السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KEPADA DATO/DATIN/ TUAN/PUAN YANG BUDIMAN, KAMI MEMERLUKAN SEBARANG SUMBANGAN ATAU ZAKAT UNTUK KEPERLUAN/PEMBIAYAAN PUSAT TAHFIZ INI. SEMOGA SEGALA KEPERIHATINAN DAN SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AKAN DIBERI PAHALA DENGAN SETIAP HURUF YANG DIBACA OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JUGA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

EMAIL: pbtaajaya@gmail.com

AKAUN BANK ISLAM (SG. PETANI):

(MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AMAN JAYA)

02020010048741

Thursday, February 18, 2010

AL-QURAN




Al-Quran Kariim adalah mukjizat Islam yang kekal yang di turunkan oleh Allah Ta'ala ke atas Rasul kita Muhammad s.a.w untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada nur (cahaya). Memberi hidayah (petunjuk) kepada mereka ke arah jalan yang lurus. Apabila Al-Quran di turun maka Nabi s.a.w telah menyampaikan-nya kepada sahabat-sahabat r.anhum yang mana mereka ini adalah bangsa arab dan memahami bahasa Al-Quran. Apabila mereka tidak memahami sesetengah ayat-ayat Al-Quran maka mereka akan bertanya kepada Nabi s.a.w tentang-nya.


Di riwayatkan daripada Abdul Rahman As Sulami, dia telah berkata: Telah menceritakan kepada kami mereka yang membaca Al-Quran, seperti Usman bin Affan, Abdullah bin Mas'ud dan yang lain r.anhum: Apabila mereka (Sahabat-sahabat) telah belajar daripada sepuluh ayat daripada Nabi s.a.w maka mereka tidak akan tambah sehingga mereka dapat menguasai ilmu dan beramal. Sahabat telah berkata: Kami telah belajar Al-Quran beserta ilmu dan amal sekaligus.

Nabi s.a.w tidak membenarkan sahabat-sahabat menulis apa-apa sabdaan-nya melainkan Al-Quran kerana khuatiri mereka akan tersalah dalam penulisan.

Ulama tafsir di kalangan Sahabat:
1) Khulafa Ar-Rashidin
2) Ibn Mas'ud
3) Ibn Abbas
4) Ubay bin Ka'ab
5) Zaid bin Thabit
6) Abu Musa Al-As'ari
7) Abdullah bin Zubair (R.Anhum)

Pelajar-pelajar Ibn Abbas r.a yang masyhur di Mekah:
1) Said bin Jubir
2) Mujahid
3) I'kramah
4) Taaus bin Kaisan Al-Yamani
5) A'taa bin Abi Rabah (R.Alaihim)

Pelajar-pelajar Ibn Mas'ud r.a yang masyhur di Iraq:
1) A'lqamah bin Qais
2) Masruq
3) Al-Aswaad bin Yazid
4) Aa'mir bin Sya'bi
5) Hasan Basri
6) Qatadah bin Dia'mah As-Sudusi (R.Alaihim)

Monday, February 8, 2010

الاسمأ الحسني






اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى
Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai Al-asmaaul Husna (nama-nama yang baik). Ta-ha :8

قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيّاً مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al -asmaaul Husna. Al-Israa :110

