السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Monday, August 29, 2011

Syawal 2011




Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita dari segala dosa-dosa yang dilakukan dengan sengaja dan tidak sengaja.

Semoga Allah Ta'ala mengasihani kita disebabkan kelemahan dan kelalaian di sepanjang Ramadhan yang mulia.

Friday, August 12, 2011

Aktiviti-aktiviti Pelajar PBTAAJAYA



Pelajar-pelajar sedang berbuka puasa bersama-sama para jemaah Surau Al-Firdaus. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Tuan Haji Fathurrahman, T.Pengerusi Cikgu Atiqurahman dan semua AJK-AJK Surau dan tidak lupa juga kepada Haji Kechik (Abg Cik) dan pembantu-pembantunya kerana banyak jasa mereka didalam penyediaan juadah berbuka setiap hari. Antara aktiviti-aktiviti ialah menjadi Imam Solat Teraweh dibeberapa masjid dan surau sekitar Sg Lalang dan Sg Petani. Pelajar-pelajar yang mampu untuk menjadi imam maka mereka akan dikedepankan dan juga berbuka bersama orang ramai. Inilah antara aktiviti sepanjang Ramadhan setiap tahun.


Penuhilah masa di Ramadhan ini dengan ibadat.



Pelajar-pelajar sedang bermuzakarah secara berkumpulan selepas solat zohor pada setiap hari.

Asrama yang Sedang Dibina

Alhamdulillah syukur atas nikmat-nikmat Allah Ta'ala dengan segala kemudahan yang diberi kepada Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya. Pada mulanya hendak membina dua tingkat asrama tetapi disebabkan beberapa masalah seperti kewangan yang terhad maka kami telah memutuskan pembinaan untuk satu tingkat sahaja. Tidak Lupa juga kepada penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang untuk meningkatkan lagi pengajian Tahfiz al-Quran dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang perihatin sama ada dari Dr Ozi juga sepupu saya, Puan Salmah dari Menara Jentayu KL, Surau An-Najah Taman Delima Sg. Petani, Dr Zaini dari Aman Suria Sg. Lalang dan lain-lain. Pembinaan akan diteruskan lagi selepas raya ini untuk dewan makan pelajar-pelajar.


Bangunan asrama yang hampir siap, pembinaan masih berjalan. InsyAllah akan diduduki selepas raya ini.









Fasa pertama sedang dalam pembinaan untuk asrama pelajar-pelajar.

Tuesday, August 2, 2011


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

1) Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

2) Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

3) Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4) Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

Semoga Allah Ta'ala memberi taufiq kepada kita untuk beramal....

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Khutbah Nabi s.a.w diakhir Syaaban:
Wahai sekalian manusia telah muncul kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.
Satu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya daripada seribu bulan.Inilah bulan Allah Ta'ala memfardhukan keatas kamu berpuasa disiang hari dan menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari, sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah ta'ala melalui amalan-amalan sunat di bulan Ramadan maka dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu. Sesiapa yang melakukan satu amalan fardhu maka akan dibalasi 70 kali amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.

Ini adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Inilah bulan simpati terhadap sesama manusia, dibulan inilah rezeki orang-orang beriman di tambah.Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan dari dosanya dan dibebaskan dari api neraka, dan juga memperolehi ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.

Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi “Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?”
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : “Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi walaupun hanya sebiji tamar (sebiji kurma)atau seteguk air atau sesisip susu untuk orang berbuka puasa. Inilah bulan yang pada awalnya merupakan rahmat,dipertengahannya merupakan pengampunan dan diakhirnya merupakan kebebasan dari api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang kamu mesti perlukan. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah Ta'ala (LAAILAHAILLALLAH)dan kamu memohon istigfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang mesti kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah Ta'ala dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah Ta'ala akan memberinya minum dari telagaku (pada hari qiamat), dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga.

(H.R Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya)

KAMI WARGA PUSAT BIMBINGAN TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA BUDIMAN..

Friday, April 29, 2011

Bangunan Asrama 2 Tingkat

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokaatuh.. Kepada semua ummat Islam. Syukur diatas segala nikmat-nikmat Allah Ta'ala yang dianugerahkan kepada kita. Pihak Pusat Bimbingan Tahfiz al-Quran Aman Jaya Sungai Lalang Kedah Darul Aman memerlukan dana untuk membangunkan bangunan asrama 2 tingkat diatas tanah kosong dibelakang bangunan kelas. Sekarang ini kami menyewa tiga buah rumah sebagai asrama pelajar-pelajar. Kepada tuan/puan yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Islam atas nama (MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA, N0 akaun: 02020010048741) Bank Islam Sungai Petani. Pihak Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran juga membuka wakaf RM 100 sekaki persegi. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyumbang kepada kami untuk memajukan Pengajian Tahfiz dinegara ini. Penyumbang-penyumbang ada yang dari Sg. lalang, Sg. Petani, Kakitangan-kakitangan Petronas Fertilizer Gurun Kedah, Kuala Lumpur dan sebagainya. Special thanks untuk Bapa saudara saya Dato Haji Azaham bin Abdul Wahab dan isteri, bapa-bapa saudara yang lain, keluarga-keluarga dan saudara-mara terdekat yang banyak menyokong sejak permulaan pembukaan Tahfiz ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak surau Al-Firdaus Taman Desa Aman Sg.Lalang yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan untuk memajukan Intitusi Pengajian Tahfiz Al-Quran di Sg. Lalang. Dibawah adalah gambar sebidang tanah untuk didirikan asrama tersebut dan pelan pembangunan 2 tingkat.
Klik dan besarkan gambar serta pelan bangunan dibawah. Jazakumullah.




Pelan Bangunan 2 Tingkat.
Keluasan Bangunan (24*44*20 ' Tinggi). Anggaran Kos Keseluruhan adalah seperti berikut :
1) Kos Bangunan 24*44 = 1056*120 = RM 1,26720.00.
2) Kos Elektrik = (Jurutera Elektrik). 3) Kos Tambahan (Tandas/kolah/longkang/paip) = RM 10,500.00. 4) Lain-lain Kos Sekiranya ada Tambahan. Anggaran Kos Keseluruhan: RM200,000