H) di Madinah; Sufyan ats-Tsauri (161-H) di Kufah; AbduLLAH bin Mubarak (181-H) di Khurasan; Husyaim (188-H) di Wasith; Jarir bin abdul Hamid (188-H) di Ray. Mereka tidak hanya menulis hadits-hadits nabi SAW saja, tetapi juga sifat-sifat Rasulullah S.A.W


Kitab-kitab hadits yang masyhur pada masa itu adalah :
(1) Mushannaf oleh Syu'bah bin al-Hajjaj (160-H) 
(2) Mushannaf oleh Al-Laits bin Sa'ad (175-H) 
(3) Al-Muwaththa' oleh Malik bin Anas al-Madani, Imam Darul Hijrah (179-H). 
(4) Mushannaf oleh Sufyan bin Uyainah (198-H) 
(5) Al-Musnad oleh asy-Syafi'i (204-H) 
(6) Jami al-Imam oleh Abdurrazzaq bin Hammam ash-Shan'ani (211-H) 
 

3. Tempoh pengasingan Hadith dari Perkataan para Shahabat dan Tabi'in (abad ke-III H)

 
Dipilih hanya hadith-hadith nabi SAW saja, mulailah ulama-ulama menyusun kitab-kitab musnad yang bersih dari fatwa-fatwa, seperti musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun demikian, masih tercampur dengan hadith-hadith dha'if dan juga hadith maudhu', sehingga pada pertengahan abad-III para ulama membuat kaedah-kaedah dan syarat-syarat dalam pengumpulan hadith shahih. Sehingga muncul idea-idea untuk mengumpulkan hadith-hadith yang sahih-sahih saja yang disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Bardizbah al-Bukhari (Imam Bukhari) dengan karyanya Jami'us Shahih dan disusul oleh muridnya Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim), sehingga abad ini merupakan abad keemasan bagi ilmu hadith dengan munculnya para ahli hadith terkemuka dan dinamakan kutubus-sittah (6 kumpulan hadits) yang memuat hampir seluruh hadits-hadits yang shahih.

Diantara kitab-kitab hadits yang sudah tersusun waktu itu adalah :
(1) Mushannaf Said bin Manshur (227-H)
(2) Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (235-H)
(3) Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (241-H)
(4) Shahih al-Bukhari (251-H)
(5) Shahih Muslim (261-H)
(6) Sunan Abu Daud (273-H)
(7) Sunan Ibnu Majah (273-H)
(8) Sunan At-Tirmidzi (279-H)
(9) Sunan An-Nasa'i (303-H)
(10) Al-Muntaqa fil Ahkam Ibnu Jarud (307-H)
(11) Tahdzibul Atsar Ibnu Jarir at-Thabari (310-H) 



4.Penyempurnaan (Abad-IV H) 



Permisahan antara ulama mutaqaddimin (salaf) kaedah mereka adalah berusaha dalam meneliti setiap perawi, menghafal hadith serta menyelidiki sanad hadith itu sampai kepada sahabat dan tabi'in. Sedangkan ulama muta'akhkhirin (khalaf) mereka dalam menyusun hadith adalah dengan memetik dari kitab-kitab yang telah disusun oleh ulama salaf mereka mensyarahnya (memberikan ulasan tentang isi hadits-hadits tersebut).

Kitab-kitab hadits yang termasyhur pada abad ini diantaranya adalah :
(1) Shahih Ibnu Khuzaimah (311-H)
(2) Shahih Abu Awwanah (316-H)
(3) Shahih Ibnu Hibban (354-H)
(4) Mu'jamul Kabir, Ausath dan Shaghir, oleh At-Thabrani (360-H)
(5) Sunan Daraquthni (385-H) 



5. Penyusunan Kitab-kitab Hadits (Abad-V H)

mereka menyusunkan hadits-hadith dari segi kandungan dan tajuk-tajuk yang sama. Disamping itu juga menghurai dan meringkaskan kitab-kitab hadith sebelumnya, sehingga muncullah berbagai kitab-kitab hadith hukum seperti :
(1) Sunanul Kubra, al-Baihaqi (384-458 H).
(2) Muntaqal Akhbar, Majduddin al-Harrani (652-H).
(3) Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar al-Asqalani (852-H). 