Asmaaul Husna

1)
الرحمن
Maha Pengasih
2)
الرحيم
Maha Penyayang
3)
الملك
Raja segala raja/Memerintah
4)
القدوس
Maha Suci
5)
السلام
Maha Memberi Kesejahteraan
6)
المؤمن
Yang Memberi Keamanan
7)
المهيمن
Maha Pemelihara
8)
العزيز
Maha Gagah
9)
الجبار
Maha Perkasa
10)
المتكبر
Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11)
الخالق
Maha Pencipta
12)
البارئ
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13)
المصور
Yang Membentuk Rupa (makhluk-Nya)
14)
الغفار
Maha Pengampun
15)
القهار
Yang Memaksa
16)
الوهاب
Maha Pemberi Kurnia
17)
الرزاق
Maha Pemberi Rejeki
18)
الفتاح
Maha Pembuka Rahmat
19)
العليم
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20)
القابض
Yang Menyempitkan (makhluknya)
21)
الباسط
Yang Melapangkan (makhluknya)
22)
الخافض
Yang Merendahkan (makhluknya)
23)
الرافع
Yang Meninggikan (makhluknya)
24)
المعز
Yang Memuliakan (makhluknya)
25)
المذل
Yang Menghinakan (makhluknya)
26)
السميع
Maha Mendengar
27)
البصير
Maha Melihat
28)
الحكم
Maha Menetapkan
29)
العدل
Maha Adil
30)
اللطيف
Maha Lembut
31)
الخبير
Maha Mengetahui Rahasia
32)
الحليم
Maha Penyantun
33)
العظيم
Maha Agung
34)
الغفور
Maha Pengampun
35)
الشكور
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36)
العلى
Maha Tinggi
37)
الكبير
Maha Besar
38)
الحفيظ
Maha Menjaga
39)
المقيت
Maha Pemberi Kecukupan
40)
الحسيب
Maha Membuat Perhitungan
41)
الجليل
Maha Mulia
42)
الكريم
Maha Pemurah
43)
الرقيب
Maha Mengawasi
44)
المجيب
Maha Mengabulkan
45)
الواسع
Maha Luas
46)
الحكيم
Maka Bijaksana
47)
الودود
Maha Pencinta
48)
المجيد
Maha Mulia
49)
الباعث
Maha Membangkitkan
50)
الشهيد
Maha Menyaksikan
51)
الحق
Maha Benar
52)
الوكيل
Maha Memelihara
53)
القوى
Maha Kuat
54)
المتين
Maha Teguh
55)
الولى
Maha Melindungi
56)
الحميد
Maha Terpuji
57)
المحصى
Maha Menghitung
58)
المبدئ
Maha Memulai
59)
المعيد
Maha Mengembalikan Kehidupan
60)
المحيى
Maha Menghidupkan
61)
المميت
Maha Mematikan
62)
الحي
Maha Hidup
63)
القيوم
Maha Mandiri
64)
الواجد
Maha Penemu
65)
الماجد
Maha Mulia
66)
الواحد
Maha Esa
67)
الاحد
Maha Esa
68)
الصمد
Tempat Meminta
69)
القادر
Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70)
المقتدر
Maha Berkuasa
71)
المقدم
Maha Mendahulukan
72)
المؤخر
Maha Mengakhirkan
73)
الأول
Maha Awal (Alfa)
74)
الأخر
Maha Akhir (Omega)
75)
الظاهر
Maha Nyata
76)
الباطن
Maha Ghaib
77)
الوالي
Maha Memerintah
78)
المتعالي
Maha Tinggi
79)
البر
Maha Penderma
80)
التواب
Maha Penerima Tobat
81)
المنتقم
Maha Penyiksa
82)
العفو
Maha Pemaaf
83)
الرؤوف
Maha Pengasih
84)
مالك الملك
Penguasa Kerajaan (Semesta)
85)
ذو الجلال و الإكرام
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86)
المقسط
Maha Adil
87)
الجامع
Maha Mengumpulkan
88)
الغنى
Maha Berkecukupan
89)
المغنى
Maha Memberi Kekayaan
90)
المانع
Maha Mencegah
91)
الضار
Maha Memberi Derita
92)
النافع
Maha Memberi Manfaat
93)
النور
Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94)
الهادئ
Maha Pemberi Petunjuk
95)
البديع
Maha Pencipta
96)
الباقي
Maha Kekal
97)
الوارث
Maha Pewaris
98)
الرشيد
Maha Pandai
99)
الصبور
Maha Sabar

Friday, January 8, 2010

Ekonomi Meleset

Dorothea Lange menggambarkan pekerja miskin di California Mac 1936

Mangsa-mangsa yang menderita hasil dari amalan manusia yang rosak.

Zaman Meleset (The Great Depression) ialah satu tempoh penuh drama yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar 1920-an dan 1930-an. Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia dan sering digunakan pada abad ke-21 sebagai kayu pengukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Para sejarawan besepakat bahawa zaman kemelesetan ini bermula di Amerika Syarikat, apabila pasaran sahamnya jatuh merudum pada 29 Oktober 1929 dan peristiwa ini dikenali sebagai Keruntuhan Wall Street 1929 atau Black Tuesday. Ini diikuti pula dengan penurunan di Eropah dan Australia. Asia turut menderita kerana terdapat rakan dagang yang menjadi miskin dan tidak bekerjasama. Kemelesetan ini dikatakan tamat di ambang Perang Dunia Kedua sekitar 1939 disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi.
Kemelesetan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedua-dua negara-negara perindustrian dan pengeksport galian mentah. Perdagangan antarabangsa turun mendadak sebagaimana pendapatan persendirian, hasil cukai, harga-harga dan keuntungan. Bandar-bandar di seluruh dunia menerima kesan paling teruk terutamanya yang bergantung kepada industri berat. Projek pembinaan dihentikan hampir serta-merta di merata-rata tempat. Pertanian dan kawasan luar bandar mengalami kejatuhan harga tanaman sekitar 40 dan 60 peratus. Kawasan-kawasan yang sering bergantung kepada satu-satunya sektor perusahaan utama seperti perladangan, perlombongan dan pembalakan mengalami kesan yang paling teruk akibat peningkatan mendadak terhadap pekerjaan meskipun memiliki sumber lain yang sedikit. Walaupun selepas Bursa Saham New York baru sahaja jatuh merudum pada tahun 1929, semangat optimistik masih ada. John D.Rockefeller pernah berkata,
“Ada hari yang kebanyakan orang akan tawar hati. Sepanjang 93 tahun hidup saya, kemelesetan telah datang dan pergi. Kemakmuran pernah kembali, dan akan kembali semula.”
Zaman Meleset ini berakhir pada waktu yang berbeza-beza di pelbagai negara. Kebanyakan negara telah melancarkan rancangan bantuan manakala sesetengahnya yang lain mengalami pergolakan politik yang menolak mereka ke kiri dan ke kanan. Di beberapa buah negara pula, rakyatnya beralih arah kepada demagog nasionalis - contoh paling terkenal ialah Adolf Hitler - yang menyediakan pentas untuk Perang Dunia Kedua.

"Apa saja yang berlaku di dalam dunia ini datangnya dari Allah Ta'ala. Kehinaan dan kemuliaan, kebaikan dan keburukan, susah dan senang, hidup dan mati dan sebagainya datang dari Tuhan yang Maha Kuasa. Mesti lah kita sebagai hamba yang sangat dhaif merujuk dan meminta dari-Nya..Ya Allah bantu lah orang Islam di setiap tempat."

Friday, December 18, 2009

Syarat-syarat Untuk Menjalankan Perniagaan dan Lain-lain Pekerjaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Memelihara niat
Telah di riwayatkan dalam hadis tentang penghisaban (perhitungan) yang akan di jalankan pada hari qiyamat. Ada 3 golongan manusia yang terlebih dahulu di hisab: 1) Orang yang mati syahid 2) Seorang Alim 3) Orang kaya. Pertama yang akan di bawa di hadapan ialah orang syahid, beliau akan di tanya tentang semua nikmat-nikmat yang di beri kepadanya. Beliau mengaku telah menerima segala nikmat dari Allah Ta'ala. Kemudian Allah Ta'ala akan bertanya: "Sebagai balasan bagi segala nikmat tersebut, apakah amalan kebaikan yang telah kamu lakukan?" lelaki itu menjawap: "Aku telah berjuang di jalan-Mu semata-mata kerana-Mu sehingga aku gugur syahid." Allah Ta'ala akan menjawap: "Kamu telah berdusta. Adapun kamu hanya berperang agar orang akan mengatakan kamu sebagai seorang yang berani." Kemudian Allah Ta'ala akan memerintah malaikat supaya mengheret lelaki tersebut dengan kepalanya di bawah dan mencampakkannya ke dalam neraka.
Kemudian seorang alim telah di bawa ke hadapan Allah Ta'ala. Orang alim itu telah belajar dan mengajar Al-Quran. Allah Ta'ala juga akan menunjukkan segala nikmat yang telah di berikan kepadanya. Si alim ini juga di tanya seperti si syahid tersebut. Orang alim itu akan berkata: "Aku telah belajar dan mengajar Al-Quran semata-mata kerana-Mu." Allah Ta'ala berfirman:
"Kamu telah berdusta. Kamu telah belajar agama supaya orang mengatakan kamu seorang alim. Kamu telah membaca Al-Quran supaya orang ramai memanggil kamu seorang qari yang baik."
Kemudian Allah Ta'ala memerintahkan agar lelaki alim itu di campakkan ke dalam neraka."
Seorang lelaki kaya pula di bawa ke hadapan Allah Ta'ala. Allah swt akan menunjukkan segala nikmat yang telah di berikan kepada si kaya itu di mana dia akan di tanya mengenai segala nikmat tersebut. Beliau mengaku segala nikmat tersebut dan akan di tanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan segala nikmat yang di beri?" Si kaya itu menjawap: "Aku tidak pernah lalai untuk bersedekah semata-mata kerana-Mu" Allah Ta'ala pun berfirman: "Kamu telah berdusta. Kamu telah membelanjakan harta kamu semata-mata untuk di gelar seorang pemurah." Kemudian Allah Ta'ala memerintahkan supaya si kaya itu di campakkan ke dalam neraka.