Dan berbagai kitab targhib wa tarhib (kitab fadhilat untuk mendatangkan keghairahan untuk beramal dan mengancam bagi yang lalai), seperti :
(1) At-Targhib wa Tarhib, Imam al-Mundziri (656-H).
(2) Riyadhus Shalihin, oleh Imam Nawawi (767-H).


Saturday, October 1, 2011

Bangunan Asrama dan Dewan Makan yang hampir siap




Dewan makan pelajar dan tempat masak yang hampir siap




Asrama pelajar yang baru siap dan sudah di duduki

Monday, August 29, 2011

Syawal 2011




Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita dari segala dosa-dosa yang dilakukan dengan sengaja dan tidak sengaja.

Semoga Allah Ta'ala mengasihani kita disebabkan kelemahan dan kelalaian di sepanjang Ramadhan yang mulia.

Friday, August 12, 2011

Aktiviti-aktiviti Pelajar PBTAAJAYA



Pelajar-pelajar sedang berbuka puasa bersama-sama para jemaah Surau Al-Firdaus. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Tuan Haji Fathurrahman, T.Pengerusi Cikgu Atiqurahman dan semua AJK-AJK Surau dan tidak lupa juga kepada Haji Kechik (Abg Cik) dan pembantu-pembantunya kerana banyak jasa mereka didalam penyediaan juadah berbuka setiap hari. Antara aktiviti-aktiviti ialah menjadi Imam Solat Teraweh dibeberapa masjid dan surau sekitar Sg Lalang dan Sg Petani. Pelajar-pelajar yang mampu untuk menjadi imam maka mereka akan dikedepankan dan juga berbuka bersama orang ramai. Inilah antara aktiviti sepanjang Ramadhan setiap tahun.


Penuhilah masa di Ramadhan ini dengan ibadat.



Pelajar-pelajar sedang bermuzakarah secara berkumpulan selepas solat zohor pada setiap hari.

Asrama yang Sedang Dibina

Alhamdulillah syukur atas nikmat-nikmat Allah Ta'ala dengan segala kemudahan yang diberi kepada Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya. Pada mulanya hendak membina dua tingkat asrama tetapi disebabkan beberapa masalah seperti kewangan yang terhad maka kami telah memutuskan pembinaan untuk satu tingkat sahaja. Tidak Lupa juga kepada penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang untuk meningkatkan lagi pengajian Tahfiz al-Quran dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang perihatin sama ada dari Dr Ozi juga sepupu saya, Puan Salmah dari Menara Jentayu KL, Surau An-Najah Taman Delima Sg. Petani, Dr Zaini dari Aman Suria Sg. Lalang dan lain-lain. Pembinaan akan diteruskan lagi selepas raya ini untuk dewan makan pelajar-pelajar.


Bangunan asrama yang hampir siap, pembinaan masih berjalan. InsyAllah akan diduduki selepas raya ini.









Fasa pertama sedang dalam pembinaan untuk asrama pelajar-pelajar.

Tuesday, August 2, 2011


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

1) Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

2) Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

3) Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4) Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

Semoga Allah Ta'ala memberi taufiq kepada kita untuk beramal....

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Khutbah Nabi s.a.w diakhir Syaaban:
Wahai sekalian manusia telah muncul kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.
Satu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya daripada seribu bulan.Inilah bulan Allah Ta'ala memfardhukan keatas kamu berpuasa disiang hari dan menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari, sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah ta'ala melalui amalan-amalan sunat di bulan Ramadan maka dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu. Sesiapa yang melakukan satu amalan fardhu maka akan dibalasi 70 kali amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.

Ini adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Inilah bulan simpati terhadap sesama manusia, dibulan inilah rezeki orang-orang beriman di tambah.Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan dari dosanya dan dibebaskan dari api neraka, dan juga memperolehi ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.

Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi “Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?”
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : “Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi walaupun hanya sebiji tamar (sebiji kurma)atau seteguk air atau sesisip susu untuk orang berbuka puasa. Inilah bulan yang pada awalnya merupakan rahmat,dipertengahannya merupakan pengampunan dan diakhirnya merupakan kebebasan dari api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang kamu mesti perlukan. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah Ta'ala (LAAILAHAILLALLAH)dan kamu memohon istigfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang mesti kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah Ta'ala dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah Ta'ala akan memberinya minum dari telagaku (pada hari qiamat), dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga.

(H.R Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya)

KAMI WARGA PUSAT BIMBINGAN TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA BUDIMAN..