Di dalam hadis ini, kita dapat lihat betapa mulianya belajar ilmu agama dan mengajar Al-Quran, syahid di jalan Allah dan sifat pemurah. Namun demikian, di sebabkan niat yang tidak ikhlas, mereka di campakkan terlebih dahulu ke dalam neraka.

Jangan Menzalimi Orang Lain
Nabi s.a.w bersabda: من اخذ شبرا من الارض ضلما فانه يطوقه يوم القيامة من سبع ارضين

"Barangsiapa yang mengambil sejengkal tanah dengan kezaliman, lehernya akan di ikat dengan tujuh petala bumi pada hari qiyamat." (Misykat)

Mempelajari ilmu Syariat berkaitan bidang yang di ceburi
Adalah penting untuk di ingatkan bahawa dalam mencari rezeki hukum-hukum syariat mestilah di ikuti. Imam Ghazali r.alaih telah menulis dalam kitab Ihya Ulumuddin: "Adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang terlibat dalam perniagaan untuk mempelajari ilmu mengenai urusan jual beli. Imam Syafi'e r.a telah menulis dalam kitabnya Ar-Risalah dan Imam Ghazali r.a dalam Ihya Ulumuddin bahawa Ulama telah bersepakat adalah tidak di benarkan kepada sesiapa pun untuk memulakan sebarang urusan sehingga beliau mengetahui hukum Allah Ta'ala berkenaan dengan urusan tersebut. Imam Qaraakhi Maliki r.a telah menulis di dalam kitab furu': "Barangsiapa yang mahu menjalankan perniagaan adalah wajib atas individu tersebut untuk mengetahui perintah Allah Ta'ala mengenai urusan perniagaan. Sesiapa yang mahu menerima sebarang tawaran pekerjaan, wajib atasnya untuk mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan kontrak pekerjaan itu. Sesiapa yang menjalankan perniagaan yang berdasarkan bisnes pinjam meminjam, dia juga mesti tahu undang-undang tentang bisnes tersebut.

Allah Ta'ala berfirman: ولا تقف ما ليس لك به علم
"Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu mengenainya"
Sehubungan dengan kepentingan ilmu ini, Nabi s.a.w telah bersabda:
طلب لعلم فريضة علي كل مسلم
"Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam"

Imam Syafi'e r.a telah berkata: "Tanggungjawap untuk menuntut ilmu terbahagi kepada dua 1)Fardhu Ain 2)Fardhu Kifayah"
Fardhu ain adalah ilmu yang mesti di ketahui oleh setiap orang Islam dalam kehidupan sehariannya dan wajip ke atasnya menuntutnya. Selain daripada itu adalah termasuk fardhu kifayah.
Telah di riwayatkan bahawa Umar r.a suatu ketika telah menyuruh seorang lelaki pergi ke pasar. Beliau berkata kepada lelaki itu:''Jika terdapat sesiapa sahaja di pasar itu yang tidak mengetahui undang-undang jual beli, maka hendaklah kamu mengusirnya."

Monday, December 14, 2009

Sahabat-sahabat r.anhum Yang Terlibat dalam Perniagaan

1) Abu Bakar r.a
Di kalangan sahabat-sahabat r.anhum, Abu Bakar r.a amat di kenali sebagai seorang ahli perniagaan. Telah di nukilkan di dalam kitab Al-Isobah bagaimana sebelum bermulanya sejarah Islam, beliau memiliki sebanyak 40 dirham yang di gunakannya untuk membeli hamba-hamba dengan tujuan untuk membebaskan mereka supaya mereka melakukan kerja kebaikan. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan, sehinggakan apabila beliau sampai di Madinah sewaktu hijrah beliau hanya memiliki 5000 dirham. Beliau tidak memiliki apa-apa sewaktu kematiannya.
Ibnu Sa'ad r.a telah meriwayatkan bahawa selepas perlantikan Abu Bakar r.a sebagai khalifah, pagi-pagi lagi beliau telah keluar dari rumahnya dengan membawa satu bungkusan pakaian menuju ke pasar dengan tujuan menjualnya.


2) Umar r.a
Umar r.a pernah juga menjadi peniaga. Beliau juga telah meriwayatkan di dalam beberapa kesempatan : "Melainkan mati dalam berjihad di jalan Allah, tiada yang lebih aku cintai dari memperolehi sumber kehidupan hasil penat dan tulang empat keratku." Beliau sering membacakan ayat di bawah ini:
وءاخرون يضربون في الارض يبتغون من فضل الله

"Dan ada orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian dari kurniaan Allah."
(Al-Muzammil: 20)

3) Usman Bin Affan r.a
Usaman Bin Affan r.a juga seorang ahli perniagaan, sebelum dan selepas keislamannya. Di dalam kitab Mishkat, ada hadis memberitakan bahawa dalam peperangan Tabuk, beliau telah menyediakan 300 ekot unta dan peralatan perang yang lain-lain. Menurut satu hadis yang lain, dalam peperangan yang sama juga beliau telah membelanjakan sebanyak 41,000 dinar dan dei serahkan kepada Nabi s.a.w untuk membiayai peperangan tersebut. Nabi s.a.w bersabda kepadanya: "Selepas hari ini, jika Usman tidak melakukan lain-lain amalan pun ia tidak akan memudharatkannya" Baginda s.a.w telah mengulangi sebanyak 2 kali.

4) Khadijah r.anha
Nama Khadijah r.anha telah tersenarai dalam golongan ahli perniagaan di dalam kitab Tarateeb Al-Idaariya. Kisah beliau menghantar kafilah ke Syria untuk membeli dan menjual barangan adalah amat masyhur.

5) Zubair Bin Awwam r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan yang masyhur di kalangan sahabat-sahabat r.anhum. Suatu hari seseorang telah bertanya kepada beliau : "Bagaimana kamu boleh mendapat keuntungan yang banyak dari perniagaan?"
Beliau menjawap: "Aku tidak pernah membeli barang yang rosak untuk di perdagangkan dan tidak pernah berkeinginan untuk membuat keuntungan. Akan tetapi Allah Ta'ala telah mengurniakan keuntungan kepada siapa saja yang di kehendaki-Nya.

6) Abdul Rahman Bin A'uf r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan yang masyhur. Di dalam Sahih Bukhari telah di riwayatkan bahawa abdul Rahman bin A;uf r.a telah menceritakan kisahnya sebagaimana berikut:
"Apabila kami sampai di Madinah, Nabi s.a.w telah menyadarakan dengan Sa'ad bin Rabi' r.a. Saad telah berkata kepada ku: "Di kalangan orang Ansar aku adalah yang terkaya. Aku amat berbesar hati untuk memberi separuh harta ku kepada mu. Aku mempunyai 2 orang isteri, aku akan menceraikan salah seorang dari mereka untuk mu. Siapa saja yang kamu suka maka pilih sajalah. Aku akan menceraikannya agar selepas i'ddahnya kamu boleh mengahwininya"
Aku berkata:
با رك الله في اهلك و مالك
"Allah memberkati keluarga dan hartamu"
Janganlah menyusahkan dirimu sendiri. Kamu tunjukkanlah kepada aku arah ke pasar." Aku pun di tunjukkan ke arah pasar Bani Qainiqa."

Abdul Rahman r.a pun memulakan perniagaannya di sana dan tidak lama kemudian beliau memperolehi keuntungan. Beliau pun pulang ke rumahnya dengan membawa sedikit keju. Pada hari kedua, perkara yang sama telah berlaku. Tidak lam kemudian beliau dalam keadaan stabil untuk mendirikan rumah tangga.
Allah Ta'ala telah mengurniakan beliau dengan harta yang banyak. Sehinggakan sebelum kematiannya, beliau telah menceraikan isteri-isterinya di mana semua urusan pembahagian harta telah di lakukan untuk mereka. Abdul Rahman r.a adalah seorang yang kaya, tetapi dalam masa yang sama beliau seorang yang pemurah. Suatu ketika Aisyah r.anha telah berkata kepada anak Abdul Rahman r.a: "Moga-moga Allah Ta'ala akan membenarkan bapa kamu minum dari mata air Salsabil di dalam syurga.

7) Sa'ad Bin Aa'iz r.a
Di dalam kitab At-Taratib, nama Sa'ad bin Aa'iz r.a juga tersenarai di kalangan ahli-ahli perniagaan. Beliau adalah seorang hamba yang merdeka kepunyaan Ammar bin Yasir r.a. Berdasarkan kepada pengarang kitab Isobah, beliau adalah seorang peniaga "qarz" iaitu sejenis daun pokok yang di gunakan untuk mengeringkan kulit binatang.

8) Abu Maa'liq Ansari r.a
Beliau juga seorang ahli perniagaan. Beliau selalu membawa barang dagangannya dan barang dagangan orang lain untuk di jualkan ke tempat-tempat yang jauh. Walaupun beliau selalu melakukan perjalanan yang jauh tapi beliau tetap meluangkan masa untuk beribadat. Beliau di kenali seorang yang makbul doanya.

9) Talhah Bin Ubaidullah r.a
Beliau pula terlibat dalam bisnes kain. Sufyan bin uyaynah r.a telah meriwayatkan bahawa keuntungan yang di perolehi oleh Tahah r.a mencapai sebanyak 1000 wafia di mana 1 wafia menyamai 1 dinar wang siling emas.

Friday, December 11, 2009

Perniagaan (التجارة)

Pekerjaan Yang Terbaik
Perniagaan dan perdagangan adalah pekerjaan yang terbaik selepas pekerjaan yang di lakukan untuk berkhidmat bagi kepentingan agama. Ini adalah di sebabkan ahli perniagaan adalah pemilik dan penguasa masanya sendiri. Mereka juga boleh berkhidmat untuk agama walaupun ia terlibat dengan dunia perniagaan. Selain itu terdapat berbagai-bagai hadis yang menjelaskan kelebihan-kelebihan perniagaan. Allah Ta'ala berfirman:
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka" (At-Taubah:111)

Ganjaran Untuk Kejujuran Ahli Perniagaan
Sabda Nabi s.a.w.:
التاجر الصّدوق الأمين مع ألنّبيّن والصديقين والشهداء
"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan Para Nabi, Siddiqin dan Syuhada"
(H.R Tirmizi seperti mana dalam At-Tarhib wat Tarhib)

Sifat-sifat Ahli Perniagaan
Sabda Nabi s.a.w. lagi:
ان اطيب الكسب كسب التجّار الذين اذأ حدثوا لم يكذبوا واذأ اءتمنوا لم يخونوا واذا وعدوا لم يخلفوا اذا اشتروا لم يذمّوا
واذا باعوا لم يمدحوا واذأ كان عليهم لم يمطلوا واذا كان لهم يعسروا
"Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan untuk memperolehi pendapatan adalah pendapatan para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan tidak berdusta. apabila mereka di beri amanah, mereka tidak akan mengkhianatinya, apabila berjanji mereka tidak memungkirinya, apabila mereka membeli , mereka tidak mencela apa yang di beli. Apabila mereka menjual, mereka tidak akan memuji-muji berlebihan barang-barang yang mereka jual. Jika mereka di sururh untuk membayar hutang, mereka tidak akan berdalih-dalih dan apabila orang berhutang lambat membeyarnya, mereka tidak menyempitkan yang berhutang"
(Sebagaimana dalam At-Targhib)


Daripada Anas r.a sesunguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
التّاجر الصّدوق تحت ظلّ العرش يوم القيامة
"Peniaga yang jujur akan berada di bawah teduhan A'rasy pada hari Qiyamat"
(Sebagaimana dalam At-Targhib)

Daripada Abu Umamah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
ان التاجر اذأ كان فيه اربع خصال طاب كسبه اذأ اشتري لم يذم واذأ باع لم يمدح ولم يدلّس في البيع ولم يحلف فيها بين ذالك
"Sesungguhnya peniaga itu mempunyai 4 sifat, maka akan baiklah pendapatannya iaitu: Apabila membeli, dia tidak akan mencerca barang beliannya. Apabila menjual, dia tidak akan memuji-muji barang jualannya itu. Apabila melakukan penjualan, dia tidak akan menipu dan dia tidak akan bersumpah-sumpah apabila melakukan pembelian dan penjualan."

واخرج سعيد بن منصور في سننه عن نعيم بن عبد الرحمن الازدي و يحي بن جابر اطاعي مرسلا قال المناوي رجاله
ثقات تسعة اعشار الرزق في التجارة و العشر في المواشي يعني انتاج
Di keluarkan oleh Sa'ed bin Mansur di dalam kitab "Sunannya" daripada Nu'aim bin Abdul Rahman Al-Azdi dan Yahya bin Jabir At-Ta'ie (hadis mursal) di mana perawi-perawinya kuat semuanya, Nabi s.a.w bersabda : "Sembilan persepuluh dari punca rezeki adalah di perolehi di dalam perniagaan dan sepersepuluh adalah dari penternakan" (Tarateeb Al-Idaariya)

Mulakan Kerja Di Awal Pagi
Imam Tirmizi r.alaih telah memulakan satu bab di dalam kitabnya yang masyhur di beri tajuk "Memulakan perniagaan di awal pagi." Dalam bab itu, telah di temui satu hadis yang Sakhar Ghamidi r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w telah berdoa:"Ya Allah, Rahmatilah umat ini lantaran usaha mereka di awal pagi"

Nabi s.a.w telah bersabda: باكروا في طلب الرزق والحوائج فانّ الغدوّ بركة و نجاح
"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan" (Tabrani & A-Bazar)

Sakhar r.a juga meriwayatkan bahawa apabila Nabi s.a.w mahu menghantar pasukan tenteranya keluar, Baginda s.a.w akan menghantar di awal pagi. Sakhar r.a adalah seorang pedagang, di mana setiap kali beliau mahu menghantar rombongan dagangannya, beliau akan melakukannya di awal pagi. Dengan amalannya yang demikian, beliau telah memperolehi keuntungan yang besar dan berjaya mengumpul harta yang banyak.

Saudara sekalian, marilah kita ikut cara yang di tunjuk oleh Nabi s.a.w dalam segala urusan kita. Islam telah ajar kita setiap aspek dalam kehidupan dan segala kejayaan terdapat dalam mengikuti agama yang di bawa oleh Nabi s.a.w. Bermula kehidupan di waktu pagi dan keberkatan akan tersebar di awal pagi. Marilah kita hidupkan segala sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan yang sementara ini..

Jenis -jenis Punca Pendapatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah Punca Pendapatan Yang Terbaik?
Ulama telam berselisih pendapat tentang perkara ini, Imam Syafie r.alaih berpendapat bahawa perniagaan adalah sumber pendapatan yang terbaik. Imam Abu Hassan Mawardi r.a dan Ulama yang bersependapat dengannya berkata pertaniaan adalah sumber pendapatan yang terbaik. Imam Nawawi r.a berpendapat bahawa punca pendapatan yang terbaik adalah sebarang usaha yang di lakukan dengan kedua tangan sendiri, ini termasuklah perniagaan dan pertaniaan. Pengarang kitab (بحر) "Bahr" berkata : "Mengikut mazhab Hanafi, pekerjaan yang terbaik selepas jihad adalah perniagaan, kemudian industri dan pekerja mahir." Menurut pendapat Allamah Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya r.alaih berkata: "Pekerjaan terbahagi kepada 3 kategori; Pertama, Perniagaan. Kedua, Pertaniaan. Ketiga, Buruh. Terdapat banyak hadis yang menerangkan kelebihan sumber-sumber pendapatan ini. Apa-apa saja pekerjaan yang kita ceburi pertama mestilah pekerjaan itu adalah halal. Berwaspadalah dengan kecuaian kita dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi. Jika kita berniaga perlu di ingatkan bahawa Islam telah menegah peniaga dari menipu, mengurangkan timbangan dan lain-lain. Jika sebagai pekerja pejabat dan sebagainya juga di ingatkan bahawa berdisiplin, bertanggungjawap dan apa-apa yang dapat menzahirkan akhlaq yang mulia, maka ini perlu di amalkan. Islam itu tersangat indah dan hanya yang terindah saja datang dari Islam.

Pekerjaan Dilakukan Dengan Niat Berkhidmat Untuk Agama
Telah di jelaskan bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang terbaik sekali. Ia adalah satu jenis pekerjaan di mana seseorang itu menjadi Bos dan mengatur jadual seharianya. Peniaga mempunyai masanya sendiri dan dia boleh menyibukan dirinya dengan belajar, mengajar, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain yang bermanfaat.
Sekiranya seseorang itu terlibatdalam sesuatu pekerjaan guna tenaga dan dalam masa yang sama dia berkhidmat untuk agama, maka pekerjaan tersebut adalah lebih berkat dan baik dari menjalankan peniagaan yang tidak terlibat dalam khidmat untuk agama (والله اعلم)